Ahad, 28 Ogos 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Taufan Irene ragut 9 nyawa

Posted: 28 Aug 2011 01:45 PM PDT

Dunia

DENISE Robinson (kiri) dan Rich Brown mengemas rumah mereka yang dilanda taufan di Sandbridge, Virginia, semalam.

DENISE Robinson (kiri) dan Rich Brown mengemas rumah mereka yang dilanda taufan di Sandbridge, Virginia, semalam.

Dua juta penduduk bergelap, ramalan paras air naik setinggi 2.4m

NEW YORK: Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh, apabila Taufan Irene membadai Carolina Utara dan Virginia ketika ia menghala ke bandar raya New York semalam.

Pada masa sama, lebih dua juta penduduk dari Carolina Selatan hingga Maryland pula terpaksa bergelap apabila kedatangan Irene juga menyebabkan banjir dan angin kencang yang menumbangkan tiang elektrik. Kekuatan Irene diturunkan kepada kategori satu tetapi ketika menghampiri New York, jabatan kaji cuaca dalam ramalannya memberi amaran Irene menghampiri kekuatan taufan.

Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan melaporkan pihaknya bersedia berdepan puting beliung di New York, Long Island dan Connecticut selatan, ketika ia dilaporkan Delaware dan Maryland.

Pakar kaji cuaca bagi Pusat Taufan Kebangsaan (NOAA), Daniel Browin, berkata ribut akan menyebabkan kenaikan paras air setinggi 1.2 hingga 2.4 meter (m) di kawasan bakal dilanda taufan itu.

"Di kawasan berhampiran pantai, taufan itu membawa bersama ombak besar, berbahaya dan mengancam nyawa," katanya.
Seorang budak lelaki berusia 11 tahun di Virginia maut apabila pokok tumbang di atas rumahnya dan di Carolina Utara seorang lagi kanak-kanak terkorban dalam kemalangan di persimpangan jalan berikutan lampu isyarat rosak.

Sementara itu, hos rancangan bual bicara kontroversi, Glenn Beck, menyifatkan Taufan Irene sebagai 'rahmat Tuhan' dan berkata kedatangan ribut maut itu mengajar penduduk supaya lebih bersedia berdepan bencana semula jadi.

Bercakap dalam programnya di radio, beliau menggesa pendengar bersedia berdepan masalah makanan global.

Presiden Barack Obama melawat ibu pejabat Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan meninjau persediaan dan aktiviti tindak balas ke atas kejadian kecemasan.

Di NEW YORK, persediaan berdepan taufan itu menjadi amalan biasa namun penduduknya terus dilanda kebimbangan.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, mengulangi amaran apabila ramai penduduk kelihatan tidak mempedulikan arahan pemindahan mandatori yang meliputi kawasan di Manhattan dan kawasan persisiran pantai. – Agensi


Mahkamah arah rampas harta, akaun bank Musharraf

Posted: 28 Aug 2011 01:42 PM PDT

Dunia

Pervez Musharraf

Pervez Musharraf

ISLAMABAD: Sebuah mahkamah Pakistan mengarahkan rampasan harta bekas presiden Pervez Musharraf yang kini tinggal dalam buangan dan pembekuan akaun banknya di sini berhubung tuduhan beliau gagal menyediakan kawalan keselamatan ke atas bekas perdana menteri yang dibunuh Benazir Bhutto, kata seorang peguam semalam.

Bhutto adalah perdana menteri wanita pertama dalam dunia Islam. Beliau dibunuh pada Disember 2007, ketika Musharraf menjadi presiden, dalam serangan senjata dan bunuh diri selepas satu perhimpunan pilihan raya di bandar Rawalpindi sejurus kembali daripada tinggal dalam buangan.

Sebuah mahkamah anti-keganasan Februari lalu mengeluarkan satu waran tangkap untuk Musharraf, yang kini tinggal dalam buangan di Dubai dan mengisytiharkannya seorang pelarian undang-undang selepas gagal memberi maklum balas. Mahkamah kelmarin mengarahkan rampasan keseluruhan hartanahnya dan pembekuan akaun bank di Pakistan selepas beliau sekali lagi gagal memberi maklum balas terhadap tuduhan ke atasnya.

"Mahkamah mengeluarkan arahan kerana beliau dituduh dalam kes itu dan gagal hadir di mahkamah," kata Chaudhry Zulfiqar Ali, seorang pendakwa raya kerajaan kepada Reuters.

Rampasan hartanah termasuk sebuah rumah ladang di sini dan beberapa plot kediaman selain akaun bank bernilai 90 juta rupee (RM2.98 juta). – Reuters


Tiada ulasan:

Catat Ulasan