Khamis, 15 Mac 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Mahmoud nafi silap urus Iran

Posted:

Mahmoud nafi silap urus Iran

Mahmoud nafi silap urus Iran

MAHMOUD AHMADINEJAD yang berdiri di hadapan Speaker Ali Larijani memberi penjelasan kepada anggota-anggota Parlimen di Teheran semalam.


TEHERAN - Presiden Mahmoud Ahmadinejad menolak tuduhan anggota-anggota Parlimen Iran yang menyatakan beliau cuai dalam menguruskan ekonomi negara.

Perkembangan itu berlaku ketika inflasi di Iran meningkat lebih 30 peratus, nilai mata wang rial Iran pula merudum susulan sekatan ekonomi oleh Barat manakala dana projek infrastruktur mega seperti pembinaan rangkaian tren bawah tanah di sini turut dibekukan.

Namun, dalam jawapan beliau kepada anggota-anggota Parlimen Iran, Mahmoud tetap mempertahankan dasar ekonominya dengan menyatakan ekonomi Iran masih kukuh.

"Tiada bukti dasar pentadbiran saya melanggar undang-undang negara setakat ini," kata Mahmoud.

Ini adalah kali pertama Presiden Iran disoal oleh 290 anggota Parlimen negara itu berhubung cara beliau mentadbir negara sejak Republik Islam Iran diasaskan pada 1979.

Semasa disoal oleh anggota-anggota Parlimen, Mahmoud kelihatan tenang dan bersahaja dalam memberikan jawapan.

Beliau turut mempersenda peraturan baharu yang mewajibkan wakil rakyat baharu memiliki ijazah sarjana atau kelulusan setaraf dengan menyatakan, draf peraturan tersebut dibuat oleh mereka yang memiliki ijazah sarjana.

Mahmoud berkata, beliau boleh mengusulkan peraturan yang lebih baik.

Bercakap tentang kod berpakaian yang ketat bagi masyarakat Islam Iran, Mahmoud tetap berpegang kepada pendapatnya bahawa peraturan tersebut perlu dilonggarkan.

"Kita perlu menghormati hasrat rakyat," ujarnya.

- AFP

Obama marah China kurangkan eksport mineral

Posted:

Obama marah China kurangkan eksport mineral

Obama marah China kurangkan eksport mineral


GAMBAR fail menunjukkan sebuah lombong nadir bumi di daerah Nancheng, China pada 29 Oktober 2010.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama kelmarin memberi amaran kepada China bahawa Washington telah mengemukakan aduan ke Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) berhubung dasar Beijing mengehadkan eksport mineral nadir bumi ke Eropah dan AS.

AS yang bekerjasama dengan Kesatuan Eropah dan Jepun kelmarin meminta WTO supaya mengatur rundingan dengan China berhubung isu berkenaan.

Rundingan tersebut antara lain, bertujuan untuk memberi tekanan ke atas China agar menamatkan sekatan eksport mineral nadir bumi.

Mineral nadir bumi merupakan bahan utama dalam pembuatan pelbagai produk konsumer termasuk bateri kereta hibrid, televisyen skrin rata, senjata, telefon pintar, lensa kamera dan motor kecil yang digunakan untuk menaik dan menurunkan cermin kenderaan.

"Jika China membiarkan pasaran nadir bumi menetukan hala tuju sendiri, kami tidak akan membantah," kata Obama ketika berucap di White House.

"Namun, dasar China sekarang menghalang perkara itu berlaku. Ia juga bercanggah dengan peraturan WTO yang dipersetujui sendiri oleh China," tambahnya.

Menurut Obama, China diberi masa sepuluh hari untuk memberikan jawapan manakala rundingan dengan AS, EU dan Jepun berhubung isu tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Jika persetujuan mengenainya gagal dicapai, AS , EU dan Jepun boleh meminta panel WTO menyiasat kuota eksport mineral nadir bumi yang dilaksanakan oleh China.

Sejak beberapa tahun lalu, China mengurangkan eksport mineral nadir bumi dengan alasan bagi memenuhi permintaan dalam negara dan untuk menjaga alam sekitar.

AS cuma memiliki sebuah syarikat pengeluar mineral nadir bumi iaitu Molycorp Inc yang beribu pejabat di Colorado.

China pula mempunyai 17 mineral nadir bumi dan menyalurkan 90 peratus bekalan global mineral berkenaan.

Selain China dan AS, terdapat lombong mineral nadir bumi di Australia manakala cadangan membuka lombong berkenaan turut dibuat di Malaysia. - AP

Rubina Ali dapat tawaran berlakon

Posted:

Rubina Ali dapat tawaran berlakon

Rubina Ali dapat tawaran berlakon


GAMBAR fail menunjukkan Rubina dijulang oleh jiran-jirannya di kawasan setinggan
Behrampada di Mumbai pada 26 Februari 2009.


NEW DELHI - Pelakon kanak-kanak filem Slumdog Millionaire dari India, Rubina Ali akan membintangi sebuah filem baharu bersama legenda Hollywood, aktor Anthony Hopkins, kata pengurusnya semalam.

Rubina yang kini berusia 13 tahun bakal berlakon dalam filem Lord Owen's Lady.

Filem itu mengisahkan cinta seorang bangsawan muda Wales dengan seorang wanita India.

Penggambaran filem itu dijadualkan pada September tahun ini di Britain dan India.

"Pihak penerbit filem itu memaklumkan kepada kami bahawa dia akan menjalani penggambaran selama tiga minggu di Shimla (utara India), Wales dan London," kata pengurus Rubina, Dubey dari Mumbai.

Menurutnya, Rubina telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam filem itu.

Rubina yang berasal dari sebuah kawasan penduduk miskin di Mumbai dipilih untuk melakonkan watak Latika dalam filem Slumdog Millionaire arahan Danny Boyle pada tahun 2008.

Dia akan dibayar lebih AS$31,000 (RM94,678) untuk filem terbaharunya itu.

Ketika berlakon dalam filem Slumdog Millionaire yang memenangi lapan anugerah Academy pada tahun 2009, Rubina hanya berusia lapan tahun. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan