Khamis, 5 April 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Lagi suspek bom Thai ditahan

Posted:

Lagi suspek bom Thai ditahan


Anggota keselamatan Thai memeriksa lokasi kebakaran berpunca daripada letupan di Hotel Lee Gardens Plaza di Hatyai, wilayah Songkhla pada 31 Mac lalu. - REUTERS


NARATHIWAT 5 April - Polis Thailand menangkap empat suspek berhubung siri letupan bom di selatan negara ini pada Sabtu lalu.

Letupan-letupan bom kereta di bandar Yala dan Hatyai itu menyebabkan 15 orang maut dan ratusan lagi cedera dalam serangan paling berdarah di wilayah selatan dalam tempoh beberapa tahun.

Tiga lelaki Islam ditahan malam tadi di sebuah rumah di daerah Rueso, wilayah Narathiwat dalam operasi yang disertai oleh 50 anggota polis dan separa tentera, kata pihak berkuasa, hari ini.

Sebuah trak pikap curi yang digunakan dalam serangan bom di bandar Yala kelihatan sebelum itu di hadapan rumah seorang daripada suspek tersebut, kata Kolonel Satarnfa Wamasing dari balai polis daerah Rueso.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pertuduhan suspek 11 September diumum

Posted:

Pertuduhan suspek 11 September diumum

WASHINGTON 5 April - Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan tuduhan-tuduhan terhadap lelaki yang mengaku mendalangi serangan 11 September, 2001, Khalid Sheikh Mohammed dan empat lagi suspek yang didakwa terlibat dalam komplot itu.

Washington berikrar akan meminta hukuman mati dijatuhkan ke atas mereka dalam perbicaraan di tribunal tentera yang sudah lama tertangguh.

Mohammed, 46, dan empat tertuduh lain itu ditahan di kem penjara AS di Teluk Guantanamo, Cuba sejak beberapa tahun lalu, ketika berlaku pertarungan undang-undang dan politik di AS berhubung cara dan lokasi untuk mendakwa mereka.

"Menurut pertuduhan, lima tertuduh itu bertanggungjawab terhadap perancangan dan pelaksanaan serangan 11 September, 2001 di New York dan Washington DC, dan Shanksville, Pennsylvania, dengan menyebabkan kematian 2,976 orang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan