Khamis, 7 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Penduduk jadi perisai

Posted: 06 Apr 2011 10:37 AM PDT

BENGHAZI: Serangan udara Nato terhadap Libya terjejas akibat tindakan tentera Muammar Gaddafi berlindung

Menteri Luar Perancis, Alain Juppe berkata, operasi Nato kini menjadi semakin rumit kerana terpaksa berdepan dengan tentera Gaddafi yang sering dikerah supaya berada dekat dengan orang awam sebagai perlindungan taktikal dalam menghadapi serangan udara pakatan itu.


"Kami secara rasmi meminta supaya tidak ada kemusnahan sampingan terhadap penduduk awam. "Ia jelas menjadikan operasi kami lebih rumit," katanya kepada radio France Info, merujuk kepada keadaan di Misrata, bandar pelabuhan di barat Iraq yang dikepung oleh tentera Libya.

Menurutnya, beliau akan berbincang dengan Setiausaha Agung Nato, Anders Fogh Rasmussen mengenai keadaan di bandar berkenaan.


Beliau berkata, keadaan di Misrata tidak boleh dibiarkan berterusan. Pemimpin pemberontak yang berpangkalan di Libya, Abdelfateh Yunis sebelum ini berkata, pihaknya kecewa dengan Nato kerana tidak melakukan secukupnya untuk melindungi orang awam di Misrata.


Ketua tentera Perancis, Laksamana Edouard Guillaud turut menyuarakan rasa kecewa terhadap rentak Nato dalam operasi itu.

"Saya inginkan operasi ini berjalan dengan pantas. Tetapi seperti yang anda tahu, untuk melindungi orang awam bermakna anda tidak boleh mensasarkan serangan sesuka hati. Keadaan itu sungguh rumit," katanya kepada Radio Europe 1. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

48 pelarian diselamat

Posted: 06 Apr 2011 10:35 AM PDT

ROME: Pasukan pengawal pantai Itali semalam menyelamatkan 48 pelarian dan mengesan 15 mayat selepas sebuah bot yang sarat dengan 200 orang dari Libya karam malam sebelumnya.

"Kami menyelamatkan 48 orang sementara 15 mayat dikesan oleh kru helikopter," kata jurucakap pengawal pantai, Vittorio Alessandro yang berpangkalan di Pulau Lampedusa, selatan Itali.


"Kami masih menaruh harapan. Bot dan helikopter kami mencampakkan pelbagai jenis jaket dan bot keselamatan untuk mangsa," katanya.

Dalam kenyataannya, pasukan berkenaan berkata, bot sepanjang 13 meter itu meninggalkan bandar Zuwarah di barat Libya dua hari lalu.


Kebanyakan penumpang adalah warga Eritrea dan Somalia.


Beratus-ratus pelarian Afrika dari Libya, kebanyakannya pekerja asing yang terkandas selepas revolusi rakyat Libya menentang Muammar Gaddafi bermula, mendarat di Itali sejak beberapa hari lalu.

Lebih 20,000 pendatang asing yang melarikan diri akibat kekacauan berterusan di Tunisia juga tiba di Lampedusa. Pendatang dan pelarian sering menggunakan bot usang dan bot nelayan yang sesak untuk belayar menuju ke Itali. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen