Rabu, 20 Februari 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Serangan roket bunuh 20 aktivis di Syria

Posted:

Serangan roket bunuh 20 aktivis di Syria

Serangan roket bunuh 20 aktivis di Syria

AP
FOTO yang disediakan oleh Pusat Media Aleppo (AMC) ini menunjukkan orang ramai mencari mangsa yang terselamat di sebalik runtuhan bangunan akibat bedilan roket di Jabal Badro, Aleppo, Syria semalam.


AMMAN, Jordan - Serangan roket yang dilancarkan ke kubu kuat pemberontak di bandar Aleppo, Syria semalam membunuh sekurang-kurangnya 20 orang dan menyebabkan 25 yang lain hilang, jelas kumpulan aktivis.

Enam orang kanak-kanak dikatakan antara mangsa yang terbunuh dalam serangan terbaharu regim Presiden Syria, Bashar Al-Assad.

"Roket itu mengakibatkan tiga buah bangunan di daerah Jabal Badro runtuh. Mayat-mayat mangsa mula dikeluarkan secara satu persatu. Ada mangsa termasuklah kanak-kanak meninggal dunia di hospital," kata seorang aktivis, Mohammad Nour menerusi satu panggilan telefon.

Menurut mereka yang terselamat, dianggarkan 25 orang lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Roket itu kemudian dikenal pasti sebagai Scud yang digunakan secara meluas oleh tentera kerajaan ke atas kumpulan pemberontak di Aleppo dan wilayah Deir a-Zor. - Agensi

Pesawat tentera terhempas, 12 maut

Posted:

Pesawat tentera terhempas, 12 maut

Pesawat tentera terhempas, 12 maut


Reuters
SAYAP pesawat tentera yang terhempas di sebuah kawasan perumahan di Sanaa, Yemen dikeluarkan oleh kenderaan polis semalam.


SANAA - Sebuah pesawat tentera udara Yemen semalam terhempas di sini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 11 yang lain cedera.

Agensi berita negeri, Saba melaporkan tiga orang wanita dan dua orang kanak-kanak terkorban apabila pesawat yang sedang menjalani latihan itu terhempas di sebuah kawasan perumahan.

Foto yang diambil daripada media sosial menunjukkan satu mayat berada berhampiran serpihan pesawat tersebut. Beberapa buah kereta juga terbakar dan jalan dipenuhi runtuhan bangunan.

Seorang pegawai keselamatan memberitahu, juruterbang berjaya keluar daripada pesawat sebelum ia terhempas. Namun, keadaannya masih belum dapat dipastikan.

"Orang ramai sangat takut dan ambulan lambat datang," kata seorang penduduk, Abdulsattar Mohammed yang memberitahu, dia nampak pesawat dan rumah yang dirempuhnya terbakar.

Seorang pegawai tentera menyatakan ia merupakan pesawat pejuang SU-22 buatan Rusia. Tentera udara Yemen dilaporkan memiliki 30 unit pesawat SU-22 dan empat buah SU-22UM3.

- Reuters

Pistorius tembak teman wanitanya

Posted:

Pistorius tembak teman wanitanya

Pistorius tembak teman wanitanya


PISTORIUS menunggu perbicaraan bermula di Mahkamah Majistret Pretoria, Afrika Selatan semalam.


PRETORIA - Bintang Paralimpik, Oscar Pistorius memasang kaki palsu dan berjalan ke sudut bilik tidurnya seterusnya melepaskan empat das tembakan dengan sepucuk pistol ke arah pintu bilik air sekali gus membunuh teman wanitanya, kata pendakwa raya, Gerrie Nel semalam.

Menurutnya, wanita berkenaan, Reeva Steenkamp yang merupakan seorang model dan graduan undang-undang meninggal dunia selepas terkena tiga das tembakan.

Pistorius menangis di mahkamah ketika Nel mendedahkan butiran kejadian tembakan itu yang mengejutkan rakyat Afrika Selatan dan jutaan peminatnya di seluruh dunia.

Sebelum ini, kejayaan Pistorius yang kudung kedua kedua-dua kakinya dalam acara trek dianggap sebagai kecemerlangan paling unggul manusia.

Majlis pengkebumian Steenkamp dijadual diadakan lewat semalam.

Peguam bela Pistorius, Barry Roux mempertikaikan tuduhan membunuh itu dengan hujah fakta-fakta kejadian tembakan pada Khamis lalu itu masih kabur.

"Apa yang kita benar-benar tahu adalah dia (Steenkamp) menguncikan dirinya di dalam bilik air dan dia ditembak," katanya kepada mahkamah berkenaan di sini.

Perbicaraan awal itu diadakan bagi menentukan sama ada Psitorius dibenarkan diikat jamin atau sebaliknya.

Bagaimanapun Nel, dalam hujahnya kepada mahkamah menegaskan kejadian tersebut sebagai pembunuhan terancang. Mereka yang didapati bersalah membunuh boleh dihukum penjara seumur hidup di Afrika Selatan.

"Jika saya memegang senjata, berjalan dan membunuh seseorang, itu adalah pembunuhan terancang," katanya

"Pintu bilik air tertutup. Tiada kesangsian lagi. Saya (merujuk kepada Pistorius) berjalan sejauh tujuh meter dan saya membunuh," tambah Nek.

"Motifnya "saya mahu membunuh". Itu sahaja," ujar pendakwa raya itu.

Penangkapan pelari pecut Olimpik dan Paralimpik berusia 26 tahun itu mengejutkan berjuta-juta orang yang terpegun melihat kejayaannya mara ke separuh akhir acara 400 meter Olimpik di London.

Ketika itu, Psitorius memakai dua bilah gentian berteknologi tinggi yang diperbuat daripada karbon.

Laporan awal kes itu menyatakan Pistorius mungkin tersilap menyangka Steenkamp seorang penceroboh seperti yang diberitahu oleh bintang sukan itu kepada saudara perempuannya selepas kejadian.

Dilahirkan tanpa tulang betis, kedua-dua kaki Pistorius terpaksa dipotong ketika dia berusia 11 bulan dan masih bayi tetapi pemuda itu berjaya menjadi atlet terunggul dalam sejarah Sukan Paralimpik. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan