Ahad, 17 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Syarat pewaris takhta dipinda

Posted: 16 Apr 2011 10:29 AM PDT

LONDON: Britain mempertimbangkan cadangan meminda peraturan pelantikan pemerintah diraja negara itu kerana menganggapnya mempunyai unsur diskriminasi.

Melalui pindaan itu - jika diluluskan - anak sulung pasangan Putera William dan Kate Middleton berhak menaiki takhta tanpa mengambil kira jantinanya.


Ketika ini, hanya putera lelaki pertama pasangan diraja berhak ditabalkan menjadi raja Britain walaupun dia mempunyai kakak.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Britain, Nick Clegg, berkata dia masih meneliti cadangan itu bagi membolehkan seorang puteri mendapat hak setanding dengan putera diraja.


Clegg kini bertanggungjawab dalam pindaan perlembagaan berkenaan.


William - pewaris kedua takhta Britain selepas bapanya, Putera Charles - akan berkahwin dengan Kate di Westminster Abbey, London, pada 29 April ini.

Sistem monarki Britain mengetuai 16 negara Komanwel dan sebarang pertukaran perlembagaan mengenai pewaris takhta perlu mendapat sokongan daripada kerajaan terbabit.


Jurucakap kerajaan Britain berkata, perbincangan kini dilakukan dengan pihak yang berkenaan.

"Pindaan undang-undang pewarisan takhta Britain adalah isu kompleks dan perlu dilakukan dengan teliti," katanya.


Pada masa sama, katanya, kerajaan melihat ada unsur tertentu pada perlembagaan semasa yang menunjukkan ia bersifat diskriminasi.


"Perbincangan masih diteruskan dan maklumat lanjut mengenainya belum sesuai didedahkan ketika ini," katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nenek parah kena rogol, dibakar kerana enggan layan kekasih

Posted: 16 Apr 2011 10:27 AM PDT

JAKARTA: Seorang nenek parah selepas dia dirogol dan dibelasah kekasihnya kerana enggan melayan kemahuan seksnya, awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 51 tahun turut mendakwa kemaluannya dibakar lelaki terbabit.


Kekasih nenek itu baru berusia 27 tahun.

Media melaporkan, lelaki terbabit pergi ke rumah mangsa di Jatinegara, Jakarta Timur, dalam keadaan mabuk dan minta kemahuan seksnya dilayan.


Kata mangsa, dia enggan melayan kekasihnya kerana ketika itu lelaki terbabit terlalu mabuk serta dalam keadaan marah.


"Dia kemudian menumbuk kepala sehingga saya terjatuh, sebelum ditendang berkali-kali.

"Dia memperkosa saya di ruang tamu sebelum mengambil mancis dan membakar alat sulit saya," katanya. - Detik

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen