Khamis, 13 September 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Pelakon saman pengarah filem

Posted: 13 Sep 2012 02:34 PM PDT

Los Angeles: Aktres yang berlakon dalam filem mengenai Nabi Muhammad yang mencetuskan kemarahan umat Islam akan menyaman pengarah filem terbabit dan berkata skrip filem itu yang bertajuk Desert Warriors, memfokuskan kepada kehidupan 2,000 tahun lalu.

Cindy Lee Garcia berkata, beliau menghubungi penulis dan pengarah filem itu, yang kini bersembunyi, apabila melihat bantahan dan kenyataan di media.

Bosan dengan puak radikal
"Mengapa awak lakukan ini dan dia berkata: "Saya bosan dengan puak radikal Islam membunuh sesama sendiri'. Biarkan pelakon lain tahu ini bukan salah mereka. Saya akan menyamannya," kata Garcia.

Pengarah mengaku rakyat Mesir

Beliau berkata, pengarah filem yang memperkenalkan dirinya sebagai Sam Bacile, mengaku rakyat Mesir dan bercakap dalam bahasa Arab dengan pembantunya di set penggambaran.

Garcia, yang muncul dalam klip online filem itu, berkata beliau membawa watak wanita yang terpaksa menyerahkan anaknya kepada karakter dinamakan Master George dalam satu adegan. Watak George digambarkan sebagai pemimpin gagah dan kejam.
Namun dalam paparan 13 minit yang ditayangkan di YouTube, karakter Garcia digantikan dalam adegan itu, dengan alih suara karakter itu merujuk kepada Muhammad, bukan George.

Garcia berkata, beliau takut apabila mendapati kaitan video berkenaan dengan kematian empat rakyat Amerika Syarikat selepas serangan di konsulat Amerika di Libya.
REUTERS/AGENSI

Morsi kecam filem hina Islam

Posted: 13 Sep 2012 02:31 PM PDT

Brussels: Presiden Mesir, Mohammed Morsi, mengutuk serangan di konsulat Amerika Syarikat di Libya yang membunuh duta Amerika dan berjanji akan melindungi kedutaan asing di Kaherah, yang menyaksikan polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan di misi Amerika.

Pada masa sama, Morsi juga lantang mengecam penghasilan filem menghina Islam dan Nabi Muhammad yang mula mendapat perhatian di Mesir selepas sedutan filem itu dialih bahasa ke bahasa Arab dan disiarkan di laman YouTube.

Timbulkan kemarahan
Filem yang dihasilkan di Amerika Syarikat bertajuk Innoncence of Muslims itu menimbulkan kemarahan umat Islam dan menyebabkan misi Amerika diserang di tiga negara Arab iaitu Yaman, Mesir dan Libya.

Bercakap ketika melawat Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Morsi berkata beliau bercakap dengan Presiden Barack Obama dan mengutuk serangan Selasa lalu ke atas konsulat Amerika di Benghazi yang menyebabkan duta dan tiga lagi warga Amerika terbunuh.

"Kami juga mengecam keras semua yang memulakan provokasi itu dan mereka yang mendalangi kebencian itu. Pada masa sama kami berasa ia tidak mewajarkan serangan ke atas kedutaan atau konsulat.

Henti semarak kebencian
"Mesir bertanggungjawab melindungi kedutaan dan konsulat dan rakyat Mesir tidak akan terbabit dalam tindakan menyalahi undang-undang itu," katanya sambil menambah beliau meminta Obama menghentikan tindak tanduk menyemarakkan kebencian seumpama itu.
AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan