Jumaat, 27 Julai 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Tentera Syria perhebat serangan

Posted:

Tentera Syria perhebat serangan

BEBERAPA penduduk mengawal sebuah pusat pemeriksaan semasa pertempuran dengan tentera Bashar di Aleppo kelmarin.


LEBANON - Tentera Syria memperhebatkan serangan ke atas kumpulan pemberontak yang menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad di Aleppo, kata seorang aktivis tempatan, Mohammed Saeed semalam.

Menurutnya, terdapat serangan pada waktu malam di beberapa bahagian di bandar tersebut yang didiami tiga juta penduduk.

Beliau berkata, tentera Syria memperhebatkan serangan udara kelmarin dan semalam.

Menurutnya, tentera Bashar melakukan serangan di kawasan perumahan.

Beliau memberitahu agensi berita Ap menerusi Skype.

Pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar bermula sejak Mac tahun lalu yang telah menyebabkan lebih 19,000 orang terbunuh.

Para pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan bagi melakukan pembaharuan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di negara tersebut. - AGENSI

Udang karang gergasi dilepaskan ke laut

Posted:

Udang karang gergasi dilepaskan ke laut

Pengurus restoran The Dock, Kristen Eighme menyerahkan udang karang gergasi kepada Wilson di Waterford, Connecticut kelmarin.


TELUK NIANTIC, Amerika Syarikat - Seorang lelaki Connecticut, Don MacKenzie membeli seekor udang karang gergasi seberat 9.07 kilogram dari sebuah restoran sebelum dia melepaskan semula ke dalam laut di sebuah lokasi rahsia kelmarin.

MacKenzie mengetahui tentang udang karang itu yang mempunyai nama jolokan Lucky Larry daripada kanak-kanak tempatan.

Namun, dia enggan mendedahkan harga yang perlu dibayarnya untuk membeli udang tersebut daripada restoran The Dock.

Menurutnya, udang itu perlu mengambil masa selama 80 tahun untuk mecapai saiznya seperti sekarang.

Dia membawa udang tersebut menaiki sebuah bot ke sebuah lokasi rahsia di sini dan melepaskannya ke dalam laut dengan bantuan seorang kenalannya, Steve Wilson. - AGENSI

Kristen Stewart minta maaf kerana menipu kekasih

Posted:

Kristen Stewart minta maaf kerana menipu kekasih

GAMBAR fail menunjukkan Sanders (kanan) dan Stewart.


LOS ANGELES - Aktres terkenal, Kristen Stewart memohon maaf secara terbuka kepada kekasihnya yang juga aktor filem Twilight, Robert Pattinson selepas beberapa akhbar melaporkan dia mempunyai hubungan sulit dengan pengarah filem Snow White and the Huntsman, Rupert Sanders.

Aktres berusia 22 tahun itu telah bercinta dengan Pattinson, 25, selama beberapa tahun manakala Sanders sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Stewart membuat permohonan maaf itu menerusi majalah People kelmarin selepas dia menyembunyikan hubungan sulitnya dengan Sanders daripada pengetahuan Pattinson.

"Saya amat kesal kerana melukakan dan perasaan malu yang saya telah lakukan kepada individu yang rapat dengan saya dan setiap orang yang terjejas (ekoran hubungan sulit itu).

"Perbuatan yang tidak bijaksana ini telah membahayakan perkara yang paling penting dalam kehidupan saya, orang yang saya cintai dan paling hormati, Rob (Pattinson).

"Saya menyintainya, saya menyayanginya, saya amat kesal," katanya.

Stewart bercinta dengan Pattinson selepas mereka berkenalan di set penggambaran filem Twilight.

Dalam filem itu mereka melakonkan watak sebagai pasangan kekasih.

Sanders, 41, turut memohon maaf secara terbuka menerusi majalah yang sama.

"Saya berasa amat tidak keruan tentang kesakitan yang saya telah lakukan terhadap keluarga saya.

"Apa yang saya ada di dunia ialah isteri saya yang cantik dan anak-anak saya.

"Saya menyayangi mereka dengan sepenuh hati saya.

"Saya berdoa kami akan melaluinya (skandal) bersama-sama," katanya.

Majalah Us Weekly menyiarkan gambar bagi membuktikan mereka mempunyai hubungan sulit.

Dalam gambar itu, kedua-dua mereka berada dalam keadaan mesra.

Pada bulan lalu, majalah Forbes mengumumkan Stewart merupakan aktres Hollywood yang menerima bayaran paling tinggi.

Para peminat filem Twilight berasa kecewa ekoran pengakuan Stewart itu.

Beberapa peminat membidas Stewart di laman Twitter manakala yang lain memberi sokongan kepada Pattinson.

Namun, skandal itu mungkin akan menjejaskan tayangan siri terakhir Twilight pada November depan dan imej bersih Stewart.

"Perkara yang paling mengejutkan ialah Stewart menipu Pattinson yang merupakan lelaki yang setiap orang di dunia mahukannya," kata editor kanan Us Weekly, Ian Drew. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan