Sabtu, 3 Disember 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Parti Islam capai kemenangan

Posted: 03 Dec 2011 12:10 PM PST

Dunia

SEORANG penduduk Mesir mengambil gambar mural lelaki dan wanita memakai penutup mata sebagai simbol tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam.

SEORANG penduduk Mesir mengambil gambar mural lelaki dan wanita memakai penutup mata sebagai simbol tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam.

Keputusan awal pilihan raya Mesir sahkan ramalan kejayaan besar

KAHERAH: Keputusan awal pilihan raya pertama Mesir selepas revolusi menunjukkan parti Islam mencapai kemenangan termasuk parti Salafi, dengan parti sekular berdepan kekalahan di banyak kawasan.

Perangkaan awal di kawasan yang mengundi di negara itu pada Isnin dan Selasa lalu, mengesahkan ramalan awal parti Islam akan menang sekurang-kurangnya dua pertiga daripada undian. Di Port Said, gabungan parti Islam diketuai pergerakan yang pernah diharamkan, Ikhwanul Muslimin, memperoleh 32.5 peratus undian manakala parti Al-Nur mendapat 20.7 peratus, lapor akhbar Al-Ahram.

Parti Wafd yang berfahaman liberal mendapat 14 peratus manakala satu lagi parti Islam, Al-Wassat, mencatatkan 12.9 peratus, menurut akhbar itu.

Di selatan daerah Laut Merah, parti Ikhwanul Muslimin memenangi 30 peratus undian manakala gabungan sekular Blok Mesir memperoleh 15 peratus.

Keputusan penuh pada awalnya dijadual disiarkan Rabu lalu tetapi ditangguhkan beberapa kali. Suruhanjaya Pilihan Raya berjanji petang kelmarin pada sidang akhbar yang huru hara untuk menyiarkan ia di laman web mereka.
Ada juga peluang bagi pergerakan sekular yang memainkan peranan dalam menumbangkan pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun Februari lalu selepas 178 hari mengadakan tunjuk perasaan.

Ia bagaimanapun dibayangi Ikhwanul Muslimin yang lebih teratur, amat dikenali penduduk Mesir kerana berdekad menjadi pembangkang kepada rejim Mubarak dan kerja kebajikan dan sosial yang menggalakkan.

Seorang calon liberal, Mohammed Abdel Ghani, memberitahu akhbar Al-Shorouq pergerakannya perlu berdepan dengan propaganda parti Islam yang menyatakan calon bukan parti Islam adalah kafir.

Di Kaherah, bintang pergerakan itu, Amr Hemzawi, memenangi kerusi di daerah Heliopolis tetapi di tempat lain, tokoh revolusi terpaksa bergelut untuk menang.

Di Dataran Tahrir, penunjuk perasaan kembali minggu lalu untuk membantah pemerintahan tentera yang mengambil alih teraju pemerintahan selepas Mubarak meletak jawatan tetapi bilangan berkurang kepada beberapa ratus saja semalam.

Menurut laporan akhbar Al-Masri Al-Yum, tiada calon wanita terpilih dalam pusingan pertama, dengan penyampai televisyen, Gamila Ismail, aktres Tayssir Fahmi dan calon Wafd, Nihal Aahdi, semuanya tersingkir.

Aahdi memberitahu akhbar itu kegagalan calon wanita kerana parti berasaskan agama menguasai masyarakat Mesir dan Ikhwanul Muslimin dan Salafi menguasai keputusan undian.

Ia cuma fasa pembukaan pilihan raya Parlimen yang dijalankan dalam tiga tahap tetapi keputusan menunjukkan aliran politik yang akan membentuk peralihan negara itu kepada demokrasi.

Bagi Dewan Parlimen, seluruh negara akan mengundi dalam dua tahap lagi lewat bulan ini dan Januari. Dewan Negara kemudian akan dipilih menerusi tiga tahap. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Afghanistan dilanda krisis kebuluran

Posted: 03 Dec 2011 12:08 PM PST

Dunia

MAZAR-E-SHARIF: Kira-kira 2.6 juta penduduk Afghanistan kini berhadapan dengan masalah kekurangan makanan selepas kemarau paling buruk melanda utara Afghanistan sejak sedekad lalu, kata pegawai Afghanistan dan agensi bantuan.

Kebanyakan mereka yang hidup dalam kemiskinan di sebuah negara yang dilanda perang itu, terus hidup dalam keadaan melarat berikutan kemarau yang menjejaskan 14 daripada 34 wilayah di Afghanistan yang semuanya berada di utara.

Kebanyakan perigi sudah kering. Beratus-ratus kanak-kanak dirawat kerana kekurangan zat makanan. Dalam keadaan terdesak itu kebanyakan keluarga terpaksa menjual ternakan mereka di bawah harga pasaran. Penduduk terpaksa berpindah ke bandar lain untuk mencari makanan, air dan pekerjaan. Kerajaan Afghanistan dan agensi bantuan bertungkus-lumus membantu penduduk terbabit sebelum salji menutup laluan ke kawasan pedalaman.

Rahmatullah Zahid, koordinator bencana di wilayah Balkh yang teruk dilanda kemarau berkata, beliau tidak bimbangkan mengenai penduduk yang kebuluran sehingga menyebabkan kematian tetapi beliau bimbang bagaimana mereka akan bertahan ketika musim sejuk terutama di kawasan pedalaman. – AP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan