Sabtu, 16 Julai 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Barat iktiraf pemberontak

Posted:

Barat iktiraf pemberontak

Barat iktiraf pemberontak


beribu-ribu penyokong Gaddafi mengadakan tunjuk perasaan di bandar Zlitan, 160 kilometer ke timur Tripoli, kelmarin. - REUTERS


ISTANBUL 16 Julai - Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara kuasa dunia lain mengiktiraf pemimpin pemberontak sebagai kerajaan sah Libya, semalam dalam usaha untuk meningkatkan lagi kempen menyingkirkan Muammar Gaddafi.

Barat turut merancang meningkatkan tekanan ketenteraan ke atas Gaddafi bagi menuntut pemimpin Libya itu berundur selepas 41 tahun memerintah negara di Afrika Utara itu.

Pengiktirafan itu diumumkan oleh Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton pada sidang kumpulan penghubung Libya di Turki, semalam.

Sebelum itu, sidang yang sama telah membuat keputusan mengisytiharkan rejim Gaddafi tidak lagi sah mentadbir Libya.

Pengumuman semalam juga dilihat menjadi langkah diplomatik penting yang akan menarik balik pembekuan berbilion-bilion dolar dana rejim Gaddafi.

Keputusan itu dibuat ketika laporan menyatakan Gaddafi menghantar utusan bagi berunding untuk menamatkan konflik di negara itu, walaupun Gaddafi menafikannya.

Dalam satu ucapan yang disiarkan kepada beribu-ribu penyokong setianya yang berhimpun di jalanan, Gaddafi menolak pengiktirafan antarabangsa terhadap pemberontak Libya itu.

Menurut Gaddafi, beliau menerima sokongan daripada berjuta-juta rakyat Libya yang sanggup mati, mati syahid dan membunuh diri.

Sidang yang diadakan di Istanbul itu yang dihadiri oleh lebih 30 negara dan badan antarabangsa itu turut membuat keputusan menggesa Gaddafi meletak jawatan dan melakukan peralihan kuasa kepada Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC).

Wakil khas bagi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Abdul Elah al-Khatib akan diberi tanggungjawab mengemukakan syarat-syarat untuk Gaddafi berundur.

Sementara itu, Menteri Luar Britain, William Hague berkata, tindakan ketenteraan ke atas rejim Gaddafi turut akan ditingkatkan pada masa yang sama. - REUTERS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rupert Murdoch mohon maaf

Posted:

Rupert Murdoch mohon maaf

Rupert Murdoch mohon maaf

LONDON 16 Julai - Jutawan media, Rupert Murdoch membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini dalam akhbar Britain berhubung skandal penggodaman telefon oleh syarikat miliknya, ketika dua eksekutif utamanya meletakkan jawatan.

Bos The News Corp itu akhirnya menamatkan usaha untuk cuba melindungi bekas editor News of the World, akhbar yang dilanda skandal itu dan menerima peletakan jawatan Ketua Eksekutif News International, Rebekah Brooks.

Beberapa jam selepas itu, Murdoch turut mengucapkan selamat jalan kepada Ketua Eksekutif jabatan Dow Jones beliau, Les Hinton yang juga bekas pengerusi News International.

Ketika Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memulakan siasatan berhubung tuduhan pekerja beliau di Amerika Syarikat menggodam telefon mangsa serangan 11 September, jutawan media berusia 80 tahun itu menukar strategi untuk menyelesaikan krisis tersebut.

Beliau yang sebelum ini tidak mahu bekerjasama telah membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tujuh akhbar kebangsaan Britain dengan satu muka surat penuh.

"Kami memohon maaf atas salah laku serius yang timbul. Kami amat-amat memohon maaf atas keperitan yang dialami mangsa yang terlibat dan kami menyesal kerana tidak bertindak pantas untuk menghentikannya," katanya dalam permohonan maaf itu.

Dalam usaha untuk menunjukkan kekesalan beliau, Murdoch turut menemui keluarga seorang remaja yang mati dibunuh, Milly Dowler mangsa penggodaman telefon oleh News of the World pada 2002, insiden yang mencetuskan krisis ini dan membawa kepada penutupan akhbar tersebut.

"Sebagai pengasas syarikat, saya sendiri terkejut dengan apa yang berlaku dan saya memohon maaf," katanya kepada sekumpulan wartawan selepas mengadakan satu mesyuarat, semalam. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan