Isnin, 20 Februari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Tel Aviv dalangi krisis Syria

Posted: 20 Feb 2012 03:03 PM PST

Dunia

PENUNJUK perasaan membakar gambar Presiden Syria Bashar al-Assad ketika membuat bantahan di luar Kedutaan Syria di London kelmarin.

PENUNJUK perasaan membakar gambar Presiden Syria Bashar al-Assad ketika membuat bantahan di luar Kedutaan Syria di London kelmarin.

Tujuh pegawai Turki mengaku dilatih Mossad gulingkan Bashar

DAMSYIK: Pengakuan oleh pegawai Turki yang ditahan di Syria minggu lalu mendedahkan bahawa Tel Aviv terbabit dalam pemberontakan yang diketuai 'kumpulan bersenjata' di negara itu untuk menggulingkan regim Bashar Assad, lapor sebuah agensi berita Iran.

Wakil agensi berita Iran, Fars di Damsyik menyatakan bahawa sumber keselamatan Syria mendakwa tujuh daripada 49 pegawai Turki yang ditahan, mengaku bahawa mereka dilatih oleh Mossad Israel untuk melaksanakan operasi keganasan. Mereka juga mendakwa mempunyai hubungan dengan Arab Saudi dan Qatar. Seorang daripada pegawai Turki berkenaan mengakui bahawa komando Israel menyelinap masuk ke wilayah Syria dan memberikan bantuan untuk membebaskan tentera Syria.

"Mossad juga menghantar satu pasukan ke Jordan untuk melatih ahli al-Qaeda yang datang dari Libya dalam usaha untuk menghantar mereka ke Syria bagi melawan tentera biasa Syria," kata pegawai itu yang dipetik Fars.

Sumber berkata pihak berkuasa Syria berhati-hati untuk tidak menyiarkan semua pengakuan oleh pegawai Turki berikutan mereka mahu mencapai satu rundingan dengan Ankara yang akan termasuk pembebasan pegawai berkenaan sebagai pertukaran dengan ahli tentera bebas Syria, satu komitmen untuk melemahkan kumpulan pengganas dan mengawal sempadannya bagi menghalang senjata dan kemasukan elemen pengganas.

Ada laporan menyatakan bahawa kawasan antara Ramtha di utara Jordan kini adalah zon tentera tertutup yang melindungi kira-kira 11,000 tentera bersenjata, terutama rakyat Libya yang bertanggungjawab menjalankan operasi tentera menentang tentera Syria sebagai pertukaran dengan bayaran AS$1,000 (RM3,000) sebulan. Laporan itu menyebut Riyahd dan Doha membiayai tentera berkenaan.
Selain itu, sebuah saluran televisyen Amerika Syarikat mendedahkan bahawa pesawat negara itu turut memantau peristiwa di Syria. – Agensi

Lelaki kecewa zakar dipotong fail saman RM1.4j

Posted: 20 Feb 2012 03:02 PM PST

Dunia

LONDON: Seorang lelaki yang kecewa kemaluannya terpaksa dipotong selepas menghidap barah zakar memfailkan saman terhadap sebuah hospital kerajaan menuntut ganti rugi lebih £300,000 (RM1.4 juta) berhubung tuduhan doktor gagal mengenal pasti penyakit itu.

Boguslaw Faber, 50, cedera ketika bekerja apabila terjatuh ke atas tiang tajam. Namun selepas mendapatkan rawatan perubatan, dia mendakwa doktor di Hospital Diraja London terlepas bukti dia menghidap barah zakar.

Dalam writ Mahkamah Tinggi, Faber mendakwa doktor tersilap membaca biopsi dan secara salah merumuskan dia menghidap penyakit kulit, bukannya penyakit yang jarang berlaku itu. Beliau mendakwa disebabkan kecuaian doktor, penyakit berkenaan dibiarkan merebak beberapa bulan.

Faber terpaksa menjalani pembedahan menyakitkan untuk membuang sebahagian zakarnya sebelum ia dibentuk semula. Beliau juga memerlukan dua lagi pembedahan selepas kakinya bengkak dan sudah pun menjalani pembedahan membuang sebahagian tiroid.

Faber, yang berpindah ke Britain dari Poland pada tahun 1994, menuduh Firma Bart and London Hospital, yang mengendalikan institusi berkenaan, cuai.

Dia mendakwa, jika keadaannya didiagnos dengan sempurna pada peringkat awal, dia boleh dirawat dengan cara kurang menyakitkan. Faber juga berkata dia boleh mengelak zakarnya dipotong dan dibentuk semula.
"Doktor gagal mengambil biopsi dengan segera, gagal mengesyaki saya menghidap barah dan gagal mengulangi pengambilan biopsi dengan cepat walaupun saya mengalami kesakitan teruk," katanya.

Menurut fakta dalam samannya, Faber cedera ketika bekerja pada April 2008.
Selepas mendapatkan bantuan perubatan, beliau dibenarkan keluar tetapi kembali ke hospital selepas kesakitan tidak surut selepas tiga bulan.

Beliau diberi antibiotik berulang kali di klinik urologi hospital itu tetapi apabila ia tidak berkesan, dia diberi rawatan anti-kulat hampir setahun.

Selepas pakar bedah membincangkan masalahnya, cadangan seorang doktor wanita supaya pembedahan dilakukan kerana zakarnya tidak sembuh seperti yang dijangka, ditolak oleh pakar bedah kanan.

Mereka menegaskan masalahnya disebabkan jangkitan. Faber kemudian kembali ke Poland dan diberi amaran oleh dua doktor mengenai risiko barah dan meminta dia menjalani satu lagi biopsi. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan