Rabu, 16 Januari 2013

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Ayat al-Quran di Harvard

Posted: 16 Jan 2013 12:03 PM PST

Massachusetss: Universiti Harvard meletakkan ayat al-Quran di pintu masuk ke fakulti undang-undangnya, menyifatkan ayat itu sebagai antara ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah, lapor akhbar Arab Saudi baru-baru ini.

Ayat 135 Surah An-Nisa diletakkan pada dinding berdepan dengan pintu masuk utama fakulti itu, khusus untuk frasa terbaik mengenai keadilan.

Seorang penuntut Arab Saudi yang belajar di universiti berkenaan menyiarkan gambar poster itu dalam akaun Twitternya, menurut akhbar Ajel

Ungkapan hebat

"Saya nampak ayat berkenaan diletakkan oleh fakulti undang-undang, yang menyifatkan ia sebagai ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah," kata Abdullah Jumma.

Universiti Harvard dibina di Cambridge pada 1636 sebagai institusi pengajian tinggi paling tua di Amerika Syarikat. - Agensi

2012 antara tahun dunia paling panas

Posted: 16 Jan 2013 11:58 AM PST

Washington: Tahun 2012 berada dalam 10 senarai teratas tahun paling panas dalam rekod moden global, dua daripada agensi pemantau iklim Amerika Syarikat melaporkan kelmarin.

Agensi angkasa lepas Amerika NASA dan Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) secara bersama mengeluarkan dua laporan berhubung suhu dunia tahun lalu.

Paling panas
Perbezaan dalam dua kedudukan itu kemungkinan berikutan ekstrapolasi suhu NASA di kawasan tanpa stesen cuaca, terutama berhampiran kutub," James Hansen, Pengarah Institut Kajian Angkasa Lepas Goddard NASA di New York

NASA meletakkan tahun lalu di tempat kesembilan paling panas sejak rekod disimpan pada 1880 sementara NOAA mendapati tahun lalu adalah yang ke-10 paling panas.

"Perbezaan dalam dua kedudukan itu kemungkinan berikutan ekstrapolasi suhu NASA di kawasan tanpa stesen cuaca, terutama berhampiran kutub," kata pengarah Institut Kajian Angkasa Lepas Goddard NASA di New York, James Hansen.

Suhu tinggi melampau

Suhu permukaan global 2012, termasuk tanah dan air adalah satu darjah Fahrenheit (0.56 darjah selsius) lebih panas berbanding purata 1951 hingga 1980. Ia cukup untuk meningkatkan suhu tinggi melampau tahun lalu, lapor Hansen.
Tahun lalu juga adalah tahun ke-36 berturut-turut dengan suhu global lebih panas berbanding purata kurun ke-20, kata saintis dari dua agensi kepada satu taklimat media.

Senator Barbara Boxer, seorang anggota Demokrat California yang mempengerusikan jawatankuasa alam sekitar Senat, berkata laporan itu menjelaskan bahawa bumi semakin panas dan aliran sedang menuju kepada hala yang salah. - REUTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan