Sabtu, 13 Ogos 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Carla dapat muka baru

Posted: 12 Aug 2011 08:30 AM PDT

BOSTON: Seorang wanita yang wajahnya dikoyak cimpanzi menjalani perubahan menakjubkan selepas menjalani pembedahan pemindahan wajah sepenuhnya.

Carla Nash, 57, hilang hidung, mata, bibir dan mulutnya dalam serangan menakutkan itu. Bagaimanapun, selepas pembedahan selama 20 jam, ibu kepada seorang anak itu boleh bertutur dan merasa semula.


Wajah barunya itu didedahkan di televisyen, semalam selepas pakar bedah memberinya wajah yang didermakan Mei lalu. Carla, yang sangat lemah untuk menghadiri rancangan TV berkata dalam satu kenyataan: "Saya kini boleh melakukan perkara yang dulu tidak saya hargai.

"Saya boleh menghidu semula. Saya boleh makan secara normal kembali.


"Saya tidak lagi cacat. Saya akan mempunyai bibir dan boleh bercakap dengan jelas semula.


"Saya boleh mencium dan memeluk orang yang saya sayangi. Saya benar-benar berterima kasih kepada penderma itu dan keluarganya." Kejadian malang yang menimpa Carla berlaku ketika dia mengunjungi rakan baiknya, Sandra Herold yang memelihara cimpanzi. Ketika itu, haiwan berkenaan berang lalu melompat ke arah Carla dan mengoyakkan wajahnya dan hampir keseluruhan tangannya.

Haiwan yang dipanggil Travis itu akhirnya ditembak polis di Stamford, Connecticut, Amerika Syarikat.


Sepasukan 30 doktor dan jururawat di sebuah hospital di Boston untuk melakukan pembedahan itu. Carla menerima kulit, otot saluran darah, urat saraf, lelangit dan gigi daripada seorang penderma yang tidak dinamakan. Pembedahan dijalani Carla adalah pembedahan transplan wajah sepenuhnya yang ketiga di AS. Carla juga menjalani dua kali transplan tangan tetapi ia terpaksa dipotong selepas dia menghidap pneumonia. Dalam satu wawancara untuk rancangan TV AS Today, Carla berkata, makanan pertamanya selepas pembedahan adalah telur dan keju berkrim.

Dia juga memberitahu, dia dapat merasa rahang dan dagunya semula. Carla berkata: "Saya boleh menggerakkan mulut dan tersenyum. Saya masih rasa lemah, tetapi sedikit demi sedikit saya semakin kuat."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rekaan unik topi keledar baru dari Kazakhstan

Posted: 12 Aug 2011 08:25 AM PDT

ALMATY (Kazakhstan): Kebanyakan orang cuba mengelak menggunakan topi keledar berambut.

Namun, topi keledar yang dilengkapi rambut ini membuatkan rambut anda terurus dan boleh disikat setiap masa.


Sekumpulan pereka dari Kazakhstan muncul dengan produk topi keledar yang akan menarik perhatian orang apabila anda memakainya ketika menunggang motosikal.

Ia termasuk topi keledar dilengkapi rambut berwarna kemerahan - lengkap dengan telinga - dan rambut pendek coklat dengan anting-anting di telinga.


Rekaan itu dicipta agensi pemasaran Good! di Almaty, Kazakhstan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan