Rabu, 2 Februari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Mubarak enggan undur segera

Posted:

Mubarak enggan undur segera

Mubarak enggan undur segera


Penduduk Mesir yang berhimpun di Dataran Tahrir mengikuti ucapan Mubarak di televisyen melalui layar besar sambil mengejek Presiden itu kerana enggan berundur segera, malam kelmarin. – REUTERS


KAHERAH 2 Feb. – Presiden Mesir Hosni Mubarak semalam mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya Presiden September ini, tetapi menolak desakan berjuta-juta rakyat Mesir yang mahu beliau meletak jawatan dengan segera.

Pengumuman presiden itu yang disiarkan di televisyen mengundang kemarahan penunjuk perasaan, dengan sekali lagi bertindak melanggar perintah berkurung dengan berkumpul di Dataran Tahrir, malam tadi, masuk hari kelapan demonstrasi.

Mubarak menegaskan bahawa beliau akan terus memerintah sehingga menjelang pilihan raya untuk memantau peralihan kuasa, sekali gus menolak mentah-mentah desakan pembangkang yang mahu pemimpin itu berundur menjelang Jumaat ini.

"Secara jujurnya dan tanpa mengambil kira situasi yang sedang berlaku sekarang, saya merancang untuk tidak bertanding bagi melanjutkan penggal pemerintahan saya.

"Saya hidup di negara ini, saya pernah berperang untuknya (Mesir) dan sejarah akan menilai saya.

Mesir, katanya, ''Negara yang telah saya pertahankan dan saya akan mati di sini," ujar Mubarak disambut dengan ejekan penunjuk perasaan yang berkumpul di Dataran Tahrir.

Beliau turut menolak kemungkinan melarikan diri ke negara lain seperti yang dilakukan bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali pada 14 Januari lalu selepas kebangkitan rakyatnya yang mendesak beliau berundur.

Mubarak berkata, negaranya mempunyai pilihan antara 'kekacauan dan kestabilan' selepas pertempuran antara pasukan polis dengan penunjuk perasaan yang mengakibatkan 300 terbunuh dan lebih 3,000 yang lain cedera.

"Demonstrasi ini telah berubah daripada satu cara menyatakan kebebasan bersuara yang bertamadun kepada konfrontasi yang dikesali, didorong oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja memburukkan dan mengapi-apikan keadaan.

"Tanggungjawab utama saya kini adalah membawa keselamatan dan kestabilan kepada negara ini bagi memastikan satu peralihan kuasa yang aman," katanya.

Mubarak turut berjanji akan meminda Perlembagaan bagi mengehadkan penggal pemerintahan Presiden dan membuatkan rakyat lebih mudah memilih calon pada pilihan raya Presiden. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ElBaradei kecamkenyataan Hosni

Posted:

ElBaradei kecamkenyataan Hosni

ElBaradei kecamkenyataan Hosni

KAHERAH 2 Feb. - Tokoh pembangkang Mesir, Mohamed ElBaradei menyifatkan Presiden Hosni Mubarak gagal memenuhi kehendak rakyat dan 'jaminannya' untuk tidak bertanding pada pilihan raya Presiden nanti, hanyalah satu penipuan semata-mata.

Penerima Hadiah Nobel Keamanan dan bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) itu berkata, Mubarak akan menjadi 'Presiden yang pincang dan ditimpa malang' sekiranya beliau tetap tidak mahu berundur.

"Beliau malangnya akan memanjangkan lagi penderitaan dalam tempoh enam hingga tujuh bulan lagi. Beliau terus memecah belahkan negara. Beliau membuatkan rakyat terus marah dan ia boleh berakhir dengan keganasan," katanya dalam satu wawancara dengan CNN.

Elbaradei yang muncul sebagai reformis Mesir turut menggelar Mubarak sebagai 'seorang diktator yang tidak mahu mendengar suara rakyat'.

Katanya, tindakan Presiden itu yang mengumumkan keenggannya untuk berundur 'jelas satu penipuan semata-mata'.

"Sesiapa pun yang menasihat Mubarak, orang itu memberi nasihat yang salah kepada beliau. Beliau hanya perlu berundur," katanya.

Sementara itu, parti pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin mengecam kenyataan Mubarak yang tidak akan bertanding pada pilihan raya Presiden akan datang dengan alasan mahu memantau peralihan kuasa dalam keadaan aman.

Jurucakap parti tersebut, Mohammed Mursi berkata, tawaran itu langsung tidak memenuhi kehendak seorang pun daripada rakyat Mesir. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan