Rabu, 16 Januari 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Nahas kereta api di Mesir

Posted:

Nahas kereta api di Mesir

Nahas kereta api di Mesir

BEBERAPA pekerja melihat sebuah gerabak kereta api yang membawa anggota tentera yang terlibat dalam perlanggaran di Giza, Badrashin semalam.


KAHERAH - Sebuah kereta api yang membawa lebih 1,300 anggota tentera Mesir tergelincir dan merempuh sebuah kereta api barang menyebabkan 19 askar mati semalam.

Ketua Pihak Berkuasa Kereta api Mesir, Hussein Zakareya berkata, nahas itu berlaku kira-kira 30 kilometer ke selatan bandar raya ini.

Presiden Mesir, Mohammed Morsi meluangkan masa melawat mangsa-mangsa di sebuah hospital tentera di sini.

"Hari ini (semalam) merupakan hari yang sedih untuk rakyat negara ini. Saya menyampaikan ucapan takziah kepada ahli-ahli keluarga mangsa yang mati syahid semasa dalam perjalanan untuk memenuhi tugas negara. Saya berdoa buat mangsa yang cedera supaya mereka cepat pulih," kata Morsi.

Seramai 107 orang cedera dalam nahas tersebut.

Perdana Menteri, Hisham Qandil melawat tempat kejadian itu.

Kereta api yang membawa askar itu menuju ke sebuah kem latihan tentera di sini selepas bertolak dari selatan negara ini.

Nahas itu berlaku di kawasan perumahan Giza di Badrashin.

Berpuluh-puluh orang berkumpul di stesen kereta api di Kaherah selepas kemalangan berlaku sambil melaungkan slogan anti-Morsi dan menunjuk perasaan bagi membantah kelemahan pentadbiran pemerintah. - Agensi

Aktivis haiwan selamatkan lebih 1,000 ekor kucing

Posted:

Aktivis haiwan selamatkan lebih 1,000 ekor kucing

Aktivis haiwan selamatkan lebih 1,000 ekor kucing


BEBERAPA aktivis haiwan mengangkat kurungan kayu yang mengandungi kucing di sebatang jalan raya di Changsa kelmarin.


CHANGSA, China - Sebuah trak yang membawa lebih 1,000 ekor kucing terlibat dalam nahas di sebatang jalan raya di sini kelmarin.

Kucing itu yang diletakkan dalam sejumlah kurungan kayu akan dijual di restoran-restoran di Guangdong untuk dijadikan makanan.

Kira-kira 50 aktivis haiwan dan sukarelawan kemudian bertindak menyelamatkan kucing tersebut daripada disembelih untuk dijadikan makanan.

Kucing-kucing itu kelihatan lapar semasa para aktivis tersebut melihat haiwan berkenaan.

Para aktivis itu kemudian menghantar kucing tersebut ke sebuah klinik haiwan untuk dirawat. - Agensi

Songhao tunjuk kebolehan tahan sejuk

Posted:

Songhao tunjuk kebolehan tahan sejuk

Songhao tunjuk kebolehan tahan sejuk


ORANG ramai menyaksikan Songhao berdiri di dalam timbunan salji.


YANJI, China - Seorang lelaki, Jin Songhao duduk di dalam timbunan salji paras pinggang di sini pada Sabtu lalu.

Songhao, 55, menunjukkan kebolehannya itu tanpa memakai baju di depan orang ramai.

Lelaki itu juga berdiri di dalam timbunan salji.

Dia sebelum ini mencipta rekod Guinness World Records apabila duduk di dalam sebuah bekas yang mengandungi ais selama dua jam pada 7 Januari 2011. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan