Isnin, 21 Februari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Gaddafi akan patahkan protes

Posted:

Gaddafi akan patahkan protes

Gaddafi akan patahkan protes


Sebahagian penunjuk perasaan membuat kekacauan semasa mengadakan tunjuk perasaan di Marrakech salah sebuah bandar di Maghribi kelmarin bagi menuntut pelaksanaan demokrasi yang lebih luas di negara itu. – AP


TRIPOLI 21 Feb. – Anak lelaki Muammar Gaddafi, Seif al-Islam berkata, bapanya akan bertindak mematahkan segala protes di negara ini yang disifatkan sebagai 'komplot didalangi oleh pihak asing'.

"Kita bukan Tunisia dan Mesir. Pemimpin kita, Muammar Gaddafi mengetuai perjuangan di Tripoli dan kita bersama-samanya (Gaddafi)," kata Seif dalam ucapan di televisyen kerajaan, semalam.

Seif yang sebelum ini dipaparkan sebagai tokoh pembaharuan dalam rejim Libya, mengisytiharkan bapanya masih berkuasa dengan mendapat sokongan tentera dan akan 'berjuang sehingga ke lelaki terakhir, wanita terakhir dan peluru terakhir'.

Seif berkata demikian selepas protes antikerajaan merebak ke ibu negara Libya, Tripoli dan penunjuk perasaan menguasai pangkalan tentera dan merampas senjata.

Dalam kenyataan pertama rejim mengenai demonstrasi di Libya, yang masuk hari keenam semalam, Seif turut memberi amaran kepada penunjuk perasaan, mereka boleh mencetuskan perang saudara yang akan 'membakar' kekayaan minyak Libya.

Ucapan itu menyusul daripada tindakan keras pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan ke arah beribu-ribu penunjuk perasaan dan ke arah mereka yang berarak mengiringi jenazah di Benghazi, bandar raya kedua terbesar di Libya dalam siri keganasan yang meragut 60 nyawa dalam satu hari, semalam.

Sekurang-kurangnya 233 orang terbunuh sejak kekacauan itu tercetus sejak seminggu lalu, kata pegawai perubatan, pertubuhan hak asasi manusia dan penentang kerajaan dalam buangan.

Tindak balas kerajaan Libya adalah yang paling keras di kalangan negara-negara Arab yang digegarkan oleh protes yang setakat ini telah menyebabkan pemimpin veteran di Tunisia dan Mesir digulingkan.

Dalam ucapannya, Seif mengakui tentera melakukan kesilapan semasa protes kerana askar tidak dilatih untuk menangani penunjuk perasaan, tetapi beliau mendakwa angka kematian telah dibesar-besarkan, dan katanya, hanya 84 orang terkorban sebenarnya.

Seif juga berkata, beliau akan mengemukakan usul pembaharuan dalam masa beberapa hari lagi sebagai satu 'inisiatif kebangsaan yang bersejarah'. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Presiden Yemen tolak desakan letak jawatan

Posted:

Presiden Yemen tolak desakan letak jawatan

Presiden Yemen tolak desakan letak jawatan

SANAA 21 Feb. - Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh, hari ini menolak tuntutan supaya beliau meletakkan jawatan, sebaliknya berikrar hanya kekalahan dalam pilihan raya akan memaksa beliau berundur.

Saleh menyifatkan protes meluas menentang rejimnya sebagai perbuatan provokasi yang tidak boleh diterima, meskipun beliau mengulangi seruan supaya rundingan diadakan dengan penunjuk perasaan.

"Jika mereka mahu saya meletakkan jawatan, saya akan berundur hanya dengan kekalahan di peti undi," kata Saleh pada satu sidang media di sini, sementara beribu-ribu penunjuk perasan termasuk ahli Parlimen pembangkang berhimpun di luar Universiti Sanaa untuk mendesak beliau berundur.

Selepas protes selama seminggu setengah yang telah meragut sembilan nyawa, Saleh berkata, beliau mengarahkan tentera menembak penunjuk perasaan 'hanya untuk mempertahankan diri'.

Saleh mendakwa mereka yang menentang kerajaannya tidak lebih daripada 200,000 orang berbanding kira-kira 25 juta penduduk Yemen.

Di BAHRAIN, penunjuk perasaan yang berkhemah di Dataran Mutiara, Manama hari ini menuntut sebuah kerajaan baru, dengan sokongan lebih 1,500 guru yang mogok sehingga memaksa banyak sekolah ditutup.

Di ALGERIA, Menteri Luarnya, Mourad Medelci berkata, protes antikerajaan yang menumbangkan Presiden di Tunisia dan Mesir tidak akan merebak ke Algeria sebagai sebahagian 'kesan domino' di seluruh Asia Barat. - AFP/AP/Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan