Sabtu, 27 Ogos 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Rumah anak Gaddafi ada arak

Posted:

Rumah anak Gaddafi ada arak

Rumah anak Gaddafi ada arak

RUANG bar yang terdapat dalam rumah Mutassim.


TRIPOLI - Para pemberontak kelmarin menggeledah sebuah lagi rumah anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Rumah itu milik Mutassim yang terletak di kawasan tepi pantai di pinggir Tripoli.

Mutassim yang berusia 34 tahun merupakan komander tentera bapanya di Brega yang berjuang menentang para pemberontak di bandar Sirte.

Bandar Sirte merupakan bandar kelahiran Gaddafi.

Di dalam rumah itu, para pemberontak menemui hiasan perabot mewah selain botol arak yang berjenama mahal.

Beberapa jet ski, tab mandi air panas, katil kulit dan pintu besi terdapat di rumah berkenaan.

Jika di kawasan Mediterranean di Itali, rumah itu mungkin bernilai berjuta-juta dolar.

Rumah itu mempunyai botol vodka Absolut, arak Havana, Martini dan wiski Johnnie Walker Blue Label selain sebuah bar.

Ia merupakan antara rumah milik keluarga Gaddafi yang digeledah para pemberontak selepas mereka berjaya menawan Tripoli.

Sementara itu, Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC) telah memindahkan ibu pejabatnya dari bandar Benghazi ke Tripoli.

Seorang pegawai TNC, Ali al-Tarhuni berkata, majlis itu telah memulakan operasi di bandar ini, lapor stesen televisyen Al-Jazeera semalam.

TNC merupakan badan yang mewakili para pemberontak yang berjaya menguasai hampir keseluruhan Tripoli sehingga mengakibatkan Gaddafi sehingga kini belum keluar dari tempat persembunyiannya.

Namun, tentera Gaddafi dilaporkan bertindak balas dengan mengebom sebuah lapangan terbang utama di sini.

Jet-jet pejuang tentera Britain, Tornado juga melancarkan serangan semalaman di ibu pejabat Gaddafi di bandar kelahirannya di Sirte semalam.

Namun, Setiuasaha Pertahanan Britain, Liam Fox menafikan Gaddafi menjadi sasaran serangan.

Puluhan mayat juga ditemui di sebuah hospital yang ditinggalkan di sini.

Hospital itu di kawasan Abu Salim itu didadapti hampir kosong pada pagi semalam.

Namun, puluhan mayat itu dipercayai askar Gaddafi kerana warna kulit mayat tersebut gelap dan tidak sama dengan penduduk tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan, para pemberontak menemui gambar-gambar bekas Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice di rumah Gaddafi di sini.

Rice pernah menjadi pujaan Gaddafi kerana pemimpin tersebut pernah menyatakan dia merupakan seorang wanita berketurunan Afrika yang boleh memberi arahan kepada penduduk berkulit putih. - Agensi

Madonna bercuti bersama kekasih muda di Perancis

Posted:

Madonna bercuti bersama kekasih muda di Perancis

Madonna bercuti bersama kekasih muda di Perancis


MADONNA dan Brahim Zaobat menaiki jet ski di Antibes, Perancis kelmarin.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Kekasih baharu Madonna, Brahim Zaobat sudah diterima sebagai sebahagian keluarga penyanyi itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Tanggapan penerimaan tersebut dibuat ekoran Madonna yang berusia 53 tahun keluar bercuti dengan anak-anaknya bersama kekasihnya itu yang hanya berumur 24 tahun.

Madonna dan Brahim juga bermain jet ski di Antibes, Perancis.

Empat anak Madonna iaitu Lourdes, 15, Rocca, 10, David, 5 dan Mercy, 4, menyertai percutian ibu mereka itu.

Beberapa laporan baru-baru ini mendakwa penyanyi lagu Ray of Light itu sedang mabuk cinta dengan Brahim yang merupakan seorang penari Perancis.

"Dia bangga dengan Brahim dan merasakan tidak perlu menyembunyikan hubungan cinta mereka," kata sumber yang rapat dengan Madonna kepada majalah hiburan Star Magazine.

"Madonna tidak pernah dilamun cinta seperti ini sejak bertahun-tahun dahulu. Selepas hampir setahun bersama, dia mahu memperakukan Brahim sebagai teman lelakinya," jelas sumber yang sama. - Agensi

Harga sewa bilik, hotel meningkat di Mekah

Posted:

Harga sewa bilik, hotel meningkat di Mekah

Harga sewa bilik, hotel meningkat di Mekah


PEMANDANGAN di Masjidilharam di Mekah pada 20 Ogos lalu.


MEKAH, Arab Saudi - Penduduk tempatan yang mengerjakan ibadat umrah mengadu tentang harga bilik hotel dan unit kediaman yang melonjak tinggi semasa Ramadan berbanding bulan-bulan lain, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang penduduk tempatan dari Riyadh, Saleh Al-Mutlaq berkata: "Saya berkunjung ke Mekah untuk melakukan umrah pada setiap Ramadan sejak 40 tahun lalu. Namun harga penginapan hotel-hotel berdekatan Masjidilharam kini melonjak tinggi."

"Saya dan ibu saya membayar sekitar 130,000 riyal (RM103,816) untuk tinggal di Mekah selama sebulan pada bulan Ramadan," tambahnya.

Menurut Saleh, pada masa lalu, sewa sebuah apartmen berhampiran Masjidilharam untuk sebulan cuma 25,000 riyal (RM19,955).

Seorang lagi warga tempatan dari Jeddah, Umm Thamir memberitahu: "Saya menghabiskan masa 10 hari terakhir pada bulan Ramadan di Mekah. Harga penginapan meningkat dengan drastik. Sebuah bilik untuk dua orang lengkap dengan berbuka puasa dan sahur dikenakan sewa 39,900 riyal (RM31,847) selama 10 hari."

Pendapat mereka turut dipersetujui seorang lagi warga tempatan, Hanan Muhammad yang mengakui harga penginapan hotel-hotel sekitar Masjidilharam melambung tinggi.

"Saya dan suami membayar sekitar 10,000 riyal (RM7,966) untuk tinggal tiga hari di sebuah bilik hotel yang tidak menyediakan makanan berbuka puasa atau bersahur," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai isu terbabit, Jawatankuasa Kebangsaan Untuk Haji dan Umrah (NCHU), sebaliknya memberitahu, sudah menjadi perkara biasa untuk para peniaga menaikkan harga pada bulan Ramadan supaya mereka dapat membayar kos operasi hotel selain meraih keuntungan daripada pelaburan mereka.

Kos penginapan tinggi itu dijangka menurun sebaik sahaja projek-projek pembangunan di Mekah siap dengan pengguna memiliki lebih banyak pilihan ketika tinggal di Mekah. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan