Ahad, 11 Disember 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Newt Gingrich perkecil Palestin

Posted:

Newt Gingrich perkecil Palestin

Newt Gingrich perkecil Palestin


Seorang kanak-kanak perempuan Palestin mengibarkan bendera Barisan Popular untuk Liberasi Palestin bagi meraikan ulang tahun penubuhan ke-44 kumpulan tersebut semasa satu perarakan yang diadakan di bandar Beit Lahia, Genting Gaza, semalam. - AFP


RAMALLAH 11 Dis. – Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad semalam menyelar calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Newt Gingrich dan menuntut beliau memohon maaf kerana memperkecilkan rakyat Palestin dengan menggambarkan mereka sebagai bangsa 'rekaan'.

Gingrich yang mendahului pesaing dalam perebutan untuk dipilih sebagai calon Republikan pada pilihan raya Presiden 2012, membuat kenyataan itu kelmarin dalam wawancara yang bakal disiarkan oleh stesen televisyen satelit Jewish Channel.

Fayyad semasa pertemuan dengan wartawan di bandar Ramallah, Tebing Barat menggesa Gingrich memohon maaf kerana mengeluarkan 'kenyataan yang biadab, melukakan hati dan tidak masuk akal'.

Kenyataan Gingrich itu memutarbelitkan kebenaran sejarah dan tidak boleh diterima sama sekali, kata Fayyad.

"Malah di Israel, pendatang haram Yahudi yang paling ekstremis pun tidak berani membuat kenyataan yang sebegitu lancang.

"Penduduk Palestin sudah tinggal di bumi ini sejak awal lagi dan bertekad untuk menetap di sini hingga ke akhir zaman," tegas beliau.

Dalam wawancara itu, Gingrich yang juga bekas Speaker Dewan Perwakilan AS menyifatkan rakyat Palestin sebagai 'bangsa rekaan yang sebenarnya Arab dan mengikut sejarahnya adalah sebahagian daripada masyarakat Arab'.

"Mereka mendapat peluang untuk merantau ke banyak tempat, dan atas pelbagai sebab politik, kita menghadapi perang (Arab) menentang Israel ini sejak 1940-an dan saya menganggapnya sebagai tragik," kata beliau.

Gingrich juga menggambarkan pandangan hidupnya sebagai 'hampir menyamai' pandangan hidup Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan berikrar akan mengambil 'pendekatan yang jauh lebih tegas dan lebih terus-terang terhadap Asia Barat' jika beliau dipilih menjadi Presiden AS.

Sementara itu, rakyat Palestin di Genting Gaza hari ini turut mengadakan satu perarakan sempena ulang tahun ke-44 penubuhan Barisan Popular untuk Liberasi Palestin. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiga maut gempa bumi gegar Mexico

Posted:

Tiga maut gempa bumi gegar Mexico

Tiga maut gempa bumi gegar Mexico

MEXICO CITY 11 Dis. - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter menggegarkan Mexico semalam menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang maut, mengakibatkan bekalan elektrik terputus dan mencetuskan panik di kalangan orang ramai yang bergegas keluar ke jalan raya.

Bagaimanapun, tiada laporan kerosakan dan kecederaan dibuat di Mexico City, tetapi perkhidmatan kecemasan menyatakan, seorang lelaki berumur 18 tahun terbunuh selepas bumbung sebuah bangunan runtuh di Iguala.

Seorang lagi lelaki berusia 25 tahun terbunuh apabila vannya dihempap batu di lebuh raya Mexico City-Acapulco, menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan di negeri Guerrero, barat daya negara ini.

"Saya berada di tingkat lima ketika gempa berlaku dan gegarannya sangat kuat. Anjing saya mula menyalak dan saya bergegas keluar," kata seorang penduduk, Amor Lajud.

Lajud tinggal di sebuah pangsapuri di bandar kejiranan Mexico City, Condesa yang mengalami kerosakan teruk ketika gempa bumi 1985.

Pengunjung di gedung membeli belah popular di Condesa bertempiaran lari ke jalan raya dengan beberapa orang dilaporkan menjerit dan menangis.

Kesesakan lalu lintas turut berlaku selepas gegaran merosakkan lampu-lampu isyarat di bandar itu.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak 45 kilometer dari Iguala di Guerrero pada kedalaman 64 kilometer dan gegaran turut dirasa di negeri seperti Michoacan, Puebla dan Hidalgo.

"Kerosakan paling besar berlaku di Iguala kerana ia paling dekat dengan pusat gempa," kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Guerrero.

Bekalan elektrik terputus di kebanyakan daerah di ibu negara ini, tetapi Datuk Bandar Mexico City, Marcelo Ebrard menyatakan, perkhidmatan air, pengangkutan bawah tanah dan lapangan terbang beroperasi seperti biasa. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan