Sabtu, 9 Julai 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Negara baru Sudan Selatan

Posted:

Negara baru Sudan Selatan

Negara baru Sudan Selatan

JUBA 9 Julai - Beribu-ribu penduduk di selatan Sudan menari sepanjang malam bagi meraikan kemerdekaan wilayah tersebut yang muncul sebagai sebuah negara terbaru di dunia hari ini, yang turut menyaksikan pelbagai sambutan diadakan di seluruh negara.

Republik Sudan Selatan mencapai kemerdekaan selepas satu pungutan suara diadakan pada Januari lalu yang merupakan kemuncak kepada perjanjian damai pada 2005 yang menamatkan perang saudara dengan bahagian utara negara.

Dalam satu majlis yang dihadiri berpuluh-puluh ribu penduduk republik ini, pemimpin Salva Kiir mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Sudan Selatan.

"Saya dengan ini bersumpah dengan nama Tuhan sebagai Presiden Republik Sudan Selatan. Saya akan berpegang teguh dan menyatakan kesetiaan kepada negara ini," katanya dalam satu upacara khas meraikan kemerdekaan negara ini daripada bahagian utara Sudan.

Pasukan keselamatan pada mulanya dilihat mengawal jalan-jalan raya di ibu negara Sudan Selatan ini tetapi berundur ketika penduduknya mengibarkan bendera, menari dan melaungkan 'Sudan Selatan bebas'.

Selepas subuh, beribu-ribu penduduk berkumpul di majlis sambutan kemerdekaan di pusat bandar Juba yang turut dihadiri tokoh-tokoh negara Afrika termasuk Presiden Sudan, Omar al-Bashir.

Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah kira-kira 200 penyokong ketua pemberontak Darfur, Abdel Wahed al-Nur, sebuah pasukan yang berjuang di Khartoum selama lapan tahun pemberontakan bagi memerangi bahagian utara negara itu.

Penyokong Tentera Pembebasan Sudan dilihat berdiri dalam barisan sambil melaungkan 'selamat datang negara baru' dengan memakai baju memaparkan imej ketua mereka.

Penari-penari tradisional turut memukul gendang sambil memegang perisai dan kayu dalam sambutan berkenaan.

"Saya sangat gembira untuk menjadi rakyat kelas pertama di negara saya sendiri,'' kata seorang penduduk, Cirilow, 47. – Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Thaksin tidak terlibat urusan Pheu Thai

Posted:

Thaksin tidak terlibat urusan Pheu Thai

Thaksin tidak terlibat urusan Pheu Thai


Bakal Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra (tengah), menghadiri satu mesyuarat berhubung pembentukan kerajaan campuran di sebuah hotel di Bangkok, pada 4 Julai lalu. - AFP


BANGKOK 9 Julai - Bakal Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra hari ini menegaskan abangnya, Thaksin yang juga bekas Perdana Menteri sama sekali tidak terlibat dalam urusan Parti Pheu Thai.

Beliau berkata, seramai 111 bekas anggota Parlimen semasa Thaksin berkhidmat sebagai Perdana Menteri juga tidak terbabit dalam sebarang urusan partinya.

"Pheu Thai mempunyai pasukannya sendiri untuk membuat polisi dan menyelesaikan masalah negara,'' tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan undang-undang oleh Parti Demokrat yang meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) membubarkan Pheu Thai kerana membenarkan Thaksin dan mereka yang diharamkan berpolitik terlibat dalam mendraf polisi parti tersebut.

Yingluck juga menafikan laporan media bahawa beliau merancang bertemu Thaksin di Hong Kong berhubung pemilihan barisan anggota Kabinet yang bakal dipimpinnya.

Adik jutawan telekomunikasi itu berkata, beliau tidak mempunyai rancangan untuk ke luar negara dalam masa terdekat.

"Semua pembuat keputusan berada di Thailand. Bagaimanapun, kami masih belum buat apa-apa keputusan mengenainya.

"Kami ketika ini sibuk merangka polisi kerajaan,'' ujarnya.

Beliau menambah, parti itu sedia menerima cadangan berhubung pengagihan kerusi Kabinet termasuk dari kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan campuran.

Parti Chartthaipattana yang akan menyertai kerajaan campuran dilapor meminta untuk memegang dua portfolio iaitu Kementerian Pertanian dan Kementerian Tenaga. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan