Rabu, 3 Ogos 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Mubarak tolak semua tuduhan

Posted: 03 Aug 2011 02:49 PM PDT

Dunia

PENDUDUK Mesir mahu Mubarak yang dituduh membunuh dihukum mati.

PENDUDUK Mesir mahu Mubarak yang dituduh membunuh dihukum mati.

Bekas Presiden Mesir minta Jeneral Hussein Tantawi jadi saksi

KAHERAH: Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dan dua anak lelakinya mengaku tidak bersalah semalam atas tuduhan membunuh dan rasuah dalam perbicaraan bersejarah yang mendapat tumpuan negara itu dan disiarkan secara langsung televisyen.

"Saya tolak semua tuduhan ini," kata Mubarak yang berada dalam pengusung di kandang tertuduh selepas dituduh melakukan pembunuhan ke atas penunjuk perasaan antipemerintahannya selain dakwaan rasuah. Anak lelaki Mubarak, Gamal dan Alaa juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan penipuan. Gamal dan Alaa bergilir-gilir menghalang kamera mengambil gambar bapa mereka dan kerap tunduk untuk bercakap dengan Mubarak.

Gamal dan Alaa yang berpakaian putih tanda tahanan penjara turut dilihat membawa kitab al-Quran. Turut dituduh ialah bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly dan enam bekas ketua keselamatan.

Peguam bela Mubarak meminta pemerintah tentera yang menjadi ketua negara sementara memberi keterangan sebagai saksi.

Peguam Mubarak, Farid al-Deeb meminta untuk mendengar keterangan Marsyal Mohamed Hussein Tantawi ketika memberi nama 1,600 orang untuk menjadi saksi defendan termasuk bekas gabenor dan gabenor wilayah Sinai Selatan.
Farid juga meminta doktor pakar merawat Mubarak sejak bekas pemimpin itu dirawat di hospital pusat peranginan Laut Merah, Sharm El-Sheikh, April lalu.

Prosiding itu saat paling memalukan bekas pemimpin Mesir itu selepas digulingkan enam bulan lalu berikutan protes 18 hari.

Ia juga kali pertama penduduk Mesir melihat Mubarak sejak bekas pemimpin itu berucap pada 10 Februari lalu secara langsung bagi menyatakan enggan meletak jawatan.

Seorang pendakwa membaca dakwaan ke atas Mubarak menuduhnya bersubahat dengan bekas Menteri Dalam Negeri dalam pembunuhan penunjuk perasaan yang dirancang beliau dan anak lelakinya menerima hadiah daripada ahli perniagaan terkenal sebagai tukaran merendahkan harga tanah.

Di luar mahkamah, ramai yang menonton prosiding di skrin besar dan menjerit serentak selepas mendengar pengakuan Mubarak: "Jadi, siapa yang bersalah?" – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pasangan bakal dihukum mati angkara cinta

Posted: 03 Aug 2011 02:49 PM PDT

Dunia

KABUL: Dua remaja berusia 17 tahun di Afghanistan bakal berhadapan hukuman digantung atau direjam dengan batu hingga mati kerana disifatkan melakukan 'jenayah' selepas saling jatuh cinta dan cuba berkahwin.

Lebih mengejutkan, keluarga dan penduduk kampung pasangan terbabit juga mahu Halima Mohammedi dan Rafi Mohammed dibunuh kerana tidak bersetuju dengan keputusan pasangan muda itu untuk berkahwin kerana kebiasaannya perkahwinan diatur keluarga.

Bapa Halima, Kher Mohammed berkata kepada New York Times (NYT): "Apa yang kami mahu ialah kerajaan membunuh mereka." Dengan ditemani bapa saudara gadis terbabit, bapanya melawat Halima di penjara dan menuduhnya memberi malu kepada keluarga dan patut dibunuh.

Ketika pasangan itu berjumpa untuk melangsungkan perkahwinan, mereka diserang 300 lelaki yang menyeret mereka dari kereta, menuduh mereka berzina dan memulakan kekacauan.

Dalam rusuhan di kampung Jabrail berhampiran kota Herat itu, seorang lelaki terbunuh, sebuah balai polis dibakar, manakala Halima Mohammedi serta Rafi Mohammed, kedua-dua berusia 17 tahun dipenjara.

Rafi dan seorang sepupu yang membawanya untuk bertemu Halima, dipukul teruk penyerang. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan