Khamis, 19 April 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Sudan dan Sudan Selatan diarah keluar dari Abyei

Posted:

Sudan dan Sudan Selatan diarah keluar dari Abyei

Sudan dan Sudan Selatan diarah keluar dari Abyei

KENDERAAN Tentera Pembebasan Sudan Selatan (SPLA) menuju ke bandar Heglig di Sudan yang turut dituntut oleh Sudan Selatan kelmarin.


ADDIS ABABA, Etiopia - Kesatuan Afrika (AU) kelmarin mengarahkan Sudan dan Sudan Selatan supaya mengundurkan tentera masing-masing dari kawasan sempadan yang menjadi rebutan, Abyei.

"AU sekali lagi mengulangi amaran supaya 300 orang anggota Pasukan Bersenjata Sudan dan 700 anggota pasukan Polis Selatan Sudan agar keluar dari Abyei serta-merta," jelas AU dalam satu kenyataan.

AU menyatakan kebimbangan kemungkinan perang akan tercetus berikutan meningkatnya operasi ketenteraan di kawasan sempadan itu.

Abyei merupakan salah satu wilayah yang menjadi rebutan sejak Sudan Selatan berpisah daripada Sudan pada Julai tahun lalu.

Abyei dikuasai oleh pasukan tentera dari Khartoum, biarpun pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut diberi mandat untuk memastikan ketenteraman di wilayah tersebut.

Kedua-dua pihak menandatangani satu perjanjian damai pada Jun 2011.

Namun, perjanjian itu dicabuli oleh kedua-dua belah pihak baru-baru ini.

Justeru, AU menyifatkan siri pertempuran di Abyei sebagai tidak boleh diterima. - AFP

Sistem komuter Singapura lumpuh dua jam

Posted:

Sistem komuter Singapura lumpuh dua jam

Sistem komuter Singapura lumpuh dua jam


PENGGUNA laluan tren Utara Selatan SMRT tiba di stesen pertukaran tren Bishan di Singapura semalam.


SINGAPURA - Sistem tren metro baharu yang menelan kos beberapa bilion dolar di Singapura lumpuh untuk hari ketiga berturut-turut semalam.

Sistem komuter tersebut tergendala selama dua jam dan melibatkan lapan buah stesen di laluan baharu sepanjang 36 kilometer ketika orang ramai bergegas ke tempat kerja.

Ia berlaku dua hari selepas satu perbicaraan awam diadakan berhubung gangguan besar-besaran yang menyebabkan 127,000 pengguna tren di Singapura tergendala selama beberapa jam pada Disember tahun lalu, sekali gus menjadi gangguan terburuk sejak sistem metro dirasmikan pada 1987.

Gangguan melibatkan sistem komuter di Singapura semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini dengan kebanyakan masalah didapati berpunca daripada kerosakan mekanikal atau elektrik.

Sejak seminggu lalu, empat seksyen berlainan dalam sistem metro mengalami gangguan perkhidmatan.

Insiden terbaru berlaku sekitar pukul 8.05 pagi semalam apabila pengendali tren berkenaan, Perbadanan SMRT, mengumumkan di laman sosial Twitter bahawa "kerosakan landasan" menyebabkan perkhidmatan antara empat buah stesen telah dihentikan.

Sejam kemudian, SMRT memberitahu, perkhidmatan tren di lapan buah stesen lain turut tergendala.

Menurut media tempatan, laluan terbabit yang dinamakan Circle Line dibina dengan kos melebihi AS$6.40 bilion (RM19.6 bilion) dan mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan. - AFP

Bilionair AS dikesan hidap kanser prostat

Posted:

Bilionair AS dikesan hidap kanser prostat

Bilionair AS dikesan hidap kanser prostat


GAMBAR 6 Julai 2011 menunjukkan pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway, Warren Buffett bersiar-siar di Sun Valley, dalam negeri Idaho bersama isterinya, Astrid.


OMAHA, Amerika Syarikat (AS) - Bilionair AS, Warren Buffett kelmarin memberitahu, beliau dikesan menghidap kanser prostat peringkat awal.

Namun, Buffet cuba menyakinkan para pemegang saham syarikat pelaburan miliknya, Berkshire Hathaway Inc. bahawa keadaannya tidak mengancam nyawa.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berkshire Hathaway Inc. berusia 81 tahun itu menyatakan dalam surat kepada pemegang saham bahawa beliau bakal menjalani rawatan kemoterapi selama dua bulan pada pertengahan Julai depan.

Menurut Buffet, rawatan tersebut akan menghadkan perjalanannya, namun tidak menjejaskan rutin beliau.

"Saya rasa hebat seolah-olah berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Tahap tenaga saya ialah 100 peratus. Saya mendapat tahu mengenai kanser itu kerana tahap PSA (Antigen Spesifik Prostat) baru-baru ini naik melebihi tahap normal. Jadi saya perlu menjalani ujian biopsi," katanya.

Menurut Buffett, beliau didiagnosis pada 11 April lalu dan sudah menjalani ujian imbasan CAT, tulang serta pengimejan resonan magnetik (MRI).

Buffett terkenal kerana pendekatan luar biasa dalam pelaburan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau menjadi salah seorang dermawan paling pemurah.

Ahli perniagaan dari AS itu berada di tempat ketiga individu terkaya di dunia dalam senarai majalah Forbes dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$44.6 bilion (RM136.7 bilion). - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan