Sabtu, 30 Julai 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Imogen dilontar bom air

Posted: 29 Jul 2011 09:15 AM PDT

LONDON: Imogen Thomas, wanita yang terbabit dalam skandal seks dengan bintang bola sepak Manchester United, mungkin mencari keseronokan di tepi pantai ketika mengendalikan rancangan Hunks In Trunks semalam.

Bagaimanapun, jelitawan berambut perang itu mendapat lebih daripada apa yang dijangkanya.

Bekas bintang Big Brother berusia 28 tahun itu berada di resort di Norfolk untuk rakaman bahagian akhir rancangan itu yang menyaksikan peserta lelaki berbaris dengan pakaian mandi untuk pertandingan ratu cantik lelaki.

Bagaimanapun, seorang penonton, mungkin penyokong Manchester United, berang dan melontar wanita itu dengan bom air.


Kejadian itu menyebabkan bahagian belakang pakaian Imogen basah, begitu juga dengan rakannya, bintang The Only Way Is Essex, Amy Childs, yang membantunya mengadili pertandingan itu.

Seorang saksi berkata, Imogen yang marah, terpaksa menukarkan pakaiannya.

Ini kali kedua bekas Ratu Wales itu menjadi hos rancangan Hunks In Trunks berikutan kemunculannya di Brighton minggu lalu dan dia disertai oleh Amy serta juga rakan bekas bintang Big Brother, Brian Dowling.

Imogen dipercayai menandatangani perjanjian tujuh minggu dengan rancangan ITV itu.

Seorang jurucakap stesen televisyen berkenaan berkata, Imogen akan kembali pada musim panas untuk melakukan perkara lain di beberapa lokasi di seluruh Britain.

Rancangan itu sebelum ini dihoskan oleh Coleen Nolan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Suami isteri bunuh diri di gereja tempat kahwin

Posted: 29 Jul 2011 09:12 AM PDT

LAS VEGAS: Sepasang suami isteri meninggalkan kediaman mereka di Nevada untuk berada di sebuah gereja di Florida, tempat mereka berkahwin 40 tahun lalu bagi membunuh diri.

Seorang paderi menemui mayat Bruce Wright dan isteri, Patricia di bawah pokok Oak di belakang Gereja Friendship United Methodist di Punta Gorda, kira-kira 80 kilometer ke selatan Tampa.


Dua senjata api turut ditemui berhampiran.

"Bruce menembak kepalanya dengan senapang patah sementara Patricia menggunakan senapang," kata jurucakap Pejabat Syerif Charlotte County.


Menurutnya, si suami yang berusia 60 tahun mati serta merta, sementara si isteri, 57, mati di hospital Anak saudara pasangan itu, Daniel Johnson berkata, pasangan berkenaan tidak mempunyai anak dan jarang berhubung dengan anggota keluarga yang lain.


Dia juga berkata, keluarganya tidak tahu kenapa pasangan itu membunuh diri atau kembali ke gereja tempat mereka berkahwin. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan