Rabu, 25 Mei 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


MAS kekal sasaran keuntungan operasi

Posted: 25 May 2011 01:04 PM PDT

Dunia

PENERBANGAN Malaysia (MAS) mengekalkan sasaran keuntungan operasi antara RM300 juta dan RM600 juta bagi seluruh tahun ini, walaupun mengalami kerugian operasi RM267 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac lalu.

"Walaupun sukar, kami akan melakukan apa yang boleh untuk mencapai sasaran berkenaan," kata Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin, pada sidang media bagi mengumumkan keputusan kewangan suku pertama syarikat penerbangan kebangsaan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau menjelaskan, sasaran itu dibuat ketika bahan api pesawat pada harga kira-kira AS$96 setong, tetapi kini ia berada pada paras kira-kira AS$139 setong. Beliau berkata, masalah kenaikan bahan api pesawat bukan saja dirasai MAS, tetapi oleh semua syarikat penerbangan di dunia.

"Bagaimanapun, kami komited untuk fokus dengan strategi pengembangan yang sudah ditetapkan termasuk mewujudkan angkatan pesawat baru serta meningkatkan pengalaman perjalanan pelanggan.

"Kami tidak akan mengubah sasaran keuntungan operasi serta berusaha melaksanakan strategi untuk mencapai sasaran itu sebaik mungkin walaupun dalam suasana yang agak sukar," katanya.

Tengku Azmil berkata, kenaikan kos bahan api dan pengukuhan mata wang ringgit menyaksikan MAS mencatatkan kerugian operasi RM267 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2011 berbanding keuntungan operasi RM290 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
Beliau berkata, secara keseluruhannya, pendapatan MAS merosot kepada RM3.19 bilion pada tempoh itu berbanding RM3.30 bilion pada tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Katanya, secara perbandingan untuk suku sama 2010, MAS mencatatkan kenaikan ketara dalam aspek penting perniagaan teras dengan kenaikan 10 peratus trafik, sekali gus menjurus kepada pertambahan faktor muatan penumpang sebanyak 76 peratus.

"Ini menyaksikan kenaikan keseluruhan pendapatan penumpang sebanyak 10 peratus dan sumbangan positif yang ketara daripada perniagaan mewah yang mencatatkan kenaikan pendapatan sebanyak 40 peratus.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taufan terus serang Amerika

Posted: 25 May 2011 12:59 PM PDT

Dunia

PUTING beliung dilihat dekat daerah Chickasha, Oklahoma, kelmarin.

PUTING beliung dilihat dekat daerah Chickasha, Oklahoma, kelmarin.

Puting beliung gempur Oklahoma, korban bencana naik 125 di Missouri

BANDAR RAYA OKLAHOMA: Beberapa puting beliung mula melanda Oklahoma petang kelmarin dan bergerak ke timur laut ketika angka korban bencana alam itu di Missouri meningkat kepada 125 dan 750 lagi cedera.

Pegawai Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Rick Smith, berkata puting beliung terbesar bergerak di El Reno, bandar paling besar di Oklahoma dengan 15,000 penduduk. "Banyak trak dan kereta terbalik di sepanjang Lebuh Raya Interstate 40. Ia adalah taufan yang sangat besar," katanya. Smith bagaimanapun, tidak dapat memastikan kelajuan taufan terbabit.

Beliau berkata, ribut besar sedang terbentuk di barat daya Bandaraya Oklahoma dan ia boleh mencetuskan lebih banyak taufan.

Negeri Oklahoma kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, manakala Perkhidmatan Kaji Cuaca melaporkan perkembangan puting beliung sepanjang masa.

Puting beliung baru bermula dua hari selepas taufan besar melanda Joplin di Missouri. Ia adalah yang paling besar pernah melanda Amerika dalam tempoh 64 tahun.
Pihak berkuasa berkata, angka kematian daripada taufan besar yang melanda Joplin dijangka meningkat, dan 1,500 lagi mangsa masih hilang.

Pasukan mencari dan menyelamat menggali celah runtuhan di bandaraya itu yang turut memusnahkan sekurang-kurangnya 2,000 bangunan.

Ancaman taufan baru Joplin disusuli ribut kencang yang melanda negeri Oklahoma kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan ramai lagi cedera di Bandaraya Oklahoma. Dua orang lagi terbunuh akibat ribut di Kansas, kelmarin.

Pasukan penyelamat di Joplin berikrar untuk bekerja terus menerus sepanjang malam, bagi mencari mangsa yang mungkin terperangkap.

"Kami sentiasa berharap agar dapat menemui seseorang yang masih hidup," kata jurucakap majlis bandaraya itu, Dan Crain.

Antara mangsa yang masih hilang ialah seorang kanak-kanak, Skyular Logsdon. Baju-T warna merah dan seluarnya yang koyak ditemui tersangkut di sebatang tiang telefon.

Kanak-kanak itu tidak ditemui sejak malam Ahad apabila puting beliung melanda barat daya Missouri yang mempunyai 50,000 penduduk.

Ibu bapanya ditemui masih hidup dan kini ditempatkan di hospital, bagaimanapun rumah mereka musnah dan kanak-kanak itu masih hilang.

Anggota keluarganya meneruskan usaha mencuri di celah runtuhan bangunan dan membuat pemeriksaan di rumah mayat dan hospital.

"Kami tidak dengar apa-apa berita, tetapi kami akan terus cari sehingga menemuinya," kata moyang kanak-kanak itu, Deb Cummins. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan