Ahad, 11 Mac 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Lagi maut dibedil Zionis

Posted:

Lagi maut dibedil Zionis


Sebutir peluru berpandu Israel dilancarkan menggunakan sistem peluru Iron Dome ke atas Genting Gaza di bandar Ashdod, semalam, sementara (gambar kecil) ibu kepada Ayoub Asalya, 12, meratapi wajah anaknya buat kali terakhir selepas budak lelaki itu maut terkena bedilan Israel. – AFP


GAZA CITY 11 Mac – Serangan udara terbaru Israel hari ini membunuh seorang kanak-kanak Palestin berumur 12 tahun, meningkatkan angka kematian kepada 18 orang sejak serangan bermula kelmarin.

Pembunuhan pemimpin Jawatankuasa Penentangan Popular dan beberapa pejuang Palestin lain dalam serangan Israel sejak Jumaat lalu, menyebabkan berlaku beberapa kejadian keganasan di sempadan Israel-Gaza.

Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) menggesa kedua-dua pihak kembali bertenang, namun pejuang Palestin berikrar membalas tindakan pembunuhan itu selain tentera Yahudi juga menyatakan akan terus melancarkan serangan jika rakyat mereka diserang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Rundingan kedua konflik Syria diadakan

Posted:

Rundingan kedua konflik Syria diadakan

DAMSYIK 11 Mac – Duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab ke Syria, Kofi Annan mengadakan rundingan kedua dengan Presiden Bashar al-Assad di sini hari ini, selepas pertemuan pertama mereka semalam tidak membuahkan sebarang hasil.

Annan yang juga bekas Setiausaha Agung PBB mengemukakan beberapa cadangan bagi menamatkan keganasan dan memulakan dialog politik di negara ini tetapi semuanya ditolak oleh Assad yang enggan mengadakan rundingan dengan penentang rejimnya.

Penolakan itu memberi satu lagi tamparan kepada usaha antarabangsa untuk melancarkan dialog politik bagi menamatkan konflik selama setahun di negara ini.

Assad memberitahu Annan, penyelesaian politik tidak mungkin dicapai selagi 'kumpulan pengganas' mengancam negara ini.

Pemimpin penentang rejim Assad juga telah menolak sebarang dialog, dengan menyifatkan rundingan sebagai sia-sia selepas lebih 7,500 orang terbunuh dalam kempen kekerasan yang dijalankan oleh tentera rejim.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan