Rabu, 28 Mac 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Enjin Airbus A380 dimatikan semasa penerbangan

Posted:

Enjin Airbus A380 dimatikan semasa penerbangan

Enjin Airbus A380 dimatikan semasa penerbangan

GAMBAR fail menunjukkan pesawat Airbus A380 milik Singapore Airlines berlepas dari sebuah lapangan terbang di Zurich, Switzerland pada 21 Mac lalu.


SINGAPURA - Syarikat penerbangan Singapore Airlines menyatakan, pihaknya terpaksa mematikan sebuah enjin pesawat Airbus A380 yang sedang dalam penerbangan ke Eropah.

Menurut satu kenyataan Singapore Airlines semalam, pesawat itu terpaksa berpatah balik ke sini.

Kenyataan sama memberitahu, enjin berkenaan dimatikan selepas ia dilaporkan mengalami masalah.

Penerbangan pada awal pagi yang membawa 430 penumpang itu berpatah balik selepas tiga jam ia berlepas.

Pesawat itu mendarat dengan selamat di sini dengan menggunakan kuasa tiga buah enjin lagi.

Para penumpang kemudian dipindahkan ke sebuah pesawat yang menuju ke Frankfurt, Jerman.

Singapore Airlines menyatakan, ia akan menyiasat punca kerosakan tersebut dengan pengeluar enjin Airbus A380, firma Rolls-Royce. - AGENSI

Cebisan otak Albert Einstein dipamerkan

Posted:

Cebisan otak Albert Einstein dipamerkan

Cebisan otak Albert Einstein dipamerkan


GAMBAR otak Einstein (kiri) dan replika otaknya.


LONDON - Dua cebisan otak saintis legenda, Albert Einstein dipamerkan kepada orang ramai pada satu pameran di Britain.

Cebisan otak saintis yang memperkenalkan teori relatif itu diletakkan dalam bekas kaca pada pameran Brains-The Mind as Matter di sini semalam.

Spesimen itu disediakan oleh Doktor Thomas Harvey yang bertugas di hospital tempat Einstein meninggal dunia pada 1955

Einstein merupakan ahli fizik dan ahli sains yang bepengaruh.

Beliau dianggap sebagai bapa fizik moden dan menerima Hadiah Nobel pada tahun 1921.

Selain cebisan otak Einstein, beberapa sampel otak individu terkenal lain termasuk ahli matematik Britain, Charles Babbage dan pembunuh kejam, William Burke turut dipamerkan.

Para saintis menyatakan otak manusia mengandungi 100 bilion sel saraf dan sekitar 100 trilion sinap atau sambungan saraf. - Agensi

Strauss-Kahn dituduh terlibat sindiket pelacuran

Posted:

Strauss-Kahn dituduh terlibat sindiket pelacuran

Strauss-Kahn dituduh terlibat sindiket pelacuran


GAMBAR menunjukkan Strauss-Kahn mengelak wajahnya dirakamkan jurugambar semasa dia berada di dalam sebuah kereta di Lille kelmarin.


LILLE - Bekas Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn dituduh terlibat dengan sindiket pelacuran sebuah hotel di Perancis.

Menurut seorang peguamnya, Richard Malka, Strauss-Kahn yang berusia 62 tahun dan telah berkahwin, memang terlibat dalam perlakuan seks tetapi dia tidak melanggar undang-undang.

Dia telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$133,513 (RM408,255).

Pelacur-pelacur yang disoal siasat memberitahu, mereka mengadakan hubungan seks dengan Strauss-Kahn pada tahun 2010 dan 2011 di sebuah hotel mewah di Paris, di sebuah restoran di ibu negara Perancis dan juga di Washington DC, tempat dia tinggal semasa bekerja dengan IMF.

Dua lelaki yang mempunyai kaitan dengan Strauss-Kahn berhubung kes tersebut kini ditahan di sebuah penjara.

Kedua-dua lelaki itu ialah seorang pengarah sebuah syarikat bekalan perubatan, Fabrice Paszkowski dan bekas pengarah sebuah anak syarikat utiliti, David Roquet.

Kedua-dua mereka dituduh membiayai pelacur.

Strauss-Kahn meletakkan jawatan sebagai ketua IMF pada 18 Mei tahun lalu berhubung skandalnya dengan seorang pekerja di sebuah hotel di New York.

Pekerja wanita itu mendakwa Strauss-Kahn melakukan serangan seks terhadapnya pada 15 Mei tahun lalu.

Namun, dakwaan itu kemudian digugurkan oleh pendakwa raya yang meragu keterangan pekerja wanita tersebut. Strauss-Kahn dilahirkan dalam keluarga Yahudi dan sebelum ini disebut akan bertanding pada pilihan raya presiden Perancis. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan