Sabtu, 4 Jun 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Peluru salut minyak babi bunuh Osama

Posted: 03 Jun 2011 10:41 AM PDT

OSAMA
OSAMA

WASHINGTON: Adakah Osama bin Laden ditembak dengan peluru yang direndam dalam minyak babi, sekali gus menafikan haknya untuk ditempatkan dalam syurga. Begitulah yang dipercayai oleh sebuah syarikat yang terbabit dalam menjual minyak senapang mengandungi lemak babi.

Menerusi laman webnya, pemilik syarikat 'Minyak Senapang Silver Bullet' mendakwa minyak yang dikeluarkannya mengandungi 13 peratus lemak babi, menjadikannya produk yang berkesan untuk memerangi militan Islam.


Pemilik laman web berkenaan yang menggunakan nama 'The Midnight Rider' mendakwa, militan Islam yang mati akibat terkena tembakan peluru yang disalut dengan minyak babi tidak akan masuk syurga.

"Ia secara berkesan menghalang mereka memasuki syurga Tuhan mereka," kata Rider.


Menurutnya, minyak itu yang berharga AS$8.95 (RM26.85) untuk 113 gram akan mencetuskan ketakutan di kalangan militan Islam.


Laman web berkenaan juga menyatakan, tentera Amerika Syarikat adalah antara pelanggannya.

"Beribu-ribu botol minyak senapang Silver Bullet diagihkan sejak Julai 2004 oleh pembuatnya kepada anggota semua cabang tentera Amerika Syarikat," katanya.


Promosi menerusi video yang ditayangkan menerusi YouTube untuk minyak itu menunjukkan gambar Osama dengan kata-kata: "Dibunuh dengan senjata menggunakan minyak senapang Silver Bullet." 'Midnite Rider' yang juga menggunakan nama 'Pejuang YAHWEH' mendakwa dia adalah bekas anggota penembak curi pasukan marin Amerika Syarikat.

Gambar di kilangnya menunjukkan pekerja bertopeng memakai uniform marin.


Seorang pengunjung laman web berkenaan menulis: "Produk ini hanya untuk pengganas Islam. Kami tidak menganjurkan penindasan terhadap agama atau bangsa, hanya pengganas." Seorang jurucakap tentera yang bertanggungjawab terhadap senjata itu berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai Silver Bullet tetapi tidak menafikan anggota tentera Amerika Syarikat mungkin membeli minyak itu sendiri dan menggunakannya dalam pertempuran. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penagih tinggal anak bersama mayat rakan

Posted: 03 Jun 2011 10:41 AM PDT

METAIRIE (Louissiana): Seorang wanita meninggalkan anaknya berusia 20 bulan di dalam kereta bersama mayat rakannya untuk menghisap dadah di sebuah stesen minyak di sini, semalam.

Jessica Ockman, 33, ditangkap semalam atas tuduhan membiarkan anaknya dan kesalahan dadah.


Pekerja stesen minyak sebelum itu menemui Jessica dalam keadaan tidak sedarkan diri di tandas.

Polis turut menemui pemetik api dan satu sudu di tandas berkenaan.


Jurucakap polis, John Fortunato berkata, petugas stesen minyak itu yang memeriksa kereta Jessica terkejut apabila menemui anaknya bersama mayat seorang wanita, Shelby Fleming.


Shelby disahkan mati di tempat kejadian tetapi punca kematiannya tidak dinyatakan sementara menanti hasil ujian toksilogi. Ia tidak ada kaitan dengan perbuatan jenayah, kata penyiasat. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan