Isnin, 3 Oktober 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Puteri Charlene perlu masa

Posted: 03 Oct 2011 03:27 PM PDT

Dunia

PUTERI Charlene ketika baru mengahwini  Putera Albert II.

PUTERI Charlene ketika baru mengahwini Putera Albert II.

Masih belum dapat sesuaikan diri jalankan tugas diraja sepenuh masa

LONDON: Puteri Charlene yang baru mengahwini pasangannya, Putera Albert II dari Monaco menegaskan bahawa beliau akan menjalankan tugas diraja dengan caranya sendiri tetapi mengakui bahawa tanggungjawab itu memerlukan banyak masa untuk dilaksanakan.

Dalam satu temubual dengan akhbar Daily Telegraph semalam, wanita berusia 33 tahun yang berasal dari Afrika Selatan itu mengahwini Putera Albert II pada Julai lalu ketika akhbar British melaporkan bahawa beliau cuba untuk melarikan diri sebelum hari besar berkenaan. Pasangan berkenaan berkahwin beberapa minggu selepas Putera William dan Catherine Middleton melangsungkan perkahwinan mereka, tetapi Charlene enggan membuat sebarang perbandingan membabitkan kedua-dua mereka dengan berjanji untuk melakukan semua perkara mengikut caranya sendiri.

"Saya rasa bagi seseorang yang tinggal di sebuah negara baru dan menjalani satu gaya hidup baru, ia adalah satu peranan berbeza," katanya kepada akhbar British terbabit pada minggu terakhir Minggu Fesyen Paris.

"Saya baru belajar. Saya seorang perenang Olimpik, saya hidup dalam pakaian renang dan saya sering menjelajah," katanya.

Charlene menjangkakan bahawa tugas diraja beliau akan menjadi satu pekerjaan sepenuh masa tetapi beliau perlu mengambil masa untuk menyesuaikan dengan keadaan itu.
Rakyat Afrika Selatan itu mengakui bahawa bahasa Perancisnya juga tidak terlalu lancar tetapi yang akan menjadi lebih baik dalam tempoh terdekat.

Malah puteri diraja itu turut bertanyakan 'kenapa?" ketika dimaklumkan Telegraph mahu menemubual beliau dan sambil berjenaka berkata beliau 'bercakap dengan musuhnya' yang menyiarkan berita mengenai dirinya sebelum perkahwinan dilangsungkan.

Putera Albert dan kerajaan Monaco sebelum ini mengkritik media yang menyebarkan apa yang disifatkan mereka sebagai khabar angin.

Dakwaan bahawa Charlene cuba untuk melarikan diri beberapa hari sebelum majlis perkahwinan diraja itu ditolak oleh pihak istana dan Albert sendiri.

Media melaporkan bahawa Puteri Charlene terganggu ketika persediaan majlis mewah berkenaan dan mahu pulang ke negara asalnya selepas khabar angin menyatakan mengenai kisah kecurangan putera itu. – AFP


Rawatan gigitan ikan kecil di spa jejas kesihatan

Posted: 03 Oct 2011 03:26 PM PDT

Dunia

ABU DHABI: Pakar perubatan memberi amaran rawatan kaki menggunakan gigitan ikan kecil sambil merendamkan kaki di dalam air yang kian popular termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun lalu boleh memberi kesan negatif ke atas kesihatan.

Rawatan yang menggunakan ikan dikenali sebagai Garra Rufa atau juga dikenali dengan nama seperti ikan doktor, ikan digunakan untuk memakan sel kulit mati kaki dan buku lali pelanggan. Ikan berkenaan biasanya ditemui dari sungai terutama di Turki, Syria, Iraq dan Iran yang tidak mempunyai gigi tetapi menggigit kulit mati pada kaki.

Sebelum digunakan untuk rawatan beratus-ratus ekor ikan akan dibiarkan tanpa makan bagi membolehkan mereka memakan sel kulit apabila diperlukan. Rawatan itu biasanya mengambil masa 20 minit diikuti dengan rawatan kaki tradisional kerana bukan semua sel kulit mati dikeluarkan ikan itu. Rawatan ini membabitkan kos kira-kira 95 Dirham (RM82).

Bagaimanapun pakar kesihatan dan doktor meminta pengguna menjauhkan spa ikan ini kerana air tangki terbabit mungkin menjadi tempat paling subur untuk pembiakan pelbagai jenis jangkitan bakteria dan kulat.

"Prosedur ini diharamkan di UAE kerana air yang tidak bersih boleh memindahkan penyakit seperti HIV," kata Khalifa Mohammad Al Rumaithi, pengarah kesihatan awam di Perbandaran Abu Dhabi.

Seorang pakar dermatologi, Dr P Moham Kumar dari Lifeline Hospital berkata tiada manfaat saintifik daripada prosedur terbabit. – Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan