Rabu, 5 Januari 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Misteri ikan, burung mati di Arkansas

Posted:

Misteri ikan, burung mati di Arkansas

Misteri ikan, burung mati di Arkansas


SEPASANG suami isteri melihat seekor burung hitam yang jatuh dari langit dan mati di bandar Beebe, Arkansas pada Sabtu lalu.


BEEBE - Misteri menghantui negeri Arkansas apabila lebih 100,000 ekor ikan ditemui mati di sepanjang 32 kilometer tebing dan di permukaan Sungai Arkansas berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe, di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan-ikan tersebut ditemui oleh seorang pemandu bot tunda pada Khamis lalu, 200 kilometer dari Beebe. Pakar alam sekitar percaya bahawa ikan-ikan itu mati akibat penyakit.

"Hanya satu spesies ikan yang mati dan kami tidak tahu apa puncanya. Jika disebabkan toksik, semua ikan mesti terjejas," kata seorang pegawai dari Jabatan Kualiti Alam Sekitar, Travis Harmon.

Pegawai-pegawai perikanan mengambil beberapa ekor ikan yang mati berhampiran Roseville untuk diuji.

Jurucakap Suruhanjaya Perikanan dan Sukan Arkansas, Keith Stephens memberitahu, masalah kematian ikan berlaku setiap tahun dan ia sesuatu yang luar biasa.

Seorang pakar, Dr. Andrew Goodwin dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur, Universiti Arkansas menyatakan perubahan drastik antara cuaca sejuk dan panas boleh membuatkan ikan terkejut dan membunuh mereka.

"Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.

Kematian itu berlaku selepas hampir 5,000 ekor burung hitam jatuh dari langit dan mati, 1.6 kilometer dari bandar Beebe pada malam tahun baru.

Insiden pelik yang kelihatan tidak mempunyai hubungan di antara satu sama lain itu nyata membingungkan penduduk Arkansas.

Para saintis menyatakan bunga api mungkin menyebabkan kematian burung itu. Namun, beberapa pegawai yang memeriksa burung itu menyatakan mereka masih belum pasti mengenai punca kematian haiwan tersebut.


SEBAHAGIAN daripada lebih 100,000 ekor ikan yang ditemui mati di Sungai Arkansas, Arkansas pada Khamis lalu.


Satu lagi teori ialah ribut petir mungkin dikatakan menjadi punca kematian burung-burung itu.

Insiden misteri itu nyata menimbulkan banyak teori dalam kalangan blogger.

Dua rakyat AS, Paul Joseph Watson dan Alex Jones dari laman web PrisonPlanet.com yakin ia disebabkan oleh ujian senjata elektromagnetik rahsia.

Sementara itu, pihak lain mengemukakan teori bahawa kematian burung dan ikan tersebut merupakan petanda hari kiamat berdasarkan ramalan suku kaum Maya di Amerika Selatan dan ahli nujum terkenal, Nostradamus. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Skandal rasuah cemar reputasi parti pemerintah India

Posted:

Skandal rasuah cemar reputasi parti pemerintah India

Skandal rasuah cemar reputasi parti pemerintah India

NEW DELHI - Salah satu skandal rasuah terbesar India sekitar tahun 1980-an mencemarkan reputasi parti Kongres selain melumpuhkan sesi parlimen akibat satu siri protes berikutan dakwaan rasuah.

Seorang pemimpin kanan parti pembangkang, Parti Bharatiya Janata (BJP) menyatakan, wang sogokan dibayar semasa perjanjian pertahanan bernilai AS$1.4 bilion (RM4.29 bilion) dibuat pada 1986 oleh parti Kongres yang memerintah.

Menurut media, satu laporan Jabatan Hasil Dalam Negeri India yang diperoleh pembangkang pada minggu ini menunjukkan bukti bahawa bayaran dibuat kepada ejen Quattrocchi dan Bofors dari Sweden, Win Chadha, berjumlah AS$14.7 juta (RM45 juta).

Kontroversi perjanjian pertahanan pada tahun 1986 itu telah menyebabkan parti Kongres dipimpin Rajiv Gandhi gagal mendapat majoriti dalam pilihan raya tahun 1989.

Parti Kongres sebelum ini didesak oleh BJP untuk berdepan dengan satu inkuiri parlimen berkaitan satu lagi kes mengenai penipuan dalam projek telekom bernilai AS$39 bilion (RM119 bilion) melibatkan bekas menteri telekomunikasi, A. Raja.

"Ini merupakan satu isu serius yang mesti dinyatakan dalam semua forum termasuk di parlimen," tegas seorang pemimpin kanan BJP, Arun Jaitley. - Reuters

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan