Rabu, 14 Mac 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


28 maut nahas ngeri di terowong

Posted:

28 maut nahas ngeri di terowong


Keadaan bas yang remuk selepas terlibat dalam satu nahas ngeri di terowong di sebuah lebuh raya di Valais, Sierre, semalam. - AFP


GENEVA 14 Mac - Kira-kira 28 orang termasuk 22 kanak-kanak maut apabila bas yang mereka naiki terbabas di dalam terowong di sebuah lebuh raya di Valais, Sierre.

Agensi berita SDA-ATS hari ini melaporkan, ketika kejadian, bas dinaiki kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang ke Belgium malam tadi daripada percutian di sebuah pusat peranginan ski Val d'Annivers.

"Semasa melalui lebuh raya menghala ke arah Sion itu, bas tersebut melanggar dinding terowong berdekatan susur keluar Sieere.

"Bas itu didaftarkan di Belgium,'' kata agensi berita itu.

Di Brussel, Kementerian Luar Belgium berkata, kebanyakan kanak-kanak terbabit berumur 12 tahun dan bas berkenaan merupakan antara tiga buah kenderaan yang disewa.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Kanak-kanak Palestin tahanan Israel alami trauma

Posted:

Kanak-kanak Palestin tahanan Israel alami trauma


Kanak-kanak Palestin yang cedera menerima rawatan di sebuah hospital di utara Genting Gaza selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah itu, kelmarin. Beratus kanak-kanak Palestin bukan sahaja menjadi mangsa serangan Israel tetapi lebih 8,000 kanak-kanak Palestin lagi turut ditahan rejim Zionis itu sejak tahun 2000, kebanyakannya kerana melontar batu. - REUTERS


RAMALLAH 14 Mac - Sebuah pertubuhan kebajikan mendedahkan majoriti kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel setiap tahun mengalami mimpi buruk, terkencing malam dan kebimbangan selepas mereka dibebaskan.

Pertubuhan, Save the Children dalam laporan yang disiarkan kelmarin berkata, tentera Israel sejak tahun 2000 menahan lebih 8,000 kanak-kanak Palestin di Tebing Barat dan mendakwa kanak-kanak semuda 12 tahun di mahkamah tentera, kebanyakan mereka kerana disyaki melontar baru.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan