Sabtu, 12 Mei 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Wanita kelihatan tua jalani rawatan

Posted:

Wanita kelihatan tua jalani rawatan

Wanita kelihatan tua jalani rawatan

WAJAH baharu Mai (dua dari kiri) kelihatan muda semasa dia bergambar dengan adik lelakinya (dua dari kanan) dan Chen (kiri) di Taipei semalam.


TAIPEI - Seorang wanita muda Vietnam, Nguyen Thi Ngoc Mai yang kelihatan seperti berumur 70 tahun walaupun usianya baru 28 tahun kini menjalani rawatan perubatan di Taiwan, kata beberapa doktor semalam.

Mai mula menghidap sindrom Werner yang menyebabkan dia kelihatan tua sejak berumur 10 tahun.

Dia sebelum ini tidak mampu menjalani rawatan kerana mengalami masalah kewangan.

Menurut beberapa doktor di Hospital Universiti Perubatan China, dia sukar berjalan dan mengalami masalah kesihatan sebelum datang ke Taiwan pada April lalu.

Mai menjalani pembedahan plastik dan beberapa pembedahan lain bagi mempermudakan penampilannya, kata mereka.

Dia turut menjalani rawatan kulit dan paru-paru.

Doktor-doktor menyatakan, dia merupakan pesakit pertama sindrom tersebut di negara ini.

Wanita itu akan mengambil ubat-ubatan dan mengelak diri daripada terkena cahaya matahari.

"Saya seperti dilahirkan semula dan terdapat harapan dalam kehidupan saya," katanya menerusi jurubahasa di sini.

Semasa dia bergambar dengan adik lelakinya dan doktor pembedahan plastik, Hung-Chi Chen di sini semalam, wajahnya kelihatan semakin muda selepas dia menjalani rawatan. - Agensi

Obama perjelas isu perkahwinan gay

Posted:

Obama perjelas isu perkahwinan gay

Obama perjelas isu perkahwinan gay

OBAMA


LOS ANGELES - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan perkahwinan sejenis merupakan perkembangan munasabah ke arah menjadikan negara AS yang lebih adil dan saksama.

Obama membuat penjelasan itu pada majlis makan malam bagi mengumpul dana kempen politik beliau di bandar Studio, California kelmarin.

"Walaupun sokongan saya terhadap perkahwinan sejenis mengejutkan, ia merupakan perkembangan yang munasabah buat AS. Bukankah kita merupakan sebuah negara untuk semua (temasuk golongan gay dan lesbian)?"

"Adakah ia (sokongan kepada golongan gay) akan menjadikan kita lebih kuat? Saya percaya ia dapat mencapai objektif tersebut," kata Obama.

Sekitar 150 tetamu membayar tiket AS$40,000 (RM122,847) bagi menghadiri majlis itu yang berjaya mengumpul sekitar AS$15 juta (RM46 juta).

Ketua Animasi DreamWorks, Jeffrey Katzenberg mengendalikan kempen kutipan derma itu untuk kempen politik Obama.

Turut hadir pada majlis itu ialah pelakon terkenal, George Clooney, aktres Salma Hayek, aktor Tobey Maguire, Barbra Streisand, Jack Black dan Robert Downey Jr.

Obama akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden AS pada hujung tahun ini. - Agensi

Bapa Witherspoon disaman isteri

Posted:

Bapa Witherspoon disaman isteri

Bapa Witherspoon disaman isteri


WITHERSPOON


CHICAGO, Amerika Syarikat - Bapa aktres Reese Witherspoon disaman isterinya sendiri atas dakwaan dia berkahwin lagi tanpa menceraikannya terlebih dulu.

Menurut ibu aktres itu, Betty, dia bimbang suaminya, Dr. John Draper Witherspoon, 70, menghidap penyakit lupa ingatan kerana berkahwin tanpa memfailkan perceraian terhadapnya.

Dia menjelaskan dalam satu dokumen mahkamah pada Selasa lalu bahawa rakan-rakannya memberitahunya terdapat satu pengumuman tentang perkahwinan suaminya yang telah disiarkan di sebuah akhbar pada 22 April lalu.

Namun, Betty berkata, suaminya menyatakan bahawa dia tidak mengingati tentang perkahwinan tersebut.

Suaminya juga menjelaskan dia tidak mengenali wanita yang didakwa telah berkahwin dengannya, Tricianne Taylor.

Pada Rabu lalu, sebuah mahkamah di Tennessee mengarahkan Taylor supaya tidak menggunakan nama Witherspoon.

Mahkamah itu turut memerintahkan Taylor tidak menyatakan bahawa dia ialah isteri bapa aktres itu.

"Saya sayang suami saya dan tidak mahu bercerai. Dia (suaminya) perlukan bantuan," kata Betty yang berusia 63 tahun. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan