Selasa, 18 Jun 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Perisik Britain godam diplomat asing

Posted:

Perisik Britain godam diplomat asing

Perisik Britain godam diplomat asing

PERDANA MENTERI BRITAIN, David Cameron menuruni pesawat yang membawanya menghadiri sidang kemuncak G8 di Enniskillen, Ireland Utara kelmarin.- AP


LONDON - Akhbar Guardian melaporkan agensi pengintipan Britain, GCHQ berulang kali menggodam telefon dan e-mel diplomat asing semasa Britain menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa.

Laporan tersebut mencetuskan kemarahan pegawai Rusia yang bimbang sistem komunikasi mereka telah dipintas.

Pendedahan itu dibuat beberapa jam sebelum Britain dijangka mengadakan Sidang Kemuncak Kumpulan 8 (G8) di Ireland Utara semalam.

Pertemuan tersebut dihadiri oleh pemimpin negara kuasa ekonomi dunia termasuk Rusia.

"Skandal ini boleh mencetuskan isu diplomatik yang serius," menurut ahli akademik Britain, Richard J. Aldrich.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Britain David Cameron enggan mengulas ketika ditanya berhubung isu tersebut.

"Kami tidak pernah mengulas tentang isu keselamatan atau perisikan dan saya tidak akan memulakannya sekarang," katanya.

Pegawai-pegawai Rusia semalam mengadu tentang laporan bahawa delegasi mereka menjadi mangsa pengintipan semasa menghadiri beberapa sidang kemuncak sebelum ini.

"Ini satu skandal! Agensi perisikan Britain dan Amerika Syarikat memasang pepijat pada telefon Presiden Dmitry Medvedev semasa sidang kemuncak negara Kumpulan 20 (G20)," kata pengerusi jawatankuasa hal ehwal luar dewan rendah Parlimen Rusia, Alexei Pushkov di laman Twitternya semalam.

Selain mencuri dengar perbualan telefon, menceroboh komputer diplomat asing, GCHQ juga didakwa terlibat dalam aktiviti menggodam telefon pintar mereka. - AP

Arab Saudi bekal senjata kepada penentang Syria

Posted:

Arab Saudi bekal senjata kepada penentang Syria

Arab Saudi bekal senjata kepada penentang Syria


SEORANG tentera Tentera Pembebasan Syria (FSA) mengacukan senapangnya ke arah musuh di wilayah Deraa, Syria. Arab Saudi kini didakwa membekalkan senjata kepada FSA.- Reuters


DUBAI - Pemerintah Arab Saudi mula membekalkan sejumlah pelancar roket antipesawat kepada kumpulan penentang Syria dalam skala kecil kira-kira dua bulan lalu, kata satu sumber semalam.

Menurut sumber, senjata-senjata berkenaan kebanyakannya datang daripada pembekal di Perancis dan Belgium.

Perancis telah dibayar untuk menghantar senjata-senjata itu ke Syria.

Sumber itu berkata, bekalan senjata tersebut diserahkan kepada pemimpin Tentera Pembebasan Syria (FSA), Jeneral Salim Isriss.

Arab Saudi dipercayai mula memainkan peranan lebih aktif dalam konflik Syria sejak beberapa minggu lalu ekoran konflik di negara itu bertambah buruk.

Jurucakap Kementerian Luar Arab Saudi gagal dihubungi berhubung dakwaan terbaharu itu.

Beberapa sumber diplomatik Arab Saudi menyatakan negara tersebut semakin bimbang selepas campur tangan kumpulan Hezbollah dalam konflik di Syria.

Hezbollah dan para penyokongnya merupakan pengikut Syiah. - Reuters

Berlatih berjalan atas kabel sejauh 400 meter

Posted:

Berlatih berjalan atas kabel sejauh 400 meter

Berlatih berjalan atas kabel sejauh 400 meter


AKSI Wallenda ditonton oleh ratusan pengunjung di Florida kelmarin. - REUTERS


SARASOTA - Pelagak ngeri Amerika Syarikat, Nik Wallenda berlatih berjalan di atas kabel di sini, dalam negeri Florida kelmarin.

Aksi berbahaya tersebut disaksikan oleh beratus-ratus penonton.

Wallenda membuat latihan itu sebagai persediaan untuk berjalan merentasi kabel di ngarai Grand Canyon, negeri Arizona pada 23 Jun ini.

Pelagak ngeri itu merupakan pemegang enam rekod dunia berjalan atas kabel.

Pada Ahad ini, dia akan melakukan aksi lagak ngeri paling berbahaya yang belum pernah dilakukannya sebelum ini.

Wallenda, 34, akan berjalan di atas kabel sepanjang 400 meter merentasi sungai Little Colorado pada ketinggian mencecah 460 meter.

Lelaki tersebut merancang melakukan aksi itu tanpa menggunakan peralatan keselamatan seperti abah-abah.

Percubaan itu akan menjadi aksi berjalan di atas kabel paling tinggi bagi Wallenda.

Ketinggian tersebut melebihi bangunan pencakar langit Empire State dengan aksinya akan ditayangkan secara langsung oleh saluran Discovery Channel. - REUTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan