Jumaat, 24 Jun 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Jepun rugi 16.9 trilion yen

Posted:

Jepun rugi 16.9 trilion yen

Jepun rugi 16.9 trilion yen

TOKYO 24 Jun - Bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu memusnahkan bangunan serta infrastruktur bernilai 16.9 trilion yen (RM639 bilion), lapor kerajaan hari ini.

Jumlah tersebut tidak termasuk kos kerosakan akibat kemalangan loji nuklear Fukushima yang terjadi selepas berlaku bencana tersebut.

Anggaran yang dibuat oleh pejabat Kabinet itu juga tidak termasuk kos-kos lain seperti bayaran ganti rugi bagi mangsa bencana dan orang yang dipindahkan.

Ia meliputi kerosakan struktur ke atas loji nuklear Fukushima Daiichi dan kemudahan nuklear yang lain, tetapi tidak termasuk kos akibat kebocoran radiasi seperti kesan ke atas pertanian, perikanan dan pelancongan.

Bencana di timur laut Jepun itu yang menyebabkan seramai 23,000 orang terkorban atau hilang, memusnahkan rumah, kedai, bangunan pejabat dan kilang yang dianggarkan bernilai 10.4 trilion yen (RM393 bilion).

Kesan terhadap kerosakan sistem air, gas, tenaga elektrik dan rangkaian telekomunikasi pula dianggarkan bernilai 1.3 trilion yen (RM49 bilion).

Kerosakan infrastruktur lain termasuk sungai, jalan raya, pelabuhan, sistem pembetungan, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan dianggarkan bernilai 5.2 trilion yen (RM197 bilion).

Anggaran itu jauh melebihi jumlah kerosakan akibat gempa bumi Hanshin berjumlah 9.6 trilion yen (RM363 juta) yang memusnahkan pelabuhan Kobe dan turut mengorbankan sehingga 6,400 nyawa. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

23 maut, 107 cedera

Posted:

23 maut, 107 cedera

23 maut, 107 cedera


Penduduk mengangkat keranda seorang mangsa yang terbunuh dalam kejadian letupan bom ke atas sebuah bas mini untuk dibawa ke tanah perkuburan di daerah Al-Shurta al-Rabaa di Baghdad, semalam. – Reuters


BAGHDAD 24 Jun – Sekurang-kurangnya 23 maut apabila tiga bom meletup berhampiran sebuah pasar dan pusat ibadat di kawasan utama puak Syiah di barat daya Baghdad, semalam.

Letupan pertama berlaku di daerah al-Shurta al-Rabaa dan seterusnya di Husseiniya, sebuah tempat ibadat bagi puak Syiah.

Tidak lama kemudian, satu lagi letupan berlaku di daerah Abu Dsheer, di selatan ibu kota Iraq ini menyebabkan dua terbunuh dan 10 cedera.

Kementerian Dalam Negeri meletakkan jumlah kematian seramai 23 orang dan 107 yang lain cedera, namun sumber perubatan menyatakan 35 terbunuh, manakala 80 cedera.

Kementerian berkenaan menjelaskan bahawa penyerang meletupkan bom ketika waktu puncak menggunakan kereta kayu yang selalunya digunakan untuk membawa bahan letupan.

Seorang penduduk, Ali al-Haidari yang cedera terkena serpihan bom berkata, dia cuba menyelamatkan dua kanak-kanak ketika kejadian.

"Ia merupakan letupan yang kuat dan tidak lama kemudian, letupan kedua kedengaran dan mayat bergelimpangan di merata tempat," katanya.

Keganasan di Iraq mula reda selepas perbalahan antara mazhab mengenai isu penyembelihan pada 2006-2007 selesai, namun kumpulan Sunni yang dipercayai menyertai rangkaian al-Qaeda masih melancarkan serangan.

Sementara itu, seramai empat terbunuh dan berpuluh-puluh cedera kelmarin dalam siri serangan terhadap polis di Baghdad dan utara bandar Mosul. – Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan