Rabu, 11 Januari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Saintis nuklear Iran dibunuh

Posted:

Saintis nuklear Iran dibunuh

Saintis nuklear Iran dibunuh

TEHERAN 11 Jan. - Seorang saintis nuklear Iran terbunuh manakala dua cedera apabila sebutir bom magnetik yang diletakkan di sebuah kereta oleh penyerang bermotosikal meletup di luar universiti di sini, hari ini.

Menurut laman web beberapa buah universiti, saintis yang terbunuh itu dikenal pasti sebagai Mostafa Ahmadi Roshan yang bertanggungjawab melakukan kajian terhadap pengasingan gas di pusat uranium Natanz.

Timbalan Gabenor Teheran, Safar Ali Bratloo yang dipetik agensi berita ILNA berkata, ejen-ejen Israel terlibat dengan pembunuhan itu.

''Serangan itu dilakukan rejim Zionis kerana mahu menakut-nakutkan orang ramai dari menyertai undian pilihan raya yang dijangka berlangsung pada 2 Mac depan,'' ujarnya.

Sementara itu, kerajaan dan Parlimen Iran mengutuk serangan itu dengan menyifatkannya sebagai 'jajahan kuasa' oleh Israel dan Amerika Syarikat.

"Musuh-musuh Iran perlu tahu dengan tindakan sedemikian, mereka tidak akan dapat menghalang program saintifik negara ini," kata Timbalan Presiden Mohammad Raza Rahimi.

Letupan itu berlaku di luar timur kampus Universiti Allameh Tabatai di bahagian fakulti sains sosial.

Dalam pada itu, dua yang cedera dalam insiden tersebut dibawa ke hospital.

Mostafa sebelum ini melanjutkan pengajian di Universiti Sharif dalam bidang pengasingan gas bagi tujuan pengayaan uranium.

Pada 2010 dan 2011, tiga saintis Iran yang terlibat dalam program nuklear terbunuh apabila kereta yang dinaiki meletup.

Satu daripada serangan tersebut berlaku pada 11 Januari 2010, menyebabkan saintis Masoud Ali Mohammdi terbunuh. - AFP/DPA

Full content generated by Get Full RSS.

Aceh digegar gempa 7.1 skala Richter

Posted:

Aceh digegar gempa 7.1 skala Richter

Aceh digegar gempa 7.1 skala Richter

Oleh Saharudin Musthafa

JAKARTA 11 Jan. – Wilayah Aceh yang paling teruk dilanda bencana alam tsunami pada Disember 2004 awal pagi ini dikejutkan dengan satu lagi gempa bumi berukuran 7.1 skala Ritcher.

Ekoran itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia turut mengeluarkan amaran tsunami tetapi ditarik balik selang beberapa jam kemudian.

Gempa bumi itu dirasakan sangat kuat berlaku pada pukul 1.36 pagi di 419 kilometer barat daya Meulaboh yang berpusat pada kedalaman 10 km.

Selain gempa yang kuat, para penduduk di Banda Aceh dan sekitarnya turut merasakan angin kencang, namun sehingga kini tiada sebarang laporan berhubung kerosakan dan harta benda atau jiwa.

"Berdasarkan pemantauan kami sehingga jam 4 pagi di Banda Aceh dan sekitarnya, akibat gempa tersebut belum ditemukan sebarang korban jiwa dan infrastruktur," kata Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho.

Sejurus berlaku gempa bumi, tercetus suasana panik di kalangan penduduk Aceh terutama mereka yang berada di sekitar pantai dan masing-masing meninggalkan rumah serta-merta dengan mencari perlindungan di tempat yang lebih tinggi. – UTUSAN

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan