Isnin, 21 Februari 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Tunjuk perasaan merebak ke Maghribi

Posted:

Tunjuk perasaan merebak ke Maghribi

Tunjuk perasaan merebak ke Maghribi


RIBUAN penduduk berhimpun dalam tunjuk perasaan meminta kuasa raja dikurangkan di Rabat, Maghribi semalam.


RABAT - Ribuan orang berarak di bandar-bandar di Maghribi semalam bagi menuntut reformasi politik dan kuasa raja dihadkan.

Ia merupakan tunjuk perasaan terbaru yang berlaku di kawasan Afrika Utara selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir akibat desakan penunjuk perasaan.

Lebih 2,000 orang berarak di jalan-jalan raya di Rabat dengan menjerit slogan perubahan.

Di Casablanca yang merupakan bandar terbesar di negara tersebut, lebih 1,000 orang berhimpun bagi menuntut lebih banyak kebebasan, maruah dan keadilan.

Tunjuk perasaan yang diadakan pada waktu tengah hari itu berlangsung dalam keadaan aman.

"Saya mahu Maghribi yang lebih adil dan kurang korup," kata salah seorang penunjuk perasaan yang enggan namanya didedahkan di Casablanca.

Ribuan golongan muda di Maghribi menyertai akaun Pergerakan 20 di laman sosial Facebook bagi menuntut perlembagaan baru digubal bagi mengurangkan kuasa raja dan lebih banyak keadilan sosial dilakukan.

Maghribi diperintah oleh Raja Mohamed VI. Negara itu memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol pada 7 April 1956. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

200 maut di Libya

Posted:

200 maut di Libya

200 maut di Libya


SEORANG penunujuk perasaan yang cedera diusung di bandar Benghazi, Libya pada Jumaat lalu.


KAHERAH - Sekurang-kurangnya sejumlah 200 orang telah terbunuh dalam operasi pihak berkuasa memerangi kebangkitan rakyat yang menentang pemimpin Muammar Gaddafi di Libya, kata seorang doktor di bandar Benghazi semalam.

Menurut doktor itu, hospital tempat dia bekerja menerima 200 mayat yang mati ditembak oleh pasukan keselamatan sejak beberapa hari lalu. Mayat-mayat itu merupakan penunjuk perasaan menuntut Gaddafi meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi negara berkenaan.

Doktor itu menyatakan, hospitalnya itu mengalami masalah kekurangan bekalan perubatan untuk merawat lebih 70 penunjuk perasaan yang cedera.

Sebelum ini seorang pegawai pertubuhan Human Right Watch, Tom Porteous memberitahu agensi berita AFP, bahawa keadaan di negara itu sukar digambarkan kerana komunikasi di Libya amat sukar.

Dia berkata, pemerintah Libya menutup semua komunikasi Internet sejak kelmarin dan gangguan dalam perkhidmatan telefon telah menyebabkan amat sukar untuk memperoleh maklumat mengenai apa yang berlaku di negara berkenaan.

Tentera Libya dilapor melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan yang menghadiri pengebumian rakan mereka yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di bandar Benghazi kelmarin.

Dalam kejadian itu, 15 orang dilaporkan mati akibat ditembak anggota-anggota pihak berkuasa.

Sementara itu, sejumlah penunjuk perasaan tidak mempedulikan operasi memerangi tunjuk perasaan apabila mereka kembali berhimpun di sebuah dataran di luar sebuah bangunan di bandar Benghazi.

Para penunjuk perasaan itu menuntut Gaddafi supaya berundur selepas melihat penunjuk perasaan di Kaherah yang berjaya menyebabkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu.

Gaddafi, 68, yang memerintah selama empat dekad masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai tunjuk perasaan itu.

Beliau menjadi pemimpin selepas mengetuai beberapa pegawai tentera lain melakukan rampasan kuasa aman daripada pemerintah Libya, Raja Idris pada 1 September 1969.

Ketika rampasan itu, Raja Idris berada di Turki untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Rampasan itu dibuat ekoran perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan Raja Idris yang dianggap tidak cekap.

Minyak merupakan eksport Libya yang mewakili dua peratus daripada eksport minyak dunia.

Syarikat-syarikat minyak seperti Shell, BP dan Eni melabur berbilion-bilion dolar dalam industri minyak di negara itu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 pemandu selamat selepas nahas ngeri

Posted:

12 pemandu selamat selepas nahas ngeri

12 pemandu selamat selepas nahas ngeri


SEBUAH trak (dalam bulatan) terbakar manakala beberapa buah trak lain berlanggar (kanan) dalam perlumbaan Nascar di Pantai Daytona, Florida kelmarin.


PANTAI DAYTONA, Florida - Seramai 12 pemandu terselamat dalam kemalangan ngeri semasa perlumbaan trak Nascar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kemalangan itu bermula dari sebuah trak terbabas melanggar penghadang litar perlumbaan kerana tayar meletup.

Beberapa buah trak lain kemudian melanggar kereta yang terbabas itu.

Namun, 12 pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan itu terselamat walaupun kemalangan ngeri tersebut berlaku.

Dalam perlumbaan selama 25 pusingan itu, hanya 14 buah trak yang berjaya menamatkan perlumbaan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan