Sabtu, 15 Oktober 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Tuah remaja AS tipu hamil

Posted:

Tuah remaja AS tipu hamil

Tuah remaja AS tipu hamil

GABY RODRIGUEZ


SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Menipu bahawa dirinya hamil untuk satu projek sekolah membawa keuntungan berterusan kepada seorang remaja AS, Gaby Rodriguez.

Berasal dari Washington, Rodriguez mendedahkan mengenai penipuannya pada sesi perhimpunan sekolah, April lalu semasa dia berusia 17 tahun.

Menurut Rodriguez, dia bertindak demikian untuk melihat reaksi masyarakat berhubung kehamilan dalam kalangan remaja.

Projek tersebut menaikkan nama Rodriguez sehingga dia menjadi tajuk utama media antarabangsa, selain berpeluang muncul dalam rancangan bual bicara beberapa stesen televisyen.

Kini, dia turut ditawarkan kontrak filem dan buku. Peguamnya, Anne Bremner berkata, setiap kontrak bernilai sekitar AS$100,000 (RM314,744).

Pada minggu ini, Bremner dan Rodriguez berkunjung ke bandar raya Vancouver, Negeri British Columbia untuk melihat sendiri penggambaran filem yang diolah berdasarkan pengalamannya, The Pregnancy Project.

Dibintangi aktres Spykids, Alexa Vega, ia akan ditayangkan di saluran Lifetime awal tahun depan, serentak dengan penjualan bukunya.- Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Penembak California mahu bunuh bekas isteri

Posted:

Penembak California mahu bunuh bekas isteri

Penembak California mahu bunuh bekas isteri

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki bersenjata yang dituduh membunuh lapan orang di sebuah salon rambut di negeri California terlibat dalam pertikaian berhubung hak penjagaan anak mereka dengan bekas isterinya, menurut beberapa laporan kelmarin.

Wanita terbabit turut terkorban dalam kejadian amuk tersebut.

Polis berkata, lelaki berusia 42 tahun itu, Scott Dekraai sudah menetapkan sasarannya apabila dia melepaskan tembakan bertubi-tubi dengan menggunakan sepucuk pistol di Salon Meritage, Seal Beach di selatan bandar raya ini pada tengah hari Rabu lepas.

"Ia bukan keganasan rambang," kata pemangku ketua polis Seal Beach, Tim Olson.

Akhbar Los Angeles Times memetik beberapa saksi sebagai menyatakan, Dekraai mahu membunuh bekas isterinya, Michelle Fournier yang merupakan seorang juru gaya rambut yang ceria tetapi dibenci bekas suaminya.

Lelaki tersebut ditangkap tidak lama selepas insiden tembakan tersebut berlaku. Serangan berkenaan turut menyebabkan seorang cedera parah. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Swift derma 6,000 buah buku

Posted:

Swift derma 6,000 buah buku

Swift derma 6,000 buah buku

PENNSYLVANIA - Penyanyi country terkenal, Taylor Swift (gambar) mahu kanak-kanak di bandar Reading di sini gemar membaca buku. Justeru, dia mengambil keputusan untuk menderma sebanyak 6,000 buah buku kepada perpustakaan tempatan.

Pustakawan mengumumkan sumbangan buku daripada penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Grammy itu kelmarin.

Swift yang dibesarkan di bandar berdekatan iaitu Wyomissing bagaimanapun tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Dia telah bekerjasama dengan penerbit Scholastic Inc. untuk menderma buku kepada kanak-kanak dan golongan dewasa. Tajuk-tajuk buku dipilih oleh pustakawan.

Wakil penyanyi itu memberitahu pegawai perpustakaan bahawa Swift mahu membantu perpustakaan yang berdepan masalah ekonomi.

Menurut pustakawan, buku yang diderma oleh Swift akan ditanda dengan bintang berwarna putih di bahagian belakang dan diletakkan pelekat di dalamnya.

Mereka berharap populariti Swift akan mendorong lebih ramai kanak-kanak dan remaja supaya minat membaca. -Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan