Ahad, 8 Mei 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Salma Hayek jual produk awet muda

Posted: 08 May 2011 02:48 PM PDT

Dunia

Salma  Hayek

Salma Hayek

Aktres dijangka raih keuntungan RM105 juta pada tahun pertama

LOS ANGELES: Aktres seksi dari Mexico, Salma Hayek, semakin dikenali selepas memegang watak 'Frida' selain membintangi filem From Dusk Till Dawn dan bertugas sebagai produser eksekutif dalam Ugly Betty.

Tetapi, itu semua mungkin tidak penting lagi bagi pelakon berusia 45 tahun selepas 'bercuti' daripada lakonan sejak tiga tahun lalu memberi fokus terhadap produk kecantikan pertamanya yang dijangka dilancarkan di 7,000 kedai CVS Pharmacy di seluruh Amerika Syarikat, mulai Ogos. Kosmetik dengan 100 produk pelbagai itu digelar Nuance Salma Hayek, dijangka popular sehingga pakar meramalkan ia akan membawa keuntungan AS$35 juta (RM105) dalam jualan tahun pertama saja.

Walaupun harga produk itu bermula daripada AS$7.99-AS$19.99 (RM23.97 hingga RM59.99), ia mampu bersaing dengan apa saja produk lebih tinggi harga di pasaran.

Ketika melancarkan produk itu, Hayek berkata: "Tidak mustahil mencipta produk luar biasa dengan harga rendah. Semua orang ada hak untuk mengeluarkannya pada harga berpatutan.

"Malah, banyak produk tidak perlu ada kos besar untuk membuatnya. Saya hanya mahu produk terbaik dan memberi semua orang capaian kepada barangan bagus."
Nuance, yang diakui Hayek 'bukan nama pilihan pertama untuk jenama,' sudah dirancang selama enam tahun dan dikaji pembangunannya selama tiga tahun."

Ibu seorang anak yang berkahwin dengan Pengerusi Pinault-Printemps-Redoute (PPR), Francois-Henri Pinault, berkata: "Saya bercuti tiga tahun daripada kerjaya saya untuk membangunkannya. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Shah Rukh tak selesa aksi cium

Posted: 08 May 2011 02:47 PM PDT

Dunia

MUMBAI: Sepanjang 22 tahun pembabitan beliau dalam dunia hiburan, bintang Bollywood, Shah Rukh Khan mendakwa tidak pernah bercium dengan mana-mana aktres dalam filem dan menegaskan tidak akan melakukannya.

Beliau mengakui, bukan saja dirinya tidak selesa jika perlu beraksi cium di layar perak tetapi mendakwa tidak tahu bagaimana melakukannya.

"Saya tidak bercium di layar perak kerana saya tidak tahu bagaimana untuk lakukannya. Saya tidak tahu kerana saya rasa aksi itu pelik dan anggap mereka yang melakukannya di filem tahu lakukannya dengan baik," kata bapa dua anak itu. "Saya rasa tidak selesa jika melakukan perkara itu dalam filem. Apabila ada orang datang untuk mengisahkan satu cerita kepada saya, saya beritahu mereka dua perkara, "Saya tidak menunggang seekor kuda dan saya tidak bercium"," kata aktor berusia 45 tahun itu yang kini sedang terbabit dalam rakaman filem sains fiksyen, Ra. One.– Agensi
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan