Jumaat, 10 Jun 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Wanita penuh tindik berkahwin

Posted: 09 Jun 2011 09:51 AM PDT

ELAINE mempunyai hampir 7,000 tindikan.
ELAINE mempunyai hampir 7,000 tindikan.

LONDON: Bagi seseorang yang dipenuhi dengan hampir 7,000 aksesori tindikan, satu lagi cincin tambahan mungkin tidak begitu istimewa.

Namun, bagi Elaine Davidson, tambahan koleksi itu mungkin yang akan kekal di hatinya.


Elaine, wanita yang paling banyak bertindik di dunia melangsungkan perkahwinannya, semalam. Dia yang mempunyai 6,925 tindikan berkahwin di Edinburgh, tempat dia tinggal dan menguruskan kedai.

Wanita berusia 42 tahun itu ditemani dua pengapitnya untuk ke pejabat pendaftaran perkahwinan dengan memakai gaun putih dan membawa bunga merah jambu.


Bakal suaminya, Douglas Watson yang tidak mempunyai walau satu pun tindikan mengenakan sut biru untuk acara selama 35 minit itu.


Bekas jururawat kelahiran Brazil itu kali pertama memecahkan rekod pada Mei 2000 sebagai wanita paling banyak bertindik, apabila pegawai Rekod Dunia Guiness memeriksanya dan mendapati terdapat 462 tindikan di tubuhnya termasuk 192 pada wajahnya.

Elaine sebelum ini berkata, dia tidak pernah menanggalkan cincin dan anting-anting yang dipakainya yang semuanya dianggarkan seberat kira-kira tiga kilogram.


Dia juga berkata tidak mengalami kesakitan ketika bertindik dan tidur dengan aksesori tindikan setiap malam. Bagaimanapun, pada 2009 dia mendedahkan bahawa dia tidak suka ditindik dan mengalami kesakitan. Elaine berkata pada Februari 2009 ketika mempunyai 6,005 tindikan termasuk 1,500 di bahagian sulit tubuhnya: "Saya rasa tidak seronok ditindik tetapi untuk memecahkan rekod anda perlu bertindak di luar jangkauan. Dan saya melakukannya kerana mahu memecahkan rekod.

"Keluarga saya tidak suka langsung tatu ataupun tindikan." Di laman webnya, Elaine yang turut tidur di atas papan dipenuhi paku dan berjalan di atas api serta kaca, berkata, dia gemarkan sukan ekstrim tetapi tidak minum arak ataupun merokok. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hefner impi Kate Middleton jadi gadis Playboy

Posted: 09 Jun 2011 09:45 AM PDT

LONDON: Kecantikan isteri Putera William, Kate Middleton mendapat perhatian banyak pihak dan tidak terkecuali, bos Playboy, Hugh Hefner.

Hefner mengimpikan Kate menjadi gadis Playboy.


Pengasas syarikat hiburan dewasa berusia 85 tahun berkenaan memuji Duchess of Cambridge itu dengan menggelarnya 'wanita kecil molek yang cantik.' Katanya, Kate boleh diterima dengan senang untuk menjadi model Playboy kerana dia memiliki kombinasi kecantikan dan glamor.

Heffner juga berkata dia tidak teragak-agak untuk memikat Kate sekiranya wanita itu belum berpunya.


Ketika ditanya adakah dia berhasrat mengambil Kate menjadi model Playboy Hefner menjawab: "Tentu saja. "Dia wanita kecil molek yang cantik dan amat glamor." Hefner yang akan berkahwin dengan gadis Playboy, Crystal Harris juga berkata, perkahwinan diraja antara Putera William dengan kate memberi ilham kepada ramai orang termasuk dirinya.


"Saya rasa perkahwinan diraja adalah acara glamor. Kita boleh melakukan lebih dengan mencontohi acara seperti itu. Ia memberi inspirasi romantik kepada ramai orang," katanya.

Dalam pada itu, Hefner yang terkenal kerana sukakan wanita berambut perang menafikan dia tidak menggemari wanita berambut hitam. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan