Isnin, 15 Ogos 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Krisis Iraq, Syria semakin buruk

Posted: 15 Aug 2011 12:10 PM PDT

Dunia

Pertumpahan darah cemar Ramadan

KUT: Letupan bom menggegarkan lebih 12 bandar raya di Iraq semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 67 orang terbunuh, termasuk 40 orang daripadanya dalam dua letupan serentak di Kut, bandar raya di selatan negara itu, keganasan terbaru ketika umat Islam di seluruh dunia melaksanakan ibadah puasa.

Laporan menyatakan keganasan berlaku di Kirkuk di utara hingga ke Baghdad dan merebak ke Najaf, Kut dan Karbala juga mencederakan lebih 300 orang mencetuskan persoalan terhadap keupayaan pasukan keselamatan Iraq selepas rundingan terbuka mengenai misi latihan ketenteraan yang dijadual berakhir dengan pengunduran Amerika. Dalam serangan berdarah semalam, kereta yang dipenuhi bahan peledak meletup selang beberapa minit dengan bom yang diletupkan di tepi jalan pada jam 8 pagi di pusat Kut, kata pegawai keselamatan dan perubatan.

"Sehingga kini kami sudah menerima 33 mayat dan merawat 53 mangsa cedera," kata doktor di Hospital al Zahra, Kut, Ali Hussein.

Serangan berkenaan yang terburuk di bandar itu sejak 3 Ogos 2010 apabila dua kereta dipenuhi bom meletup membunuh 33 orang dan serangan seorang pengebom bunuh diri mengorbankan 35 orang di Taji, di pinggir Baghdad pada 5 Julai.

Di Baquba di utara Baghdad, empat tentera dibunuh sekumpulan lelaki bersenjata menggunakan senjata senyap yang menyasarkan tentera Iraq di pusat pemeriksaan awal pagi Isnin.
Tiga lagi letupan bom di Baquba dan pekan selatannya menyebabkan 31 cedera, kata pegawai yang menambah pejabat kerajaan wilayah turut dikosongkan.

Di Tikrit, tiga polis terbunuh manakala tujuh lagi cedera apabila dua pengebom bunuh diri meletupkan bom dalam biro anti pengganas di bandar, kata pegawai operasi di wilayah Salaheddin.

Dua bom kereta, satu daripadanya diletupkan pengebom bunuh diri turut membunuh dua orang dan mencederakan 17 lagi di Najaf.

Sementara itu di Damsyik, Syria, bot tentera digunakan buat kali pertama di bandar Latakia di pesisir laut Mediterranean, apabila beribu-ribu penunjuk perasaan mengadakan perarakan bagi mendesak Presiden Bashar Assad meletak jawatan. Aktivis pula berkata, sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam kejadian berkenaan.

Serangan tentera darat adalah tindakan keras terbaru dalam usaha kerajaan Presiden Assad menghalang tunjuk perasaan bulan ini yang memberi isyarat beliau tidak akan bertolak ansur dengan kumpulan penentang. – AP/AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Britain potong bantuan kebajikan perusuh didapati bersalah

Posted: 15 Aug 2011 12:08 PM PDT

Dunia

LONDON: Sesiapa yang didapati bersalah oleh mahkamah atas dakwaan terbabit dalam rusuhan minggu lalu boleh kehilangan skim bantuan kebajikan kerajaan, walaupun tidak dikenakan hukuman penjara, kata Setiausaha Kerja dan Pencen Britain, Iain Duncan Smith.

Beliau menjelaskan, pihak berkuasa mengkaji melaksanakan langkah itu yang ketika ini dilakukan hanya jika orang berkenaan dipenjara, lapor akhbar di sini.

"Pada masa ini, saya sedang mengkaji sama ada boleh melaksanakannya supaya mereka kehilangan bantuan berkenaan buat sementara waktu," katanya dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), semalam. Katanya, perkara itu lebih baik jika diarahkan oleh badan kehakiman daripada dibuat berdasarkan cadangan pihaknya.

Katanya, sebahagian besar rusuhan baru-baru ini digerakkan oleh kumpulan samseng dan disertai oleh orang awam hingga melanggar undang-undang.

"Ramai yang terpengaruh dengan keadaan hingga tidak memikirkan padahnya. Mereka lihat ada kesempatan untuk merompak kedai, memecahkan tingkap, melontar batu-bata ke arah polis hingga menyertai kumpulan perusuh lain.

"Mereka sepatutnya tahu perbezaan apa yang betul dan salah, mereka tidak sepatutnya melakukannya, tetapi itulah sebab ramai terperangkap dan kini menghadapi tindakan undang-undang," kata menteri itu.
Sementara itu, polis berkata, mereka menemui senjata api dan barangan curi di beberapa kediaman di Camden selain pisau, penukul dan dua mesin juruwang selepas menggunakan pengesan besi di kawasan berkenaan.

"Penemuan ini mengejutkan. Beberapa bilah pisau yang mungkin digunakan untuk melakukan jenayah sudah dirampas," kata ketua inspektor Eric Phelps.

Kelmarin, beratus-ratus penduduk di Birmingham, berarak beramai-ramai untuk keamanan dan perpaduan kaum.

Dalam perarakan yang diadakan sebagai mengenang kematian tiga warga keturunan Pakistan yang terbunuh minggu lalu turut disertai masyarakat kulit putih dan anggota polis.

Polis Birmingham mendakwa dua lelaki berusia 20-an dan seorang remaja 17 tahun atas pembunuhan Haroon Jahan, 20, dan adik beradik Shazad Ali, 30, serta Abdul Nasir, 31. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan