Sabtu, 12 Mac 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kereta api penumpang ghaib

Posted: 11 Mar 2011 08:48 AM PST

TOKYO: Sebuah kereta api yang membawa penumpang masih gagal dikesan selepas hilang ketika gempa bumi melanda timur laut Jepun, semalam.

Menurut sumber, kereta api itu melalui kawasan pantai Jepun apabila ia gagal dikesan.


Memetik sumber polis, agensi berita Kyodo melaporkan, kereta api penumpang itu dikendalikan Syarikat East Japan Railway.

Ketika kejadian, kereta api itu berada berhampiran stesen Nobiru di landasan menghubungkan Sendai dengan Ishinomaki.


Sementara itu, polis Jepun berkata, pihak berkuasa menemui 200 hingga 300 mayat di kawasan pantai timur laut negara itu selepas kawasan berkenaan dilanda tsunami, semalam.


Sumber berkata, kebanyakan mayat itu ditemui di Sendai, bandar utama paling hampir dengan pusat gempa bumi petang semalam.

Gempa sekuat 8.9 magnitud itu mencetuskan tsunami sehingga 10 meter, diikuti lebih 50 gegaran susulan selama beberapa jam.


Kebanyakan gegaran susulan itu sekuat lebih 6.0 magnitud.

Berpuluh-puluh bandar dan perkampungan di sepanjang 2,100 kilometer di timur negara itu turut merasai gegaran berkenaan.


Kesan gempa turut dirasai di Tokyo yang terletak beratus-ratus kilometer dari pusat gegaran.


Sebelum ini, polis mengesahkan sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan 56 lagi hilang.


Bagaimanapun, jumlah sebenar korban dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa apabila kerja-kerja mengesan dan menyelamat dilaksanakan sepenuhnya. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2,000 penduduk diarah pindah

Posted: 11 Mar 2011 08:41 AM PST

TOKYO: Pihak berkuasa mengeluarkan arahan kepada 2,000 penduduk yang menetap berhampiran loji nuklear Fukushima supaya meninggalkan kawasan itu, semalam.

Pentadbir wilayah Fukushima mengeluarkan arahan itu kepada semua penduduk yang tinggal dalam kawasan dua kilometer dari reaktor dimiliki syarikat elektrik Tokyo itu.


Terdahulu, kerajaan mengisytiharkan darurat apabila loji berkenaan terbakar kerana gempa bumi.

Bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan, pihak berkuasa mengesahkan tiada sebarang kebocoran radiasi dikesan. Perdana Menteri, Naoto Kan, berkata dia mengisytiharkan darurat bagi membolehkan pihak berkuasa melaksanakan segala langkah perlu menyelamatkan mangsa gempa.


Terdahulu, Kan berkata, tiada kebocoran radiasi dikesan walaupun kemudahan itu turut digegarkan dengan gempa bumi.


Sementara itu, Tentera Laut Amerika Syarikat berkata, semua kapal serta kemudahan ketenteraannya di Jepun tidak mengalami 'kerosakan besar'.

Dalam mesej rasmi melalui Twitter malam tadi, tentera AS berkata, tiada laporan kerosakan signifikan diterima setakat ini.


Keadaan sama turut disahkan bagi semua kemudahan tentera AS di Guam yang menjadi pangkalan utamanya di Lautan Pasifik. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan