Ahad, 24 Februari 2013

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


3,000 tahanan Palestin lancar mogok lapar

Posted: 24 Feb 2013 03:33 PM PST

Bantah kematian rakan di penjara utara Israel

Baitulmaqdis: Seramai 3,000 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel melancarkan mogok lapar sehari semalam membantah kematian seorangrakan mereka, kata pegawai ketika pihak berkuasa cuba mematahkan demonstrasi terbabit.

"Kira-kira 3,000 tahanan mengumumkan mereka enggan makan," kata jurucakap perkhidmatan penjara Israel, Sivan Weizman kepada AFP.

"Ia hanya hidangan untuk sehari iaitu sebanyak tiga kali."

Arafat Jaradat, 30, seorang bapa kepada dua anak dilaporkan mati secara tiba-tiba pada Sabtu, di pusat tahanan Megiddo, utara Israel di mana pihak berkuasa penjara berkata ia disebabkan serangan jantung.

Bedah siasat

Bedah siasat akan dilakukan di institut forensik kebangsaan Israel hari ini manakala menteri hal ehwal pertukaran tahanan Palestin, Issa Qaraqaa berkata seorang doktor Palestin dan keluarga mangsa akan hadir.
Selepas berita kematian Jaradat tersebar, pertelagahan berlaku di Hebron antara pemuda Palestin dan pasukan keselamatan Israel, kata saksi dan pasukan keselamatan.

Media berkata pasukan keselamatan Israel bersiap sedia kemungkinan lebih banyak demonstrasi hari ini.

'Amaran rusuhan' terpampang sebagai tajuk berita di muka depan akhbar harian Israel Hayom, yang rapat dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

"Pusat keselamatan secara keseluruhan dan perkhidmatan penjara dalam keadaan berjaga-jaga hari ini," kata akhbar harian Maariv.

Sementara itu kelab tahanan Palestin berkata bilangan banduan yang melancarkan mogok lapar berterusan meningkat daripada empat kepada 11 orang.

Kematian Jaradat berlaku sehari selepas hampir 100 rakyat Palestin cedera dalam pergaduhan dengan pasukan keselamatan Israel ketika demonstrasi di Tebing Barat bagi menuntut pembebasan tahanan yang mogok lapar.

Rakyat kian bosan skandal rasuah

Posted: 24 Feb 2013 03:31 PM PST

Jakarta: Skandal rasuah serius di Indonesia menjejaskan prospek parti pemerintah Indonesia menjelang pilihan raya 2014 dan mengakibatkan keputusan undian semakin tidak menentu berbanding sebelum ini, kata penganalisis.

Kemenangan penggal kedua Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 2009 sebahagiannya adalah berdasarkan jaminan untuk memerangi rasuah dalam ekonomi terbesar Asia Tenggara dan satu daripada negara paling banyak mengamalkan rasuah di dunia tetapi tidak banyak yang dapat beliau lakukan.

Tidak bersih rasuah

"Sejak dua tahun lalu, Parti Demokratik sering dilabel rasuah, kini bolehkah Susilo membersihkannya? Hakikatnya semua parti terbabit. Tiada siapa benar-benar bersih," kata Syamsuddin Haris, seorang penganalisis politik dari Institut Sains Indonesia kepada AFP.

Dalam kes terbaru, pengerusi parti Anas Urbaningrum dinamakan badan anti-rasuah negara sebagai suspek dalam skandal berbilion dolar berkaitan pembinaan sebuah stadium sukan berhampiran ibu kota ini.

Urbaningrum, yang dituduh menerima 'habuan atau janji habuan' dalam pembinaan Pusat Sukan Hambalang bernilai kira-kira 1.17 trilion rupiah (RM373.75 juta) meletak jawatan Sabtu lalu, namun menegaskan dirinya tidak bersalah.

Ia adalah kes sama yang memaksa peletakan jawatan Menteri Sukan, Andi Mallarangeng Disember lalu.
Jumlah undian jatuh

Populariti parti merudum,menurun kepada hanya lapan peratus dalam undian Disember lalu jauh ketika Susilo dipilih dengan 21 peratus undian pada 2009.

Sebilangan rakyat Indonesia yang letih dengan skandal rasuah di negara mereka kini memberi perhatian terhadap ahli politik di luar lingkaran elit. dan justeru tidak tercemar.

Individu terbabit ialah gabenor baru Jakarta Joko Widodo, seorang lelaki digelar 'Obama Indonesia' yang menjadi popular kerana gaya merendah diri. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan