Ahad, 10 Julai 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Akhbar 168 tahun ditutup

Posted: 10 Jul 2011 03:04 PM PDT

Dunia

MYLER memegang naskhah keluaran terakhir News of the World.

MYLER memegang naskhah keluaran terakhir News of the World.

Penutupan News of the World akibat skandal berpanjangan

LONDON: Akhbar tabloid Britain, News of the World diterbitkan buat kali terakhir semalam, menamatkan sejarah selama 168 tahun berita eksklusif dan skandal dengan muka depannya semalam tertulis 'Thank You and Goodbye' (Terima Kasih dan Selamat Tinggal).

Dalam ruangan lidah pengarang satu muka penuh, akhbar mingguan yang mendapat jualan tertinggi di Britain itu memohon maaf kepada pembacanya kerana skandal berpanjangan membabitkan pencerobohan telefon yang menyebabkan penutupannya, dengan mengatakan: Amat mudah, kami hilang cara kami."

Namun pertelingkahan itu masih belum berakhir, dan ketika pemiliknya Rupert Murdoch menuju ke London untuk bertindak sendiri terhadap krisis itu, dilaporkan bahawa polis tidak lama lagi akan menyoal siasat eksekutif tertinggi British, Rebekah Brooks. Selepas satu hari penuh emosi menyiapkan edisi terakhir pada Sabtu, pengarah News of the World, Colin Myler mengetuai kakitangannya keluar dari pejabat beliau di Wapping, timur London buat kali terakhir.

"Saya ingin memberi penghormatan kepada kumpulan terbaik di sini yang selepas berhadapan dengan satu hari yang amat sukar, melahirkan satu cara yang penuh profesional sebuah akhbar terbaik," kata Myler kepada pemberitanya di luar.

Lebih 200 kakitangan kini berhadapan dengan nasib yang belum tentu dan ketika kenyataan Myler itu disambut dengan sorakan ada di antara mereka yang mengalirkan air mata.

Beliau memegang muka depan terakhir, satu montaj beberapa berita terbaik akhbar itu dan satu mesej yang menyebut: "Selepas 168 tahun, kami akhirnya menyatakan dengan sedih tetapi penuh bangga selamat tinggal kepada 7.5 juta pembaca setia kami."
"Seperti saya katakan kepada kakitangan saya pagi ini, ini bukanlah apa yang kami mahukan dan ia bukan apa yang sepatutnya kami terima, tetapi sebagai sumbangan terakhir kepada 7.5 juta pembaca ini adalah untuk anda dan kepada kakitangan kami, terima kasih," kata Myler.

Di dalamnya, beliau menunjukkan kenangan terbaik akhbar itu di bawa kata-kata 'Akhbar Dunia Terbaik – 1843-2011" daripada penyiasatan oleh 'Fake Sheikh" hingga kepada sebuah kempen kontroversi menentang paedophiles.

Tetapi lidah pengarang akhbar itu itu mengakui bahawa selama beberapa tahun hingga 2006, beberapa kakitangannya terbabit dalam 'perkara memalukan' mengenai standard yang cuba mereka tegakkan.

"Telefon diceroboh dan untuk itu akhbar ini adalah cerita yang sebenar," katanya.

Di sebalik kemarahan orang ramai terhadap pencerobohan telefon itu, penduduk Britain dijangka mendapatkan naskhah terakhir akhbar itu sebagai satu cenderahati. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Facebook bukti wajah sebenar Fox

Posted: 10 Jul 2011 03:02 PM PDT

Dunia

FOX kirim gambar dari album dalam laman sosial Facebook nafi wajah disuntik Botox.

FOX kirim gambar dari album dalam laman sosial Facebook nafi wajah disuntik Botox.

Bekas pelakon Transformers nafi suntik Botox

LONDON: Megan Fox menggunakan khidmat halaman Facebook untuk membantu mengenepikan laporan kononnya beliau mendapatkan rawatan suntikan Botox untuk menegangkan kulit mukanya.

Aktres itu menepis khabar angin dengan mengirimkan satu siri gambar melalui halaman Facebooknya dalam album bertajuk 'Perkara yang tidak boleh anda lakukan dengan wajah apabila menerima suntikan Botox', lapor Daily Mail.

Fox cuba membuktikan otot dahinya tidak kaku apabila beliau membuat beberapa ekspresi muka. Dalam satu rakaman, bekas bintang Transformers itu sengaja mengerutkan dahi manakala satu gambar lain menunjukkan dia membuat wajah seolah-olah sedang dilanda kebimbangan semata-mata untuk menunjukkan kedut di dahinya.
Pelakon berusia 25 tahun itu juga turut menunjukkan aksi wajah mengejutkan dalam rakaman gambar lain.

Sementara itu, dalam gambar terakhir Fox merenung ke arah kamera yang memaparkan kening beliau yang melengkung.

Dalam satu kemunculan di permaidani merah baru-baru ini, Fox kelihatan begitu sempurna dengan bibir tebal sehingga mencetuskan khabar angin kononnya aktres berkenaan menjalani pembedahan plastik atau suntikan di wajah.
Sementara itu, dalam laporan femalefirst.co.uk. aktres itu mengakui dia tidak mengikuti amalan diet yang ketat tetapi lebih suka mengamalkan memakan banyak makanan mentah.

Pelakon yang mengahwini Brian Austin Green itu menjelaskan beliau memastikan dirinya akan makan lima kali sehari bersama vitamin dan mineral tambahan.

"Saya makan lima kali sehari dan tidak mengamalkan diet, tetapi saya mengambil makanan sihat, kebanyakannya makanan segar dan makanan sayuran tanpa tenusu," katanya.

"Saya juga mengambil makanan tambahan seperti silika dan minyak ikan. Ia mungkin sukar dilakukan setiap hari apabila berjalan dan terbabit dalam penggambaran filem tetapi saya sentiasa mencuba," katanya. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan