Khamis, 13 Januari 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Pengasas Google beli kapal layar terpakai

Posted:

Pengasas Google beli kapal layar terpakai

Pengasas Google beli kapal layar terpakai


Kapal layar milik Larry Page yang dibeli pada harga RM137.7 juta. Gambar kecil Larry Page dan isterinya.


CALIFORNIA – Pengasas enjin carian, Google di Internet, Larry Page menyertai 'kelab pemilik kapal mewah' apabila dia membeli sebuah kapal layar mewah terpakai yang bernilai kira-kira AS$45 juta (RM137.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Kapal yang diberi nama Senses itu dibeli daripada seorang pengusaha arak dari New Zealand, Sir Douglas Meyer yang telah menggunakannya sejak 1999.

Senses yang bersaiz 58.8 meter itu dilengkapi dengan tapak pendaratan helikopter, gimnasium, dek bertingkat, 10 bilik mewah, 14 orang anak kapal dan rekaan dalaman dari pereka terkenal Perancis, Philippe Starck.

Page, 37, menerima kapal mewah terpakai itu daripada Meyer menjelang tahun baru lalu.

Page yang berkahwin dengan seorang model, Lucinda Southworth pada 2007 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki berumur setahun.

Dia dianggarkan mempunyai kekayaan kira-kira AS$15 bilion (RM45.9 bilion). – Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pelacur diminta bayar cukai di Amsterdam

Posted:

Pelacur diminta bayar cukai di Amsterdam

Pelacur diminta bayar cukai di Amsterdam

AMSTERDAM - Seorang jurucakap agensi cukai Belanda, Janneke Verheggen berkata, pelacur di Amsterdam akan ditemui pegawai percukaian, lapor agensi berita AP semalam.

Aktiviti pelacuran berkembang di Amsterdam semenjak tahun 1600 semasa Belanda menjadi kuasa dalam bidang maritim.

Negara itu membenarkan kegiatan pelacuran pada tahun 2000 tetapi pihak berkuasa meminta para pelacur membayar cukai pendapatan.

Namun terdapat beberapa orang pelacur menganjurkan bantahan kerana mereka berasa ragu dengan undang-undang percukaian sama ada ia boleh dilaksanakan ke atas industri yang menggunakan bayaran tunai.

Seorang pelacur yang hanya mahu dikenali sebagai Samantaha menyokong pelaksanaan bayaran cukai itu dan menganggap ia sebagai satu langkah yang baik.

"Ia (pelacur) merupakan satu pekerjaan sama seperti pekerjaan yang lain dan kami patut membayar cukai," katanya.

Menurutnya, dia telah membayar cukai selama bertahun-tahun sekali gus menganggap adalah tidak adil jika terdapat pelacur lain yang tidak membayarnya.

Biro Statistik Pusat Belanda menganggarkan industri pelacuran menjana perolehan AS$865 juta (RM2.64 bilion) setahun. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pembikinan filem James Bond hujung tahun ini

Posted:

Pembikinan filem James Bond hujung tahun ini

Pembikinan filem James Bond hujung tahun ini


SALAH satu aksi Daniel Craig dalam filem James Bond sebelum ini, Quantum of Solace.


LONDON - Pembikinan filem terbaru James Bond akan dimulakan pada hujung tahun ini dan akan disiarkan di seluruh dunia pada November 2012, kata penerbit filem itu kelmarin.

Pelakon Britain, Daniel Craig akan kekal memegang watak itu selepas studio perfileman yang menerbitkan filem tersebut, Metro-Goldwyn-Mayer (MGM) diselamatkan daripada krisis kewangan.

Sebelum ini projek pembikinan filem itu ditangguhkan pada April tahun lalu apabila studio MGM ditawarkan untuk dijual bagi melunaskan hutang dan mengelakkan daripada diisytiharkan bankrap.

Filem terbaru itu akan diarahkan oleh Sam Mendes, 46, suami kepada pelakon filem Titanic, Kate Winslet, 36.

Mendes sebelum ini pernah mengarahkan filem American Beauty dan Revolutionary Road.

Pelakon Judi Dench dikatakan akan kembali berlakon sebagai M dalam filem itu.

Pelakon Michael Sheen, 42, yang popular dengan filem Tron dan skandal dengan seorang pelakon filem lucah pula akan memegang watak sebagai penjahat.

Namun watak bagi gadis Bond yang bakal berganding dengan Craig masih belum diketahui. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan