Selasa, 19 April 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Dua rektor nuklear Surry henti operasi

Posted: 19 Apr 2011 02:35 PM PDT

Dunia

Bekalan elektrik ke loji terputus akibat puting beliung

WASHINGTON: Dua rektor di loji nuklear Surry di Virginia dihentikan secara automatik apabila puting beliung memutuskan bekalan elektrik ke loji itu.

Pengendali loji itu, Dominion Virginia Power, berkata penjana kuasa diesel mengambil alih peranan untuk menyejukkan bahan bakar. Pihak berkuasa berkata tiada kebocoran bahan radiasi dan kakitangan bekerja untuk menyambung semula bekalan elektrik ke loji berkenaan.

Puting beliung adalah antara bencana alam yang paling teruk melanda Amerika sejak dua dekad lalu. Satu siri serangan puting beliung berlaku sejak minggu lalu dan meranap serta memusnahkan harta benda di beberapa negeri termasuk Carolina Utara dan Selatan. Sehingga hari ini, 45 kematian dicatatkan akibat ribut dan puting beliung sejak beberapa hari lalu.

Dua mangsa yang terselamat, Audrey McKoy dan suaminya, Milton, yang tinggal berdekatan Raleigh, Utara Carolina memberitahu mereka nampak puting beliung menerbangkan babi dan haiwan lain ke udara.

"Ia seperti filem Wizard of Oz," katanya.
Mereka berlindung di bilik membasuh pakaian di awah tanah. Sebaik saja ribut reda, mereka sedar yang rumah bergerak mereka dan sudah terbalik.

Pusat kaji cuaca di Raleigh turut mengeluarkan maklumat terperinci mengenai ribut itu dengan angin selaju 160 kilometer sejam, memusnahkan pokok, menerbangkan bumbung dan merosakkan wayar elektrik.

Ia melanda Universiti Shaw Raleigh dengan kelajuan 177 kilometer sejam.
Ratusan pekerja daripada Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan dikerahkan ke Carolina Utara bagi memantau kemusnahan dan bantuan.

Gabenor Carolina Utara, Bev Perdue, dalam temu bual program NBC Today berkata, ribut itu meranapkan rumah seolah-olah rumah itu diperbuat daripada kertas. – AP/Agensi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lebih 10,000 rakyat Libya lari ke Tunisia

Posted: 19 Apr 2011 02:34 PM PDT

Dunia

GENEVA: Lebih 10,000 rakyat Libya melarikan diri dari bahagian barat negara itu yang dilanda pertempuran sejak 10 hari lalu, menuju ke Tunisia, kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) semalam.

"UNHCR mendapat maklumat bahawa semakin ramai pelarian dari kawasan pergunungan di bahagian barat Libya tiba di Tunisia," kata jurucakap UNCHR, Andrej Mahecic.

Beliau berkata minggu lalu saja seramai 6,000 rakyat Libya tiba di kawasan Dehiba di selatan Tunisia dan secara keseluruhannya lebih 10,000 sudah menyeberang masuk. Kebanyakan pelarian datang bandar Nalut kira-kira 50 kilometer dari sempadan Tunisia.

"Mereka memberitahu kakitangan kami bahawa kawasan Pergunungan Barat dikuasai tentera kerajaan sejak sebulan lalu dan tekanan ke atas penduduk awam semakin bertambah setiap hati," katanya merujuk kepada pertempuran dan serangan meriam kian meningkat sejak akhir minggu lalu.

Beliau berkata Dehiba kini dibanjiri pendatang Libya yang mendapatkan perlindungan daripada penduduk tempatan, manakala sebahagian lagi tinggal di pusat kemasyarakatan atau mendirikan khemah sementara yang didirikan pihak berkuasa tempatan, Pertubuhan Bulan Sabit Merah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan UNHCR.

Semalam, tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi meningkatkan serangan ke atas Misrata, manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.
"Serangan bom berlaku hampir sepanjang masa. Saya baru meninggalkan hospital dan ramai mangsa dibawa ke sana untuk mendapatkan rawatan," kata penyelidik Amnesty International, Donatella Rovera.

Beliau bagaimanapun berkata, bandar raya ketiga terbesar di Libya itu sehingga kini dikuasai pemberontak.

Kumpulan bantuan kemanusiaan berkata, keadaan semakin sukar di bandar raya yang mempunyai 300,000 penduduk itu apabila mereka menghadapi masalah kekurangan makanan, ubat dan keperluan asas. – Reuters/AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan