Rabu, 7 Disember 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Presiden Syria nafi terlibat

Posted:

Presiden Syria nafi terlibat

Presiden Syria nafi terlibat


Salah seorang aktivis pembangkang membakar poster Bashar al-Assad semasa menyertai tunjuk perasaan anti-rejim di Vienna, Austria pada 10 November lalu. - AGENSI


WASHINGTON 7 Dis. - Presiden Syria, Bashar al-Assad menafikan beliau bertanggungjawab terhadap pembunuhan beribu-ribu penunjuk perasaan di negaranya, dengan mendakwa beliau tidak mempunyai kuasa ke atas pasukan bersenjata yang melakukan kekerasan.

Assad membuat penafian itu dalam wawancara dengan wartawan veteran ABC News, Barbara Walters, kelmarin, sebagai usaha mempertahankan diri daripada kutukan dunia yang makin meningkat berhubung kempen kekerasan oleh pasukan keselamatan Syria sejak sembilan bulan lalu yang dilaporkan telah meragut 4,000 nyawa.

ABC News merancang menyiarkan wawancara itu hari ini tetapi seorang wartawan stesen tersebut yang meminta reaksi pegawai Amerika Syarikat (AS) pada taklimat Jabatan Negara, semalam memetik kenyataan Assad.

"Saya Presiden dan saya tidak memiliki negara ini, kerana itu mereka bukan pasukan bersenjata saya.

"Terdapat perbezaan yang besar antara mengadakan dasar untuk melakukan kekerasan dengan beberapa kesilapan yang dilakukan oleh sesetengah pegawai," kata Assad, menurut wartawan itu.

Mengulas petikan itu, jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner membidas Assad dan menganggap beliau mempunyai banyak peluang untuk menghentikan keganasan.

"Saya mendapati tidak munasabah beliau cuba berselindung di sebalik helah sedemikian dan mendakwa beliau tidak memiliki kuasa di negaranya sendiri," kata Toner.

Keluarga Assad memerintah Syria sejak empat dekad lalu dan adik lelakinya, Leftenan Kolonel Maher al-Assad mengetuai Divisyen Keempat tentera darat yang bertanggungjawab terhadap ibu negara, Damsyik serta pasukan elit, Pengawal Republikan.

Syria menghadapi tekanan makin hebat daripada AS, Kesatuan Eropah (EU), Liga Arab dan Turki untuk menghentikan keganasan.

Liga Arab mengancam untuk mengenakan sekatan baru kecuali Syria membenarkan kemasukan pemerhati.

Dalam sepucuk surat lewat Ahad lalu, rejim Assad berkata, pemerhati akan dibenarkan masuk tetapi dengan beberapa syarat tertentu. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Banyak kakitangan awam muda terbabit rasuah

Posted:

Banyak kakitangan awam muda terbabit rasuah

Banyak kakitangan awam muda terbabit rasuah

JAKARTA 7 Dis. – Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Marzuki Ali hari ini mahu supaya kakitangan awam muda yang memiliki wang yang banyak dalam akaun bank mereka ditahan.

Beliau turut menyatakan bahawa Dewan Perwakilan bersedia untuk menyediakan undang-undang baru bagi menyokong penahanan itu jika peraturan sedia ada tidak memadai.

"Tuduhan itu telah terbukti dan jangan bercakap terlalu banyak. Jika undang-undang ketika ini tidak mencukupi untuk melakukan penahanan itu, kami akan menggubal undang-undang baru," katanya seperti yang dipetik oleh tribunnews.com.

Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK), baru-baru ini mendedahkan sebanyak 50 peratus kakitangan awam muda di negara ini terlibat dengan rasuah, termasuk 10 individu yang memiliki beratus-ratus bilion rupiah dalam akuan bank mereka.

Menurut PPATK, mereka mengesyaki wang tersebut diperolehi hasil rasuah melalui kaedah seperti memindahkan belanjawan negara ke akaun peribadi, mewujudkan projek palsu dan menerima rasuah dan ganjaran.

Timbalan Ketua PPATK, Agus Santoso memberitahu The Jakarta Post semalam, laporan itu telah dimaklumkan kepada penguatkuasa undang-undang. – AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan