Jumaat, 2 Mac 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Suspek bom mungkin wanita

Posted:

Suspek bom mungkin wanita

BANGKOK 2 Mac - Seorang wanita berhijab disyaki terlibat dalam kejadian mencetuskan letupan di sebuah pusat beli belah di wilayah Pattani, semalam.

Berdasarkan rakaman litar tertututp (CCTV), wanita itu dilihat meletakkan bom di pusat beli belah terbabit.

Ketua Polis Pattani, Mejar Jeneral Pitchet Pitisetchapan berkata, wanita terbabit memasuki pusat beli belah tersebut pada pukul 7.23 petang waktu tempatan kelmarin, sebelum meninggalkan premis lima minit kemudian.

Bom tersebut meletup semalam pada pukul 1.30 petang waktu tempatan.

Jelas Pitisetcahapan, wanita yang sama turut dipercayai menjadi dalang dalam kejadian letupan sebuah mesin wang automatik di sini pada 6 Disember tahun lalu.

Dalam kejadian terbaru awal hari ini, dua tentera yang ditugaskan menjaga keselamatan guru, cedera parah akibat letupan bom di daerah Mayo, Pattani.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Lelaki Australia seludup dadah ke Indonesia

Posted:

Lelaki Australia seludup dadah ke Indonesia


Edward Norman Myatt (tengah), duduk di hadapan 72 kapsul kanabis dengan berat 1.1 kilogram dan satu kapsul methamphetamine semasa sidang media di di Lapangan Terbang Antarabangsa Balis Ngurah Rai, Bali, semalam. - AFP


BALI 2 Mac – Seorang lelaki Australia ditahan pihak berkuasa pada Isnin lalu, di sini selepas dipercayai cuba menyeludup dadah seberat lebih satu kilogram dengan menelannya.

Edward Norman Myatt, 54, hari ini turut tampil pada satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Balis Ngurah Rai bersama 71 kapsul yang dipercayai mengandungi 1.1 kilogram dadah jenis kanabis serta sebiji kapsul methamphetamine.

Menurut pihak berkuasa, kesemua dadah tersebut dianggarkan bernilai kira-kira AS$67,390 (RM208,900) dan dipercayai untuk diseludup ke Indonesia.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan