Ahad, 8 April 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Salji runtuh timbus lebih 100 askar Pakistan

Posted:

Salji runtuh timbus lebih 100 askar Pakistan

Salji runtuh timbus lebih 100 askar Pakistan


GAMBAR fail 19 Februari 2012 menunjukkan askar-askar Pakistan membawa bekalan ke sebuah pos terpencil pada ketinggian 2,400 meter di Banjaran Himalaya.


ISLAMABAD - Satu runtuhan salji telah mengenai sebuah pangkalan tentera Pakistan yang dibina di atas glasier Banjaran Himalaya dekat sempadan India semalam dan menyebabkan lebih 100 askar tertimbus, kata pihak tentera.

Tentera Pakistan dalam satu kenyataan memberitahu, beberapa buah helikopter, anjing pengesan dan pasukan tentera dikerahkan ke Glasier Siachen untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Menurut seorang pegawai keselamatan, salji runtuh itu mengenai ibu pejabat sebuah batalion di sektor Gayari di atas glasier berkenaan pada pukul 5.45 pagi waktu Pakistan.

Siachen terletak di bahagian utara wilayah Kashmir yang dituntut oleh India dan Pakistan.

Kedua-dua negara menempatkan ribuan askar yang terpaksa mengharungi suhu sejuk ekstrem, tekanan altitud dan angin kencang selama beberapa bulan di lokasi tersebut.


GAMBAR fail pada Mei 2003 menunjukkan Glasier Siachen yang terletak dekat sempadan Pakistan-India.


Pasukan tentera ditempatkan pada ketinggian hingga 6,700 meter dengan beberapa pertempuran kecil berlaku sejak tahun 1984 walaupun lokasi tersebut kini tenang selepas satu gencatan senjata dimeterai pada tahun 2003.

Glasier berkenaan sebelum ini dikenali sebagai medan tempur tertinggi di dunia.

Ibu pejabat di Gayari merupakan pintu utama untuk tentera Pakistan menyalurkan askar dan bekalan ke pos-pos kawalan yang lebih terpencil di sektor berkenaan.

Menurut seorang pegawai yang pernah bertugas di ibu pejabat berkenaan pada tahun 2003, pangkalan tersebut terletak di sebuah lembah di antara dua buah gunung yang tinggi.

"Saya tidak faham bagaimana salji runtuh boleh mengenai kawasan itu. Ia sepatutnya selamat kerana berada pada altitud tinggi," katanya.

Konflik di Siachen bermula pada tahun 1984 apabila India menawan puncak glasier sepanjang 78 kilometer itu kerana bimbang Pakistan mahu menuntut wilayah berkenaan.

Pakistan turut menghantar askar ke sektor tersebut.

Pakistan dan India berperang tiga kali sejak benua kecil India itu dibahagi dua apabila kedua-dua negara memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1947.

Dua perang tersebut melibatkan perebutan wilayah Kashmir yang dituntut secara keseluruhan oleh India dan Pakistan. - AP

Jet pejuang AS rempuh pangsapuri

Posted:

Jet pejuang AS rempuh pangsapuri

Jet pejuang AS rempuh pangsapuri


API marak di sebuah blok pangsapuri yang dirempuh sebuah jet F-18 kelmarin.


VIRGINIA BEACH - Pasukan bomba menyelongkar serpihan sebahagian bangunan pangsapuri di Amerika Syarikat (AS) yang runtuh semalam selepas dirempuh sebuah jet pejuang F-18 milik Tentera Laut AS.

Insiden tersebut mencetuskan satu kebakaran besar yang mencederakan sembilan orang termasuk dua juruterbang kelmarin tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Jet berkenaan merempuh bangunan pangsapuri di sini, dalam negeri Virginia, sejurus selepas ia berlepas dari sebuah pangkalan tidak jauh dari lokasi kejadian.

Seorang pegawai tentera laut AS, Kapten Mark Weisgerber menyalahkan kerosakan mekanikal sebagai punca nahas.

Menurutnya, kedua-dua juruterbang sempat mengaktifkan kerusi anjal mereka untuk menyelamatkan diri sebelum pesawat terhempas.

Beberapa pegawai penyelamat pula memberitahu, sekitar 40 pangsapuri didapati musnah atau rosak dalam nahas tersebut.

Bahagian-bahagian pesawat yang berkecai dapat dilihat di belakang beberapa buah bangunan di sekitar lokasi kejadian selepas pasukan bomba menyembur cecair buih bagi mengelakkan api daripada merebak.

Beberapa saksi berkata, jet itu menjunam secara tiba-tiba manakala kebakaran merebak dengan cepat akibat tumpahan bahan api pesawat.

"Bangunan pangsapuri itu seperti mula hendak runtuh," kata seorang lelaki, Zack Zapatero kepada saluran berita CNN.

Seorang saksi lain, Jon Swain menceritakan detik cemas jet pejuang itu merempuh blok pangsapuri berkenaan.

"Saya melihat api keluar dari bahagian belakang pesawat dengan ia terbang semakin rendah. Saya kemudian melihat seorang juruterbang melantun ke udara sebelum jet itu terhempas," katanya.

Jet F-18 berkenaan ditempatkan di Stesen Udara Tentera Laut Oceana, di sini yang merupakan pangkalan kepada 19 skuadron AS.

Punca kejadian masih disiasat. - Agensi

Remaja jual ginjal kerana mengidam iPad

Posted:

Remaja jual ginjal kerana mengidam iPad

Remaja jual ginjal kerana mengidam iPad

CHENZHOU - Pihak berkuasa mendakwa lima orang di Chenzhou, tengah China kerana terbabit dalam perniagaan organ secara haram selepas seorang remaja menjual satu ginjalnya bagi mendapatkan wang untuk membeli sebuah telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad.

Agensi berita rasmi Xinhua kelmarin melaporkan, lima individu terbabit didakwa kerana menyebabkan kecederaan dengan mengatur pemindahan ginjal daripada seorang pelajar sekolah tinggi berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Wang.

Menurut Xinhua, kelima-lima tertuduh termasuk seorang doktor bedah, seorang kontraktor hospital dan beberapa broker mencari penderma organ di Internet sebelum mereka menyewa dewan bedah bagi melakukan prosedur tersebut pada April tahun lalu.

Seorang defendan berkenaan menerima bayaran 220,000 yuan (RM107,310) untuk pembedahan mengeluarkan ginjal tersebut. Dia menyerahkan 22,000 yuan (RM10,731) kepada pelajar berkenaan dan berkongsi baki wang itu dengan defendan lain.

Tambah Xinhua, sekitar 1.5 juta penduduk di China memerlukan transplan organ tetapi cuma sekitar 10,000 pembedahan itu dilakukan setiap tahun, sekali gus mendorong kepada perniagaan organ secara haram. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan