Isnin, 20 Februari 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Terperangkap dalam kereta selama dua bulan

Posted:

Terperangkap dalam kereta selama dua bulan

Terperangkap dalam kereta selama dua bulan

SEORANG lelaki yang ditemui kelmarin terperangkap di dalam kereta ini yang dipenuhi dengan salji tebal di sebatang jalan di sebuah hutan tidak jauh dari bandar Umea, Sweden.


STOCKHOLM, Sweden – Seorang lelaki Sweden hidup dalam sebuah kereta yang ditimbus salji di sebatang jalan di dalam hutan selama dua bulan tanpa makan, kata polis dan media kelmarin.

Lelaki berusia 45 tahun dari selatan Sweden itu ditemui pada Jumaat lalu dan dia kelihatan sangat kurus dan terlalu lemah untuk bercakap beberapa patah perkataan.

Dia ditemui dalam kereta tidak jauh dari bandar Umea di utara Sweden.

Lelaki itu ditemui oleh beberapa orang yang menaiki skuter salji yang pada mulanya mereka menganggap mereka menemui sebuah bangkai kereta.

Namun, mereka menggali salji ke tingkap kereta tersebut dan melihat terdapat pergerakan di dalam kenderaan itu.

Lelaki itu duduk di tempat duduk belakang di dalam beg tidur dan dia menyatakan telah berada di dalam kereta tersebut sejak 19 Disember tahun lalu.

Seorang pegawai polis, Ebbe Nyberg berkata, pihaknya tidak meragui bahawa lelaki tersebut telah terperangkap di dalam kereta bagi tempoh yang lama.

Hospital Universiti Umea iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat selepas diselamatkan oleh polis dan pasukan penyelamat berkata dalam satu kenyataan bahawa dia kini beransur baik.

Doktor-doktor di hospital itu berkata, manusia pada kebiasaannya mampu hidup selama kira-kira empat minggu tanpa makanan.

Menurut Dr. Stefan Branth kepada akhbar Vasterbottens-Kuriren, selain makan salji, lelaki itu mungkin hidup disebabkan dia tidak aktif.

"Seperti seekor beruang yang hibernasi. Manusia bolah melakukannya," katanya.

Hibernasi merujuk kepada haiwan yang menghabiskan musim sejuk dalam keadaan tidur nyenyak.

"Dia (lelaki itu) mungkin mempunyai suhu badan kira-kira 31 darjah Celsius yang disesuaikanmengikut tubuh badannya.

"Disebabkan suhu yang kecil, tiada banyak tenaga yang digunakan," kata Dr. Branth.

Polis berkata, kenapa lelaki tersebut berada di dalam kereta di hutan tersebut masih belum diketahui.

– Reuters

Brown tinggalkan majlis penghormatan Whitney Houston

Posted:

Brown tinggalkan majlis penghormatan Whitney Houston

Brown tinggalkan majlis penghormatan Whitney Houston


Bobby Brown


NEW YORK – Penyanyi Bobby Brown tiba-tiba meninggalkan majlis penghormatan bekas isterinya, Whitney Houston di gereja New Hope Baptist di Newark kelmarin.

Dia mendakwa pengawal peribadi memintanya keluar beberapa kali dan menghalangnya daripada melihat anak perempuannya yang dijaga oleh Houston.

Menurut satu kenyataan Brown, semasa tiba pada majlis penghormatan itu, dia tidak dibenarkan untuk menemui anak perempuannya hasil perkongsian hidupnya dengan Houston, Bobbi Kristina Brown, 18.

Brown dan Houston bercerai pada 2007 selepas 15 tahun rumah tangga mereka berdepan dengan masalah.

"Pada majlis itu, saya memberikan ciuman pada keranda bekas isteri saya dan meninggalkan majlis kerana saya tidak mahu mewujudkan satu ledakan emosi atau kemarahan," kata Brown.

"Anak saya kecewa dengan insiden itu." tambahnya.

Houston yang punca kematiannya masih belum diketahui selepas dia ditemui tidak bernyawa dalam tab mandi pada 11 Februari lalu di Hotel Beverly Hilton, Los Angeles.

Mayat Houston yang meninggal dunia pada usia 48 tahun dikebumikan di kubur sebelah bapanya di Newark, New Jersey semalam.

– Agensi

Jet peribadi Jackie Chan dipamer

Posted:

Jet peribadi Jackie Chan dipamer

Jet peribadi Jackie Chan dipamer


JACKIE CHAN
KANAN: .JET peribadi Jackie Chan mendarat di lokasi Pertunjukan Udara Singapura di Singapura pada 14 Februari lalu.


SINGAPURA - Sebuah jet peribadi milik pelakon dan pengarah terkenal, Jackie Chan dipamerkan pada Pertunjukan Udara Singapura di sini pada minggu lalu.

Jet Legacy 650 itu yang berwarna putih, merah dan kuning diilhamkan daripada mitos haiwan naga dalam kepercayaan bangsa Cina.

Chan menjadi duta syarikat Embraer yang mengeluarkan jet itu.

Jet itu mempunyai 13 kerusi dan berharga AS$31.5 juta (RM95.87 juta), lapor agensi berita AFP semalam.


RUANG dalam jet peribadi Jackie Chan.
KANAN: MEJA mewah yang terdapat dalam jet peribadi Jackie Chan.


Ia dipamerkan sebagai sebahagian daripada kempen promosi penjualan oleh syarikat Embraer.

"Asia Pasifik, seperti yang anda ketahui, merupakan satu pasaran yang semakin berkembang," kata Presiden Embraer, Ernets Edwards.

Asia kini mempunyai bilangan jutawan kedua paling ramai selepas Amerika Syarikat, menurut kajian Pengurusan Kekayaan Merrill Lynch Global dan Capgemini. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Komen