Jumaat, 1 April 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Tentera dikerah cari mayat

Posted:

Tentera dikerah cari mayat

Tentera dikerah cari mayat


ANGGOTA-anggota tentera Jepun menggunakan bot dan helikopter untuk mencari mayat mangsa gempa bumi dan tsunami di sepanjang perairan pantai Ishinomaki di Jepun, semalam. - AP


TOKYO 1 April - Beribu-ribu askar Jepun dan Amerika Syarikat (AS) hari ini melancarkan operasi besar-besaran di laut dan udara untuk mencari mayat mangsa tsunami di sepanjang pantai Pasifik di utara Jepun.

Kedua-dua negara bersekutu itu mengerahkan 120 pesawat udara dan helikopter serta 65 bot dan kapal untuk mencari sekurang-kurangnya 16,441 mangsa yang masih hilang ekoran gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu, menurut Pasukan Pertahanan Jepun.

Sekurang-kurangnya 11,532 orang lagi disahkan terkorban dalam bencana itu.

"Fokus operasi di sepanjang pantai, muara sungai dan kawasan darat yang masih ditenggelami air laut.

"Mayat yang dihanyutkan ke laut selalunya tenggelam dulu, tetapi biasanya terapung semula beberapa minggu kemudian, jadi operasi ini adalah untuk mencari mangsa tersebut," kata seorang pegawai tentera darat Jepun.

Seramai 17,000 askar Jepun dan 7,000 anggota tentera AS menyertai operasi itu, lapor akhbar Yomiuri Shimbun.

Bagaimanapun gerakan mencari itu tidak meliputi kawasan dalam lingkungan 30 kilometer dari loji nuklear yang rosak di wilayah Fukushima.

Kerajaan telah memindahkan penduduk dalam lingkungan 20 kilometer dari loji itu, manakala mereka yang tinggal 30 kilometer darinya diminta tidak keluar rumah.

Pasukan kecemasan belum dapat mengeluarkan 1,000 mayat mangsa gempa bumi dan tsunami dari zon 20 kilometer di sekitar loji nuklear Fukushima Daiichi itu kerana persekitarannya dicemari radiasi.

Operator loji, Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) melaporkan, radiasi melebihi paras selamat sudah menyerap ke dalam air bawah tanah di bawah loji tersebut tetapi belum menjejaskan bekalan air minum.

Namun pencemaran air bawah tanah 10,000 kali lebih tinggi daripada piawai kerajaan boleh menimbulkan masalah jangka panjang dan sekurang-kurangnya menunjukkan TEPCO belum dapat membendung kebocoran radiasi dari loji itu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

China longgar polisi satu anak

Posted:

China longgar polisi satu anak

China longgar polisi satu anak

BEIJING 1 April - China telah melonggarkan polisi satu anak bagi sebuah keluarga berikutan semakin ramai pasangan yang membuat keputusan untuk mempunyai lebih daripada seorang anak, lapor Suruhanjaya Penduduk dan Perancangan Keluarganya.

Sebelum ini, terdapat spekulasi mengatakan kerajaan China merancang untuk melonggarkan polisi tersebut sebahagian besarnya kerana bilangan penduduk yang semakin tua sehingga memberi tekanan kepada sistem negara yang masih belum sempurna di samping kekurangan dana untuk golongan pesara.

Polisi tersebut memperuntukkan denda yang tinggi bagi sesiapa sahaja yang mempunyai anak lebih daripada seorang dan ia turut menimbulkan kebimbangan tentang perbezaan nisbah antara golongan lelaki dan perempuan muda.

Walaupun perubahan yang dibuat berhubung polisi itu tidak ketara, tetapi ditambah dengan perasaan ramai pihak yang menganggap denda yang dikenakan sebagai tidak adil, rakyat China berharap polisi itu akan dibubarkan.

Di bawah pelan baru itu, pasangan di Beijing yang mempunyai dua orang anak hanya akan disaman sekiranya si-ibu berumur 28 tahun ke bawah dan anak kedua dilahirkan dalam tempoh empat tahun berbanding anak pertama.

Sebelum ini, pasangan suami isteri terpaksa membayar denda sebanyak 20 peratus daripada pendapatan tahunan mereka jika melahirkan anak kedua.

Bagaimanapun, pasangan yang mempunyai lebih satu adik beradik tidak digalakkan mempunyai lebih daripada seorang anak dan mereka masih perlu membayar denda.

Bekas profesor undang-undang di Beijing, Yang Zhizhu memberitahu China Daily, pelaksanaan saman terhadap pasangan yang mempunyai anak kedua tetap dianggap tidak adil walaupun ramai di antara mereka yang tidak membayar saman.

Tahap purata kesuburan wanita di China adalah antara 1.4 dan 1.8 bagi setiap wanita yang boleh melahirkan anak, namun ia perlu dikekalkan pada 2.1 untuk memastikan bilangan penduduk tidak merosot. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen