Jumaat, 20 Januari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


5 tiada kerja bakar diri

Posted: 20 Jan 2012 09:53 AM PST

Dunia

SEORANG penunjuk perasaan terbaring selepas membakar diri di Rabat, Maghribi.

SEORANG penunjuk perasaan terbaring selepas membakar diri di Rabat, Maghribi.

Anggota Graduan Menganggur protes kurang pekerjaan di Maghribi

RABAT: Lima penganggur membakar diri di ibu kota Maghribi sebagai sebahagian demonstrasi di negara itu berhubung kekurangan pekerjaan, terutama untuk graduan universiti, kata aktivis hak asasi, kelmarin.

Tiga daripada mangsa dirawat di hospital kerana melecur teruk. Kejadian itu, yang sebelum ini jarang berlaku menjadi taktik bantahan di Asia Barat dan Afrika Utara sejak seorang penjual sayur-sayuran di Tunisia membakar diri pada Disember 2010. Lelaki itu membantah tindakan anggota polis mengganggu perniagaannya, yang mencetuskan kebangkitan menumbangkan kerajaan dan mencetuskan pergerakan sama di rantau itu.

Kelima-lima lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada pergerakan Graduan Menganggur membabitkan jutaan graduan universiti yang mahukan pekerjaan.

Demonstrasi selalunya disuraikan secara ganas oleh polis dan di beberapa pekan dan bandar raya menyebabkan pertempuran berlaku. Ketika kadar pengangguran rasmi cuma 9.1 peratus, angkanya sekitar 16 peratus bagi graduan.

Kelmarin, kerajaan yang dipilih pada November lalu membentangkan pelan baru kepada Parlimen dengan fokus mencipta pekerjaan, pendidikan dan memperbaiki kualiti kesihatan.
Sementara itu, kerajaan dipimpin golongan Islam berjanji menghasilkan 200,000 pekerjaan baru setahun menerusi pelaburan awam dan persendirian.

Seramai 160 anggota pergerakan itu menduduki bangunan pentadbiran Kementerian Pendidikan Tinggi sejak dua minggu lalu di Rabat, sebagai sebahagian bantahan mereka.

Penyokong membawakan makanan kepada mereka sehingga dua hari lalu apabila dihalang pasukan keselamatan.

"Pihak berkuasa menyekat mereka menerima makanan dan air, jadi lima daripada mereka keluar untuk mendapatkan makanan dan mengancam membakar diri jika dihalang," kata jurucakap Persatuan Hak Asasi Manusia Maghribi, Youssef al-Rissouni.

Daripada tiga yang dimasukkan ke hospital, dua dalam keadaan serius manakala dua lagi cuma baju terbakar.

Rakaman video yang disiarkan kumpulan itu secara dalam talian menunjukkan orang ramai membaling roti ke arah polis yang mengawal bangunan berkenaan. Beberapa pemuda di atas bangunan menyiram diri mereka dengan cecair dan melompat turun dan mula mengutip roti.

Apabila polis pencegah rusuhan bergerak untuk menghentikan mereka, sekurang-kurangnya dua daripada lelaki berkenaan terbakar dan mula berlari sebelum dikepung penyokong dan api dipadamkan.

Gambar menunjukkan mereka dengan sebahagian besar kulit terbakar. Akhbar dalam talian, Goud, melaporkan dua daripada mereka mengalami kesan terbakar tahap kedua dan dihantar ke unit melecur Casablanca.

Ketika ekonomi Maghribi mencatat kadar pertumbuhan baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini sekitar empat hingga lima peratus, ia masih belum cukup menghasilkan pekerjaan untuk golongan muda yang semakin ramai di pasaran setiap tahun. – AP

Full content generated by Get Full RSS.

Speaker Kansas harap Presiden Obama pendek umur

Posted: 20 Jan 2012 09:52 AM PST

Dunia

WASHINGTON: Seorang pemimpin Republikan di Kansas mencetuskan kemarahan selepas menghantar e-mel menyatakan harapan supaya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, pendek umur.

Pengkritik berkata, e-mel Speaker Dewan Undangan Negeri Kansas, Mike O'Neal itu yang menggunakan petikan kitab Bible menyarankan kematian Obama.

Selepas e-mel itu disiarkan oleh akhbar Lawrence Journal-World, O'Neal meminta maaf tetapi turut enggan meletak jawatan. "E-mel itu menggunakan satu petikan Bible dan hanya bertujuan merujuk kepada baki tempoh pentadbiran presiden. Saya sudah minta maaf dan saya benar-benar kesal," kata O'Neal.

E-mel itu dihantar kepada rakan dan kenalan O'Neal merujuk kepada ayat Psalm 109:8 yang bagi sesetengah pihak bermaksud:

"Biar hari-harinya semakin singkat dan orang lain menggantikannya." Ia diikuti dengan petikan bermaksud: "Moga anak-anaknya menjadi yatim piatu dan isterinya menjadi balu."

Dua paderi kemudian menyerahkan petisyen ditandatangani 30,000 orang menuntut O'Neal meletak jawatan. Speaker Kansas itu kemudian meminta maaf tetapi pengarah komunikasinya berkata, beliau tidak akan meletak jawatan.
"Beliau menggunakan ayat Bible dengan begitu mudah untuk menyuruh orang lain berdoa kematian presiden," kata Michael Sherrard, jurucakap Faithful America, sebuah forum online di Washington yang menganjurkan petisyen berkenaan.

Kontroversi membabitkan O'Neal itu menyusuli satu lagi e-mal awal bulan ini kepada anggota Republikan lain dengan memanggil isteri Obama, Michelle, sebagai 'Puan YoMama.'

E-mel itu yang mulanya dilaporkan oleh Lawrence Journal-World, berbunyi: "Saya yakin anda akan menyertai saya mengucapkan Puan YoMama gembira dengan percutian Krismas di Hawaii menggunakan wang awam."

Jurucakap O'Neal mengesahkan mesej e-mel itu dan berkata ia dihantar daripada akaun peribadi emel pemimpin itu kepada beberapa anggota dewan undangan negeri. – Reuters/Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan