Isnin, 23 Mei 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Arnie ada 2 lagi anak luar nikah

Posted: 22 May 2011 12:17 PM PDT

JANE...tak terkejut.
JANE...tak terkejut.

LOS ANGELES: Aktres veteran, Jane Seymour, mendakwa Arnold Schwarzenegger memiliki sekurang-kurangnya dua lagi anak luar nikah yang dirahsiakan daripada pelbagai pihak.

Menurut Jane, dia langsung tidak terkejut dengan pendedahan mengenai kelakuan bekas Gabenor California itu mengadakan hubungan sulit dengan pekerja wanita di rumahnya 14 tahun lalu.


Jane yang tinggal di kawasan sama dengan Schwarzenegger di Malibu juga tidak terkejut apabila aktor terbabit akhirnya berpisah dengan isterinya, Maria Shriver.

"Nampaknya Schwarzenegger bertindak terburu-buru sebelum berita kecurangannya diketahui dunia.


"Berdasarkan maklumat yang saya ada, lebih banyak berita akan muncul selepas ini," katanya kepada stesen televisyen CNN, semalam.


Pelakon siri Dr Quinn, Medicine Woman itu berkata, dia bertemu seseorang yang sangat mengenali hero filem Predator itu.

"Saya diberitahu dia memiliki dua anak lain," katanya.


Kenyataan Jane, 60, itu disiarkan ketika media melaporkan, bukan saja Maria tidak mengetahui Schwarzenegger menghamilkan pembantu rumah mereka, malah anak lelaki yang lahir daripada hubungan sulit itu, Joseph, tidak diberi tahu siapa bapanya.

Akhbar New York Post melaporkan, amah Schwarzenegger, Mildred Baena, 50, tidak pernah mendedahkan identiti bapa Joseph kepada sesiapa, termasuk keluarganya.


Saluran NBC pula melaporkan, sekurang-kurangnya seorang lagi wanita tampil menghubungi peguam Schwarzenegger bagi menuntut ujian DNA dijalankan.


Laporan itu mendakwa, wanita terbabit mendakwa, hubungannya dengan Schwarzenegger menyebabkan dia melahirkan seorang anak lelaki lapan tahun lalu.


Sementara itu, Schwarzenegger dilaporkan bukan saja berdepan dengan aib hasil hubungan sulitnya, malah sebahagian kekayaannya turut terpaksa dikorbankan.


Berdasarkan anggaran, perceraian Schwarzenegger mungkin menelan kos RM1.2 bilion. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Simpan Ferrari dalam rumah

Posted: 22 May 2011 12:06 PM PDT

LONDON: Disebabkan taksub kepada kereta Ferrari, seorang lelaki menyediakan ruang khas bagi menyimpan kenderaan mewah itu di ruang tamu rumahnya.

Menurut Jon Ryder, dia mengubah suai garaj menjadi ruang tamu, tetapi mengekalkan pintu asal supaya memudahkan kereta itu digunakan.

Hasil ubah suai berkenaan, kini Ryder boleh berehat atau menonton televisyen di sebelah kereta Ferrari F3555 Spider itu.

Berasal dari Sheffield, Ryder, 28, bekerja di kilang besi dan mendapat ilham menjadikan garaj sebagai ruang tamu apabila dia dan isterinya, Catherine, berpindah ke situ tahun lalu.


"Kini kereta itu mendapat tempat sewajarnya dalam rumah kami," katanya.

Selain membelanjakanRM170,993 untuk kereta berkenaan, Ryder melabur kira-kira RM4,400 mengubah suai garajnya.

Proses itu dilakukannya sendiri selama sebulan.

Ferrari F3555 Spider keluaran 1996 itu mampu mencapai kelajuan maksimum 295 kilometer sejam. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan